Showcase A Nite With… Anuar Zain @ Dewan Perdana Felda
Setelah melakar sejarahnya yang tersendiri di ‘Malam 1001 Gemilang’ pada Disember 2007 lalu, Sutra D’Mega Event & Entertainment Sdn Bhd sekali lagi bakal mencatat sejarahnya dengan menganjurkan satu majlis istimewa bersama artis terkenal tanahair iaitu Anuar Zain.

BILA DAN DI MANA?
Sempena majlis istimewa itu, pihak kami telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan satu majlis makan malam istimewa, A Nite With… Anuar Zain. Majlis yang bertemakan Glamourous itu akan berlangsung pada 2 Mei 2008 (Jumat), pada jam 8 malam, bertempat di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur.
A Nite With… Anuar Zain, merupakan projek pertama kami pada tahun 2008 di mana kami telah memilih Anuar Zain kerana keistimewaannya yang tersendiri sebagai penghibur tanahair. Selain itu, kami amat menghargai artis-artis tempatan, justeru dengan adanya majlis istimewa seperti ini secara tidak langsung membuktikan bahawa pihak kami telus dan jujur dalam memartabatkan serta menghargai artis tempatan.

LAGU ANUAR
Siapa pun tidak akan menafikan keistimewaan dan aura yang dimiliki oleh artis hebat ini, khususnya bagi peminat-peminat setia Anuar Zain yang sentiasa menyokong perjalanan seninya selama ini. Persembahan hebat yang diiringi oleh pemuzik terkenal, Mac Chew ini akan menyaksikan Anuar Zain mempersembahkan lagu-lagu popularnya seperti Lelaki Ini, Ketulusan Hati, Teman Terulung, dan sebagainya.

APA KATA PENGANJUR?
Menurut pengarah urusan Sutra D’Mega Event & Entertainment Sdn Bhd, Encik Karl Asmawi, majlis yang bakal diadakan ini diharapkan dapat mencapai sasaran dan objektif penganjuran dan salah satu daripada objektifnya adalah untuk mengeratkan silaturahim antara artis terbabit bersama para peminatnya. Selain itu, projek ini bertujuan untuk memberi peluang dan ruang kepada masyarakat khususnya peminat-peminat Anuar Zain untuk mendalami serta menghayati nilai dan kefahaman yang terkandung di dalam lagu-lagu yang akan disampaikan oleh artis terbabit.
Menurutnya lagi, kejayaan yang dikecapi oleh Anuar Zain seperti Anugerah Penyanyi Lelaki Popular, Anugerah Vokal Terbaik, Anugerah Penyanyi Baru Terbaik dan sebagainya di beberapa anugerah dalam negara secara tidak langsung meletakkannya di kelas yang tersendiri dalam industri muzik tanahair.
Pihak kami, Sutra D’Mega Event & Entertainment Sdn Bhd memilih Anuar Zain kerana beliau seorang penghibur yang istimewa. Anuar Zain mempunyai pakej yang lengkap sebagai seorang penghibur di samping mempunyai auranya yang tersendiri ketika berada di atas pentas selain dapat menghiburkan tetamu di segenap lapisan usia.

NAK BELI TIKET?
Dengan harga tiket RM300, RM350, RM400 dan tiket istimewa RM650, pakej meja berharga RM3000, RM3500, RM4000 serta RM6500, penonton yang hadir pada majlis itu nanti bukan sahaja akan dihiburkan dengan persembahan artis hebat ini malah akan turut dihidangkan dengan hidangan makan malam istimewa berserta cenderahati daripada pihak penganjur. Kepada anda, peminat-peminat setia kepada penyanyi Lelaki Ini yang mengimpikan untuk menyaksikan persembahan hebat daripadanya, anda boleh membuat tempahan tiket dengan menghubungi pihak Sutra D’Mega Event & Entertainment Sdn Bhd di talian 03-77274515 (Tity, Ayu & Affi).

Technorati Tags: elegan anuar, showcase anuar zain, promotion, how to be promoter, fitness blog, ac mizal, af6, afundi, akademi fantasia 6, astro, demam af, diari af, file sulit, gobala, hiburan, hujan, konsert mingguan af, P Ramlee The Musical Esplanade, Ticket infos, kontroversi, malaysia, nadia, ogy, pengacara, reality tv show, senarai tugasn, stacy, trek selebriti, umbrella, video konsert mingguan, gossip lutfya
Tags: Anuar Zain, Showcase, ac mizal, af6, afundi, akademi fantasia 6, astro, demam af, diari af, elegan anuar, file sulit, fitness blog, gobala, gossip lutfya, hiburan, how to be promoter, hujan, konsert mingguan af, kontroversi, malaysia, nadia, ogy, P Ramlee The Musical Esplanade, pengacara, promotion, reality tv show, senarai tugasn, showcase anuar zain, stacy, Ticket infos, trek selebriti, umbrella, video konsert mingguanBaca artikel lain yang berkaitan:







April 8th, 2008 at 11:23 pm
az kene kahwin cepat supaya tak perlu dicium..mencium..tercium..atau dipaksa mencium
lps showcase ni dah boleh dah
April 9th, 2008 at 7:18 am
abg anuar……………….i love u so much…heheheheheh
mintk cium sket boleh x?
April 9th, 2008 at 2:49 pm
eeeee…malu2 la..hehehe
June 23rd, 2008 at 12:21 pm
pilh clon isteri yg baik dan beriman,anuar zain memg bes.. lgu die sume pun bes especially ketulusan hati…
i esha.. peminat setia az dr dlu lg…
June 23rd, 2008 at 12:22 pm
btol kater papadom.. tu malunyer dgr nk cum org tetiber.. kuatkn iman di dada
June 23rd, 2008 at 12:24 pm
btol kater papadom.. tu malunyer dgr nk cium org tetiber.. kuatkn iman di dada.hheheheh