Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)









[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]






Showcase ROCK BERSAMA DAYANG @ HARD ROCK CAFÉ

ROCK BERSAMA DAYANG @ HARD ROCK CAFÉ

19 JULAI 2009, 11 MALAM 

Setiap tahun sejak 2003, diva Dayang Nurfaizah telah menyambut harijadinya bersama-sama dengan peminat-peminatnya. Tahun ini juga, Dayang akan mengambil langkah untuk menyambut harijadinya yang ke-28 di Hard Rock Café pada 19 Julai 2009, jam 11 malam.

Beliau akan memukau peminat-peminat dengan kelunakan merdu suaranya sebagai tanda penghargaan kepada mereka-mereka yang sentiasa memberi sokongan serta galakan sejak beliau melangkah masukke persada muzik Malaysia.  

Dayang Nurfaizah

2009 merupakan tahun ke-10 Dayang di arena muzik tanahair, lantas menjadikan persembahan harijadi ini lebih bermakna. Persembahan ini juga melambangkan pertunjukan pertama Dayang di Hard Rock Café, sebuah tempat pemangkin untuk arena muzik tanahair dan juga antarabangsa yang diiktiraf dunia. 

Malam 19 Julai akan menengahkan Dayang dengan lagu-lagu popular artis tempatan dan juga artis antarabangsa yang telah mempengaruhinya selama 10 tahun ini. Penyanyi sensasi ini juga akan menyanyikan lagu-lagu dari album-albumnya yang lepas serta mempersembahkan ‘single’ terbarunya buat kali pertama dari album ketujuhnya, DAYANG LIVE.       

Tahun 2009 ini sungguh bermakna bagi Dayang kerana beliau telah dilantik sebagai Duta Perlindungan dan Pemuliharaan Alam Sekitar oleh Yayasan Pulau Banding serta Yayasan Pulau Orang Utan Bukit Merah. Yayasan Pulau Banding bertujuan membuat kajian di dalam kepelbagaian bio Hutan Hujan Belum-Temengor untuk digunakan secara lestari oleh generasi akan datang. Yayasan Pulau Orang Utan Bukit Merah pula berfokus kepada kajian dan pemuliharaan ex-situ orang utan yang semakin pupus.

Dayang juga telah diiktirafkan sebagai Selebriti Sokongan ‘Red Ribbon’ oleh Malaysian AIDS Council untuk menciptakan kesedaran tentang transmisi gejala HIV/ AIDS dan juga kesedaran tentang hak orangramai untuk memartabatkan kehidupan harian mereka, tidak kira siapa. Sebagai tanda penghargaan kepada pengiktirafan-pengiktirafan ini, Dayang akan mempersembahkan suatu rampaian lagu-lagu khas bertujuan untuk menciptakan kesedaran melalui lagu dan lirik.    

Dayang Nurfaizah telah mencipta dan menempa jalannya yang tersendiri di dalam10 tahun ini – jalan yang mulia sekali. Syabas, Dayang!       

Walaupun Dayang seorang ikon fashion namun masih tradisional dalam perwatakan serta karakter beliau dan mempunyai suara yang dapat menghangatkan hati di samping menyejukkan hati seseorang pada waktu yang sama. Inilah keistimewaan Dayang Nurfaizah dan peminat-peminat akan dapat meminta beliau mendendangkan apa jua lagu permintaan pada malam 19 Julai nanti.         

Dayang akan disokong oleh pemuzik-pemusik tersohor negara di bawah pimpinan Jenny Chin, Pengarah Muzik terkenal Malaysia . Dayang pasti akan menambat hati peminat-peminat pada malam 19 Julai dengan pengalaman muziknya yang begitu luas sejak 10 tahun ini.     

Koleksi barang-barang jenama Dayang akan dijual pada malam itu dan hasilnya akan disalurkan kepada insan-insan yang memerlukan di bawah dana DAYANG SAYANG KAMU. Peminat-peminat boleh juga membeli novel LUKA yang disertakan dengan cakera padat tunggal dan juga album DAYANG LIVE. Bayaran masuk untuk menyaksikan persembahan ini ialah RM40, termasuk satu minuman.  Sila telefon Hard Rock Café di 03-2715 5555 untuk keterangan lanjut.

Tags: ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Hard Rock Cafe Celebrates Founders Day!
  • How to Celebrate Mother’s Day
  • SWITCHGROOVE IS SET TO ROCK HARD ROCK CAFE!
  • Show Bobby Kimball Toto di Hard Rock
  • Show Live Band Redemption di Hard Rock Cafe
  • Acoustic Performance Cyril Niccolai Hard Rock Cafe Kuala Lumpur
  • SingleTrackMind LIVE @ Hard Rock Café Kuala Lumpur
  • Lan Vokalis Meet Uncle Hussain Disingkir?
  • Show T-REX di Hard Rock Kuala Lumpur
  • Jogadanz Band di Hard Rock Café, Kuala Lumpur



  • 3 Komen untuk entri “Showcase ROCK BERSAMA DAYANG @ HARD ROCK CAFÉ”

    1. Yasmin kata:

      1st….
      Salam… min org baru…. Slalu baca komen kureng ajar korang!! Ahakss
      Dayang = manis + cantik
      Dayang = seksi + perasan nak jadi Beyonce
      Dayang = sudah2lah dedah ketiak itam tu….

    2. hafiz kata:

      good luck dayang.

    3. dien nouvo w kata:

      hahahaha
      ketiak dayang lg cantik dri ketiak ko yasmin oit
      ntah2 yasmin x penah pakai deo

    =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Hits & Statistic





    View Blog Stats







    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK





    Nantikan MOVIE DAY OUT BERSAMA PEMBACA - FILEM EVOLUSI KL DRIFT tak lama lagi!