Showcase Jinbara di Ruums KL & Lagu Lirik Lelaki Ini Anuar Zain
Esok, tanggal 17 Ogos 2007, Jumaat, kumpulan rock separa metal, JINBARA akan tampil dalam satu showcase di Ruums Bar and Club, Life Centre Kuala Lumpur. Jinbara dianggotai oleh Tia (vokal), Anjang (gitar utama), Akin (bass), Cepot (gitar/vokal) dan Ahtan (drum). Showcase diadakan bersempena dengan pelancaran album edisi khas mereka yang dipakej semula berjudul Patah Pusing. Album yang diedarkan oleh Warner Music sudah pun berada di pasaran sejak 19 Julai lalu. Selain persembahan live Jinbara, penonton showcase ini juga akan dihidangkan dengan persembahan kumpulan Minda yang telah menghasilkan album Bawaku Ke Langit.
Dibungkus bersama VCD bonus yang mengandungi video muzik lagu hits Jinbara dari album Suatu Evolusi iaitu Kasihnya Laila dan klip video Farhana (Puteri Bumi Kenyalang). Pata Pusing telah mengukuhkan kedudukan Jinbara dalam dunia muzik apabila single pertamanya Farhana menjadi siulan dan pernah dibawa oleh Ebi di Konsert Final Akademi Fantasia.
Muat turun nada dering lagu Farhana berjaya mencapai 50 ribu langganan dalam masa 4 bulan. Malah lagu tersebut telah menduduki carta teratas di beberapa stesen radio tempatan seperti ERA, HOT FM dan Suria FM. Lagu itu pernah kekal dalam carta ERA selama 25 minggu dan merupakan salah sebuah lagu yang menduduki tangga pertama di carta mingguan Sabah FM paling lama, iaitu lapan minggu berturut-turut. Eh nak tanya, apa beda band Amuk dan Jinbara? Lagu depa cam nak sama je, kan?
Peminat-peminat yang ingin mendapatkan pas masuk showcase Patah Pusing boleh mendapatkan tiket percuma melalui pembelian album (CD dan kaset) tersebut.
Letto dah, Unggu dah, Nidji dah, Marcell pun hari Ahad ni kat Planet Hollywood… cuma saya tertanya-tanya bilakah Anuar Zain yang sedang hangat dengan lagu Lelaki Ini akan muncul di Showcase di Planet Hollywood atau di Hard Rocks. Rindulah nak tengok showcase Anuar Zain kat Planet Hollywood. Ni asyik nak kena tunggu Minggu Setiausaha baru dapat tengok show Anuar Zain. Mungkin selepas raya kot Anuar akan buat show yang gempak sikit. Sebab lagu dan lirik Lelaki Ini Anuar Zain memang digilai oleh penggemar lelaki bersuara jantan itu. Lagu Lelaki Ini adalah sebuah lagu kesinambungan dari lagu Keabadian Cinta. Liriknya ada menyebut tentang lelaki ini yang sentiasa merindu dan memuja sehingga tidak tertanggung dan tidak terhitung oleh rasa. Sesiapa ada lagu dan lirik Lelaki Ini sila hantarkan kepada saya untuk dipromosikan di Sensasi Selebriti. Terima kasih.
Technorati Tags: Jibara, jinbara, jimbara, showcase jinbara ruums kl, ruums bar and clubs, life centre kuala lumpur showcase, gambar jinbara, gambar kumpulan jinbara, tia, anjang, akin, cepot, ahtan, album terbaru jinbara, lirik lagu jinbara, lirik lagu farhana, lirik lagu terbaru jinbara, lirik lagu lelaki ini anuar zain, muattutun ringtone jinbara farhana, download mp3 lelaki ini, warner muzik, gambar konsert jinbara, ungu, letto gambar, vcd bonus, mp3 lelaki ini, lagu lelaki ini download maxis ringtone, torrent lelaki ini, lelaki ini songs, Jinbara Tabs, bawaku ke langit album, album suatu revolusi, anuar zain Bercium, gambar anuar zain berpeluk bagai nak rak, kasihnya laila, anuar zain, gambar anuar zain, kisah anuar zain cute hensem, foto anuar zain bogel, farhana si gadis ayu, gambar anuar zain kekasih, anuar zain bertunang, anuar zain wedding, skandal anur zain, lagu lelaki ini anuar zain, album terbaru anuar zain, lirik lelaki ini anuar zain, pencipta lagu lelaki ini, Jinbara Mp3 Download, carta era, biseksual cerita sejarah, kisah hidup biseksual, metroseksual anuar zain, persona anuar zain, kereta pesona, pesona bintang anuar zain


Baca artikel lain yang berkaitan:














March 6th, 2008 at 11:24 am
jinbara memang best.. lgu dia blh la thn…
June 23rd, 2008 at 11:16 am
saya selaku peminat seni musikal dan menyokong artis tanah air sendiri di mana kumpulan band ini(JinBara) mampu menyaingi mana2 band terdahulu, malah jika genre dan pembawaan lagu yang mana amat berkualiti seperti di lakukan oleh kumpulan ini mampu boleh keperingkat yang lebih tinggi….
kami sebagai peminat inginkan kelainan dari JinBara jika ada album seterusnya, genre dari kumpulan ini sesuai untuk anak muda mudi sekarang…. teruskan untuk mengambil hati peminat….
kerana kami sentiasa menyokong artis naungan malaysia sebagai idola kami…..
December 12th, 2008 at 10:21 pm
sye selaku peminat JINBARA menggagungi keunggulan lagu2 yang dimainkan oleh kumpulan rock separa metal ni..sye amat2 menghormati CEPOT selaku seseorang yang sye anggap sebagai abang dan juga idola sye sendiri..beliau(penyanyi lagu ”cinta pantai merdeka” dari kumpulan TROPIKA) ini amat komited di dalam memenuhi tuntutan penggemar muzik di mana beliau masih mahu bertahan di dalam dunia seni sejak tertubuhnya kumpulan ini sejak tahun 2000. tahniah setinggi-tinggi tahniah sye ucapkan..beliau seorang yang tabah dalam mengharungi segala rintangan yang dilaluinya..dan juga seorang yang amat menghormati masyarakat sekeliling..sye amat menyanjungi sifat yang dimilikinya.beliau amat mencintai kesempurnaan alam serta mensyukuri segala nikmat keindahan yang dikurniai ALLAH S.W.T..di mana beliau juga memelihara pelbagai haiwan peliharaan serta di dalam sektor pertanian d samping seorang penghibur..beliau seorang yang TEGAS,BERPENDIRIAN DAN YANG PENTING SEORANG YANG BERMARUAH..!! -ikhlas dari EJAT(PENANG) -keep up a good work JINBARA..!!
January 7th, 2009 at 3:05 am
JINBARA..satu2nya kumpulan separa metal yang aku solute..cepot ataupun mohammad jeffrry johari selaku ketua kumpulan jinbara yang pernah mempopularkan lagu CINTA PANTAI MERDEKA ciptaan abang angkatnya sendiri sewaktu beliau masih bersama kumpulan TROPIKA memang mempunyai suatu semangat kerana beliau menyampaikan lagu tersebut dengan sepenuh penghayatan berikutan lagu itu mempunyai makna terhadap apa yang benar2 dilalui beliau..
beliau(cepot) di mana saya sanjungi n hormati sebagai abang saya sendiri memang benar2 tegas dan berprinsip dalam menilai kehidupan ni di samping beliau seorang yang berdisiplin terhadap segala prospek yang perlu beliau tangani..baru2 ini,saya amat kesal dengan tohmahan yang dilontarkan kepada cepot atas dasar dendam sebenarnya oleh wartawan yang berkaitan yang tidak jujur n amanah dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang wartawan selaku individu yang menjadi pengantara di antara peminat dan juga artis..wartawan yang dimaksudkan saya memang tidak sepatutnya menjadi seorang wartawan berikutan dia mencampur adukkan soal peribadi dan kerjaya..
walhal cerita yang sebenar bukan la atas faktor dendam terhadap cepot sendiri tetapi terhadap orang lain..namun memandangkan cepot selaku ketua kumpulan terbabit maka dia meletakkan segala beban ke atas cepot untuk menjatuhkan jinbara.memang amat saya kesalkan perkara ini.
namun untuk menyaman phak wartawan tersebut,mengambil masa dan melibatkan banyak proses berikutan wartawan akhbar tersebut telah bersiap sedia dengan begitu ramai peguam..maka dengan bijaknya cepot bersikap untuk bersikap profesioanal kerana padanya segala fitnah pasti akan tahu jugak sejauh mana kesahihannya kerana beliau yakin terhadap segala yang beliau lakukan.beliau seorang yang tabah..seorang pencinta alam..seorang yang berfikiran jauh dan bermatlamat.
beliau seorang yang tegas..berpendirian.secara jujur saya katakan di sini, beliau seorang yang sangat baik,amanah,mengambil berat,tahu apa yang beliau lakukan,tegas dalam mengertikan makna hidup ni secara rasional berpandukan pengalaman yang beliau lalui serta seorang yang amat positif terhadap hidup.
saya sayangkan cepot selaku seorang individu yang saya hormati n sanjungi sebagai abang saya sendiri.
sebarang komen terhadap ulasan saya sila lah kemukakan di alamat email yang saya sertakan. (ejat_starlight@yahoo.com)