in , ,

Ulasan Showcase Faizal Tahir di Hard Rock Cafe KL

Pada 22 September 2013 lalu, Budiey telah meluangkan masa hujung minggu dengan menyahut pelawaan dari The 8 Unit untuk berhibur di Showcase Faizal Tahir – A ROCKIN NIGHT WITH FAIZAL TAHIR yang diadakan di Hard Rock CaféKuala Lumpur. Showcase ini sebenarnya adalah rangka promosi bersempena dengan kelahiran album solo terbaru FT yang ketiga berjudul Faizal Tahir. Sepanjang minit persembahan pada malam itu, boleh Budiey katakan, bintang rock paling digemari, Faizal Tahir telah mempamerkan satu persembahan yang bertenaga, ‘hidup’ dan sangat eksklusif untuk peminatnya yang hadir.

Untuk info anda semua, Hard Rock Café Kuala Lumpur merupakan lokasi ke-lima untuk persembahan ‘live showcase’ Faizal Tahir. Sebelum ini, penyanyi kelahiran program realiti OIAM ini telah beraksi di pentas Hard Rock Café Penang, Sarawak, Melaka dan Sabah. Terbaru, Budiey dapat berita, lokasi seterusnya adalah Singapura, namun masih lagi di peringkat perbincangan.

Ulasan Showcase Faizal Tahir di Hard Rock Cafe KL

Ulasan Showcase Faizal Tahir di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur

[pullquote align=”right”]Malam ‘Rockin’ dengan Faizal Tahir di Hard Rock Café KL juga menyaksikan penampilan Tomok sebagai vokalis popular band Manifesto yang bertindak pemanas pentas dan melengkapkan pembukaan dengan persembahan bertenaga.[/pullquote]

Tanyalah kepada semua peminat yang hadir pada malam tadi, semuanya mengatakan penyanyi yang dah bergelar bapa berusia 35 tahun itu telah memberikan persembahan yang sangat bertenaga di mana dia telah menyanyikan lagu-lagu dari album terbaru beliau serta beberapa trek lain daripada album sebelum ini. Kemunculan Faizal sememangnya dinanti-nantikan oleh peminat-peminatnya kerana dia agak menyepikan diri untuk tempoh tiga tahun iini.

Kalau nak dikira, album Faizal Tahir sudah lama berada di pasaran iaitu sejak bulan Mac lagi, tapi Budiey perhatikan album terbaru Faizal Tahir tidak begitu disedari kewujudannya, malah ada peminat muzik tanahair tak tahu pun FT dah ada alubm baru. Camna tu kan? Faizal Tahir sendiri pun tahu, dan beliau akui sangat terkilan dengan situasi ini. Tapi kalau korang yang betul-betul miat FT sah-sah dah tahu album dah keluar. Siap dah hafal semua lagu dah pu. Faizal turut menyanyikan lagu Mati yang jarang sekali dinyanyikan olehnya  Persembahan yang bermula jam 9 malam itu pastinya akan diingati oleh peminat FT yang hadir. Mereka yang datang hanya masuk dengan membayar Rm60 dan diberikan minuman ringan. Budiey kira berbaloilah dengan persembahan Manifesto dan juga Faizal Tahir yang meletop tu kan?

Jadi sesuai dengan matlamat showcase ini, maka FT menganggap ‘live showcase’ tersebut mencapai niat sebenarnya iaitu sebagai menghidupkan semula albumnya itu kepada pengemar muzik.

Budiey lihat ramai juga selebriti yang hadir untuk memberikan sokongan dan semangat untuk Faizal Tahir. Antaranya, Fizz Fairuz, Nabila Huda dan ramai lagi.

“Saya begitu teruja dengan sokongan padu yang diberikan oleh peminat-peminat dan rakan-rakan artis yang hadir kerana saya sama sekali tidak menyangka ramai yang datang pada malam ini.”

Memulakan persembahan dengan lagu yang tengah hit di radio sekarang ini, Vortex yang penuh sarat muzik elektrik-rock, kemudiannya Faizal Tahir terus melayan jetitan peminat dengan berkongsi tujuh lagu-lagu lain sebelum menutup malam dengan permintaan encore khas oleh peminat apabila beliau menyanyikan Gemuruh, inspirasi yang diambil dari album pertama beliau. Antara lagu yang dinyanyikan ialah Bintang, Biar, Permaisuri, Adrenalin, Hanyut, Mati dan Antigraviti. Paling best, ianya disampaikan dalam susunan muzik lebih segar diselangi dengan nyanyian bersama peminat.

Faizal Tahir memang pandai berjenaka dan setiap kali dia bercakap dan berinteraksi dengan peminat, pasti mengundang hilai tawa dan sorakan. Budiey juga ada perasan Faizal Tahir ada menyanyikan lagu selamat pengantin baru buat komposer Omar K yang katanya baru sahaja mendirikan rumahtangga. Wah, tak cakap kat kita pun Omar K dah kahwin. Huhu. Selamat pengantin baru buat Omar K.

Walau bagaimanapun, encore lagu Gemuruh itu bukan tanda penamat showcase malah sebagai memuaskan hati peminat beliau yang meminta lagu hits lain, Faizal bersama band beliau, The Royal FT Force  secara rasmi mengakhiri malam itu dengan rendisi popularnya, Selamat Malam.

“Saya sangat bersyukur dan gembira melihat begitu ramai peminat yang sanggup datang dan terus menyokong saya.”

Faizal Tahir juga memberi kata-kata khas kepada salah seorang daripada peminat yang datang untuk menonton persembahan walaupun dimasukkan ke hospital beberapa hari sebelum akibat asma. Sangat setia betul peminat FT.

Budiey dikhabarkan, Faizal Tahir akan terus mempamerkan persembahan mantap beliau di showcase seperti ini pada bulan November ini di Hard Rock Café di Singapura.

Ulasan Showcase Faizal Tahir di Hard Rock Cafe KL

Ulasan Showcase Faizal Tahir di Hard Rock Cafe KL

Ulasan Showcase Faizal Tahir di Hard Rock Cafe KL

Ulasan Showcase Faizal Tahir di Hard Rock Cafe KL

Ulasan Showcase Faizal Tahir di Hard Rock Cafe KL

Ulasan Showcase Faizal Tahir di Hard Rock Cafe KL

Ulasan Showcase Faizal Tahir di Hard Rock Cafe KL

Ulasan Showcase Faizal Tahir di Hard Rock Cafe KL

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Izzue Islam Takut Asma di Fear Factor Selebriti Malaysia

Gambar Nelydia Senrose di Pelancaran Produk Terbaru Enchanteur Paris