in

Showcase Andra and The Backbone di Planet Hollywood

PLANET HOLLYWOOD mempersembahkan… ANDRA AND THE BACKBONE
 
23 Disember 2007 (Ahad), 10.30 malam
 
“Malam Pemusnahan” Showcase Eksklusif

Kumpulan rock dari Indonesia; Andra and The Backbone akan mengadakan persembahan live di Planet Hollywood pada 23 Disember 2007 (Ahad) bermula pada pukul 10.30 malam. Showcase eksklusif yang diberi nama ‘Malam Permusnahan’ ini akan menyaksikan kemunculan sulung kumpulan ini di Malaysia dan para peminat mereka yang berada di sini akan berpeluang menonton mereka secara dekat di dalam suasana yang penuh intimasi, hanya di Planet Hollywood! 

Andra and The Backbone merupakan projek sulung pemain gitar utama bagi kumpulan yang cukup tersohor sekali; Dewa 19 iaitu Andra Junaidi Ramadhan. Buat pengetahuan umum, projek sulung Andra ini sudah cukup lama di rancang, tetapi hanya pada tahun 2006 sahaja kumpulan ini telah berjaya mencuri hati syarikat rakaman gergasi; EMI Indonesia. Dan bertitik tolak dari situlah Andra and The Backbone mula dikenali dan di terima ramai. 

Kumpulan ini berjaya melahirkan hasil kerja yang cukup unik dan kreatif sekali. Mungkin ada yang akan menyamakan mereka ini dengan kumpulan Dewa 19 tetapi hakikatnya muzik Andra tidak sedikit pun sama seperti kumpulan gergasi tersebut. Berdiri di bawah genre Pop Rock, susunan muzik Andra and The Backbone lebih keras dan mendalam. Ini kerana kebanyakkan lagu yang di muatkan di dalam album tersebut di sulami dengan petikan gitar Andra yang sudah terbukti kehebatannya ketika beliau bersama Dewa 19 lagi. Bagi mereka yang begitu memandang tinggi akan kehebatan Andra ini, showcase ini sudah pasti akan menjadi saksi bakat terulung beliau ini! 

Album pertama Andra and The Backbone tidak menunggu lama untuk menembusi pasaran tempatan (Malaysia). Sebaik sahaja di edarkan di sini, album tersebut mula menambat hati para pendengar muzik negara kita. Ternyata cubaan pertama Andra (gitar utama), Dedy Lisan (vokal) dan Stevi Itam (gitar rhythm) cukup berbaloi sekali kerana respons yang di berikan di sini begitu membanggakan. Ia terbukti apabila single pertama mereka yang berjudul ‘Musnah’ mula mendapat tempat teratas di carta-carta radio tempatan. Sesuatu yang perlu di banggakan buat kumpulan yang masih ‘hijau’ di dalam industri hiburan ini! 

Showcase eksklusif ini nanti akan memperlihatkan Andra and The Backbone menggegarkan pentas utama Planet Hollywood KL dengan lagu-lagu yang di petik dari album sulung mereka. Di antaranya termasuklah ‘Terdalam’, ‘Pujaan Hati’, ‘Dan Tidurlah’, ‘Lagi… Dan Lagi…’, ‘Saat Dunia Masih Milik Kita’, ‘Hanya Dirimu, ‘Di Telan Bumi’, ‘Perih’, ‘Sempurna’ dan banyak lagi! 

“Kami cukup berbangga sekali apabila kumpulan Andra and The Backbone menyatakan persetujuan untuk mengadakan persembahan di Planet Hollywood . Seperti yang kita semua tahu, ini merupakan kemunculan sulung kumpulan tersebut di Malaysia dan peminat-peminat Dewa 19 yang ada di luar sana perlu memastikan yang mereka hadir menonton kumpulan ini beraksi nanti! Sudah pasti ia akan menjadi satu pengalaman istimewa yang tidak boleh di lupakan”, jelas wakil dari Planet Hollywood.

Pastikan anda semua jangan lepaskan peluang menonton persembahan ‘satu-malam-sahaja’ ini nanti, khas buat peminat-peminat Andra and The Backbone yang ada di luar sana. Jumpa anda 23 Disember 2007 (Ahad) ini nanti, pada pukul 10.30 malam! 

Bayaran masuk untuk menyaksikan persembahan ini ialah RM 40, termasuk satu minuman percuma. 

Planet Hollywood bertempat di bangunan KL Plaza, Jalan Bukit Bintang. 

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi 03- 2144 6602.

Layari: http://www.andrathebackbone.com

[tags]andra and the backbone, Terdalam lirik, Pujaan Hati mp3, Dan Tidurlah, Lagi Dan Lagi, metadome, ringtone, blog ash, Saat Dunia Masih Milik Kita, Hanya Dirimu, Di Telan Bumi, Perih, Sempurna  Alvin & the Chipmunks, The Ferryman, I am Legend, Anak Halal, The Warlords, Cintaku Forever, National Treasure: Book of Secrets, Aliens vs. Predator: Survival of the Fittest, Atonement, This Christmas[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hady Mirza Pemenang Asian Idol Pertama

Golden Globes Awards 2008 Nominees