in , ,

Showcase Ella di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur Dapat Sambutan

Ratu Rock Malaysia, Ella bakal perform di Hard Rock Cafe (HRC) Kuala Lumpur dalam sebuah showcase pada 22 Jun ini jam 9 malam. Ella akan perform sebanyak 8 buah lagu di mana menjadi lagu-lagu popular yang mendapat permintaan tinggi daripada peminat selama sejam lebih. Antaranya, Dua Insan Bercinta, Gemilang, Layar Impian, Permata Biru, Sepi Sekuntum Mawar Merah dan banyak lagi.

Ella atau nama penuhnya Norzila Aminuddin bakal bergandingan dengan band baru berpengalaman Sparrow King untuk showcase 22 Jun nanti, Ella menyifat–kan persembahan itu sebagai ‘pemanas badan’ kepada konsert akan datang. Kali pertama bergabung dengan band itu, menurutnya dia tidak risau sangat memandangkan dia sudah mengkaji terlebih dulu kebolehan mereka.

“Persembahan kali ini sesuatu yang sangat istimewa kerana bukan saja seronok dapat kembali ke pentas HRC selepas beberapa tahun tidak beraksi di sana, malah hasil jualan tiketnya juga bakal disalurkan kepada badan kebajikan.

“Saya gembira dapat berkongsi pentas dengan band Sparrow King dan saya amat yakin dengan kemampuan mereka. Band itu akan menjadi pembuka showcase sebelum saya muncul menyanyikan kira-kira lapan lagu gabungan lama dan baru,” katanya.

 

Dalam perkembangan lain, Ella turut merancang mengadakan konsert solonya dan percutian bersama peminat pada tahun ini. Ella juga akan mucul dengan album terbaru terbitan Universal Music yang akan memuatkan 10 buah lagu baru termasuk single bersama artis Indonesia, Anji.

Showcase Ella juga turut menjual cenderhati khas dan eksklusif untuk peminat Ella. Tiket showcase Ella dijual dengan harga RM40. Sebarang pertanyaan, peminat boleh hubungi di talian 03-6203 5800.

Showcase Ella di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Enrique Iglesias Bakal Perform di Isle of MTV 2014

Sekitar Premiere With Budiey How To Train Your Dragon 2