in

Show Band Asia Reforms di Planet Hollywood

Asia Reforms kembali beraksi di Planet Hollywood, KL!

Asia Reforms, sebuah kumpulan ‘club-band’ yang cukup terkenal dari Indonesia sudah bersedia untuk menghiburkan para peminat muzik live yang ada di Malaysia ini! Buat kesekian kalinya, mereka kembali untuk membuat persembahan di Planet Hollywood, KL. Mereka akan beraksi di sini selama tiga bulan yang akan datang ini, bermula dari 1 Februari ini hingga 30 April 2008

Asia Reforms dianggotai oleh tujuh (7) orang pemuzik yang cukup berbakat besar. Mereka adalah Rahmat (Vokal), Ayu (Vokal), Max (Vokal/ Gitar/ Keyboard), Arie (Drum), Rully (Gitar Utama), Adiel (Keyboard/ Piano) dan Zackey (Gitar Bass). 

Kumpulan ini cukup dikenali ramai terutamanya bagi penggemar muzik-muzik live di pusat-pusat hiburan serata tempat. Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada kemasyuran mereka ini termasuklah persembahan mereka yang cukup mantap dan bertenaga, cara berkomunikasi yang cukup baik dan menghiburkan serta keunikkan setiap anggota yang mampu memberikan panduan suara yang cukup berkesan sekali! Di atas sebab-sebab inilah Asia Reforms sering mendapat jemputan membuat persembahan di kebanyakan bandar-bandar utama. Ini termasuklah di Jakarta, Bali, Surabaya, Singapura, Beijing dan sudah semestinya di Kuala Lumpur sendiri! 

Muzik-muzik yang dipersembahkan oleh Asia Reforms terdiri daripada pelbagai genre. Ini termasuklah lagu-lagu yang berentak Rock Kotemporari, Jazz, Balada, R&B, Rock, Pop Rock hinggalah ke muzik-muzik ‘Top-40’  terkini yang ada hari ini. 

Pastikan anda semua tidak melepaskan peluang untuk menonton persembahan bertenaga Asia Reforms di Planet Hollywood KL sepanjang tiga bulan yang akan datang ini, bermula dari 1 Februari – 30 April 2008. Persembahan mereka akan berlangsung dari pukul 10.30 malam, dari hari Isnin – Sabtu. Jumpa anda di sana! 

Planet Hollywood terletak di Ground Floor, KL Plaza, Kuala Lumpur.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 03-2144 6602.

[tags]asia market, asia news, asia economy, finance, countries, klplaza.com, cnn asia, planet, lonely planet, solar system, planets, shakers, planet hollywood, lost planet, cheat planet, animal planet, planet earth, football, planet x, blue planet, nine planet, lonely planet guide[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelakon Seksi Zila Bakarin Berkahwin

Gambar Hajjah Siti Nurhaliza Bertudung di Kolej Lim Kok Wing