in , ,

Corat Coret & Momen Manis di Showcase Fattah & Friends

Showcase Fattah & Friends telah pun berjaya dilangsungkan pada 17 dan 18 Februari lalu. Selama dua hari berturut-turut, Fattah Amin dengan ditemani oleh sahabat baiknya telah menghiburkan peminat di tingkat 1, Stalkers Cafe yang terletak di Kota Damansara. Showcase ini adalah sebagai simbolik kepada pembukaan event space yang terletak di tingkat 1 Stalkers Cafe dan Fattah mengalu-alukan kepada semua yang nak buat event, bolehlah menghubungi pihak Stalkers Cafe.

Aizat Amdan Dedah Rahsia Sebenar Sebalik SAMPAI KE HARI TUA

Aizat Amdan hadir menjadi artis undangan Fattah Amin di sesi showcase di hari pertama. Ramai yang dah tahu, selain Mel Ramlan, rasanya Aizat adalah antara rakan selebriti Fattah yang menyumbang lagu untuk nyanyian Fattah. Yang menariknya, pada malam itu, Aizat mendedahkan cerita di sebalik penciptaan lagu SAMPAI KE HARI TUA. Korang boleh dengar cerita Aizat di dalam video kat atas ni.

Kejutan Sweet Fazura Untuk Fattah Amin 

Momen manis juga apabila di malam kedua, peminat tak tahu yang Fazura akan datang sebab sampai ke penghujung showcase kelihat Fazura tak nampak. Sampailah di lagu yang terakhir AKU SAYANG KAMU, Fazura tiba-tiba muncul buat kejutan untuk Fattah. Haha, Fattah pun terkejut sebab katanya, dia pun tak tahu Fazura akan datang. Memang punyalah baik hati betul Fazura berlaku adil sebab datang semata-mata nak bertemu dengan peminat di hari kedua.

Sebenarnya, banyak lagi momen sweet-sweet dan madu tumpah di Stalkers Cafe masa Showcase Fattah & Friends. Korang layan je la, video yang akan Budiey upload di Youtube Budiey.com dari masa ke semasa ya.

Terima kasih kepada Fattah Amin yang sudi menjemput Budiey buat liputan di showcase ini.

 

 

 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kak Ogy Bakal Anjurkan Street Theatre Carnival di The Curve, Mutiara Damansara

Issey Juara Minggu Kelima Arena Bintang Bersama Bintang!