Showcase Gegaran Rock Mutlak Wings di Planet Hollywood
PLANET HOLLYWOOD Mempersembahkan… WINGS
“GEGARAN ROCK MUTLAK”
Planet Hollywood dengan bangganya mempersembahkan anda semua sebuah kumpulan rock gergasi; WINGS, di dalam persembahan istimewa satu-malam sahaja pada bulan Disember ini. WINGS, satu nama yang cukup gah dan begitu tersohor sekali di dalam industri muzik tanah air akan mengegarkan pentas utama Planet Hollywood buat kesekelian kalinya pada 2 Disember 2007 ini, bermula pada pukul 10.30 malam.

Showcase eksklusif ini akan memperlihatkan kesemua anggota kumpulan WINGS berpadu tenaga untuk menghiburkan setiap peminat yang hadir pada malam tersebut. Awie (vokal), satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi akan di sertai oleh tiga (3) yang lain; Joe (gitar), Eddie (gitar bass) & Black (drum) berjanji akan memberikan hanya yang terbaik buat peminat-peminat yang begitu merindui akan kemunculan mereka ini. Pada malam tersebut, WINGS akan membawa anda semua kembali mengimbas zaman kegemilangan mereka dengan lagu-lagu hits klasik seperti Sejati, Bernafas Dalam Lumpur, Misteri Mimpi Shakila, Taman Rashidah Utama, Di Ambang Wati, Bazooka Penaka, Inspirasi Taming Sari, Jerangkung Dalam Almari, Intan Ku Kesepian dan banyak lagi! Istimewa buat peminat-peminat mereka yang hadir pada malam tersebut, WINGS juga akan menyampaikan beberapa pilihan lagu-lagu dari album terdahulu mereka yang tidak pernah di persembahkan live sebelum ini, seperti lagu Dalam Kehadiran Sofiah! Hanya di Planet Hollywood ini sahaja nanti yang akan memperlihatkan mereka mempersembahkannya live buat julung kalinya! Sehingga hari ini, lagu-lagu dari kumpulan lagenda tanahair ini masih lagi kedengaran berkumandang di radio dan tetap menjadi siulan ramai. WINGS masih lagi menyengat dan malam tersebut sudah pasti mampu membuktikan sejauh mana kebenarannya!
Kemunculan kali ke-4 WINGS di Planet Hollywood bagai memberikan satu nafas baru kepada peminat-peminatnya yang inginkan sentuhan dari mereka. Tidak dapat dinafikan, WINGS yang juga tersenarai dalam kelompok perintis irama rock di negara ini mempunyai ramai pengikut yang cukup setia sehingga hari ini. Pengalaman lebih 20 tahun berada di persada seni ini melayakkan mereka, dinobat sebagai barisan artis yang di hormati dan disanjungi. Kehebatan mereka tidak dapat dipertikaikan lagi. Mereka tetap berdiri teguh dan kedudukan mereka cukup sukar digugat oleh sesiapa pun.
“Kami begitu gembira apabila dijemput untuk mengadakan persembahan buat ke-sekelian kalinya di Planet Hollywood! Kami rasakan ia sebagai satu penghormatan yang cukup besar sekali buat kami berempat. Di sini, kami berpeluang untuk berhadapan dan berkomunikasi dengan peminat-peminat kami secara lebih dekat, di dalam suasana yang penuh intimasi. Kami akan pastikan yang setiap peminat-peminat kami yang hadir pada malam tersebut akan terhibur dengan persembahan kami”, jelas Awie gembira.
“Kami cukup berbangga sekali apabila kumpulan rock gergasi, WINGS memberikan persetujuan untuk membuat persembahan buat ke-sekelian kalinya di Planet Hollywood! WINGS tidak pernah gagal untuk menarik segenap lapisan penggemar muzik rock untuk menghadiri setiap persembahan mereka. Kami percaya, persembahan ini nanti sudah pasti mampu mengubat rindu mereka semua terhadap kumpulan legenda ini. Jadi, buat anda semua di luar sana, jangan lepaskan peluang ini untuk menonton WINGS sekali lagi beraksi di Planet Hollywood!”, ujar jurucakap Planet Hollywood.
Bagi peminat-peminat kumpulan WINGS di luar sana, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan eksklusif (satu malam sahaja) pada 2 Disember ini, bermula pada pukul 10.30 malam, yang sudah pasti mampu mengegarkan malam minggu anda!!
Bayaran masuk: RM 50, termasuk satu minuman percuma.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi 03- 2144 6602.

[tags]showcase wings di planet hollywood, gambar wings rocker, foto isteri awie, weddings awie, lirik lagu wings, lirik lagu sejati, mp3 lagu wings koleksi, Joe (gitar), Eddie (gitar bass), Black (drum), Sejati, Bernafas Dalam Lumpur, Misteri Mimpi Shakila, Taman Rashidah Utama, Di Ambang Wati, Bazooka Penaka mp4, Inspirasi Taming Sari, download erangkung Dalam Almari, video klip youtube Intan Ku Kesepian, eh 20 anggun di ruums, musharraf darurat, skandal awie, air mutlak, gambar air mani, mazi water, gossip awie, Manchester United vs arsenal match, penguin malaysia, profile hatta dolmat, gambar resepsi wedding erra fazira ee, adlib, skor lagu wings, gitaris man kidai, sejarah rock malaysia, dalam kehadiran sofia[/tags]
Tags: Showcase, adlib, air mutlak, Bazooka Penaka mp4, Bernafas Dalam Lumpur, Black (drum), dalam kehadiran sofia, Di Ambang Wati, download erangkung Dalam Almari, Eddie (gitar bass), eh 20 anggun di ruums, foto isteri awie, gambar air mani, gambar resepsi wedding erra fazira ee, gambar wings rocker, gitaris man kidai, gossip awie, Inspirasi Taming Sari, Joe (gitar), lirik lagu sejati, lirik lagu wings, Manchester United vs arsenal match, mazi water, Misteri Mimpi Shakila, mp3 lagu wings koleksi, musharraf darurat, penguin malaysia, profile hatta dolmat, sejarah rock malaysia, Sejati, showcase wings di planet hollywood, skandal awie, skor lagu wings, Taman Rashidah Utama, video klip youtube Intan Ku Kesepian, weddings awieClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





November 4th, 2007 at 12:00 pm
geng2 xnak buat gath utk concert ni ke?
November 7th, 2007 at 7:17 am
fuh..birthday aku tuh!!
November 22nd, 2007 at 12:03 pm
BILA KUMPULAN WINGS NAK PERGI KE TERENRRANU????
November 23rd, 2007 at 2:44 pm
Alangkah baiknya yang ditampilkan di Planit ini bukan hanya penyanya aliran keras saja, tapi saya berharap penyanyi melayu juga bisa ditampilkan termasuk foto , terima kasih
November 26th, 2007 at 9:53 am
Keep on rockin’ WINGS! Bila pulak nak buat 20th anniversary concert? Patut buat di Stadium Bukit Jalil…tapi of course kena cari penaja dulu kan..
anyway semoga rockapak die hard fans akan turun support!
December 2nd, 2007 at 2:35 am
bila kumpulan wings akn buat konsert lagi kat planet hollywood?…siarkan lah di astro…….saya dan kwn2 sya tetap menyokong wings dari dulu hingga sekarang!!!!!hidup wings
February 28th, 2008 at 1:38 pm
apa macam wings,tak rocklah macam nie,buatlah konset kat port klang dgn petaling jaya….
May 17th, 2008 at 8:40 pm
BILA KUMPULAN WINGS NAK PERGI KE KELANTAN???
August 1st, 2008 at 12:28 am
Wings dan semua band rock harus di wujud kan semula.wa rockers smpi tua.
September 26th, 2008 at 7:05 pm
BILA LU ORANG NAK DATANG TANGKAK,GUA X PERNAH TENGOK LIVE LU BUAT PERSEMBAHAN,CUMA AWIE SAHAJA GUA PERNAH LIHAT SECARA SOLO…
October 20th, 2008 at 8:57 pm
Bila luorang nak buat album baru ni?gua dah hilang sabar ni nasib baik luorang idola gua,HIDUP WINGS gua mestilah sokong samalu sampai bila bila
October 24th, 2008 at 8:53 pm
ROCK BEBEH…Wa memang support lu orang gila2 punya.bila nak datang Melaka beb?pe2 hal pun lu orang memang the best band..WINGS NEVER DIE!!!
December 13th, 2008 at 8:06 pm
gua salute abis sama lu semua. gua adalah die hard fans band lu orang since 1986 sampai sekarang. Bila nak buat show kat Kuching? Boleh gua sama-sama berduet dgn. brader awie nyanyi lagu hukum karma, sejati n byk lagi. FLY WINGS….!
December 15th, 2008 at 1:09 pm
HAHA…AKU X THU NK CKP APE…MEMANG BEST LH..
March 15th, 2009 at 1:22 pm
kalw leh lagu2 lame diperhbatkan lg la tok album akn datang.wa rindu gile kat lagu2 lame wings..huhuhu
April 18th, 2009 at 6:02 pm
Bila nak buat album baru. dan nak gabung team double trouble.dan buat konsert lagi.
May 18th, 2009 at 9:32 pm
what ever
June 5th, 2009 at 5:46 pm
hidup rock kapakkkk…..wings memeng best laa….kpd sume mat2 rock kat m’sia,kte rock smpai tue……hidup wings…
June 16th, 2009 at 3:06 pm
salam..abg awie..Eman mmang mnat sgt ngan kmpulan abg awie..mmg rock gle…klu la Eman nie bleh jmpe ngan abg awie..bleh la Eman blaja jd rockers..Eman mmang mnat sgt ngan rock…abg awie raya nie datang la umah..umah Eman dkat padang serai je…ala umah dlm daerah kulim…
Eman brhrap sgt abg awie dpat dtang umah Eman…Eman doakan semoga abg awie success slalu…abg awie jgn rsau kalau ada yg nk knakan abg awie gna belon..abg awie SEPAK je….
August 14th, 2009 at 12:34 pm
salam..gua nk awie nyanyikan semula lagu2 dr album wings yg pakai vokalis lain,album yg mel n mus nyanyi…jiwa gua hanya blh terima awie n wings,wings n awie…lagu wings hanya layan dgn suara awie,dah lama gua x ambik tau pasal wings pas awie kuar wings..gua merajuk gler..kuarkan semula album dgn guna vocal awie,gua grenti pasti meletup2 penjualan album tu…x caya..wat la wahai wings..gua org pertama akn beli…GUA X PENAH BELI ALBUM WINGS YG CETAK ROMPAK,gua ada semua album wings dr belenggu irama sampai yg terbaru,tp album wings yg rojak dgn vokalis lain….HARAM GUA X BELI…
November 21st, 2009 at 11:27 pm
Wings poko’e is the best lah…………………………………………………………….
December 27th, 2009 at 9:53 pm
nape suara awie hancur pd mlm konsert tu,,walau cmnapun gua kan teteap sokong wings sampai bila2,,xde satu band pun dlm malaysia dpt gugat wings,,walau search atau may etc,,wings tetap utuh dari dulu kini dan selamanya,,hidup wings,,,,
March 14th, 2010 at 12:44 am
terima kasih kepada semua peminat2 wings yang terus menyokong kumpulan wings,awie berbangga dengan seua peminat2 awie kerana tetap memberikan sokongan padu pada kami,jika diizinkan wings akan bergabung dengan search untuk adakan konsert dalam planet hollywood pada masa akan datang,tq semua you all because sport to wings team and awie..
July 24th, 2010 at 11:35 am
ASSALAMUALAIKUM ABG AWIE…APA KABAR?WINGS TETAP TERGUNGGUL.