Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Show Amal Tabung Bencana Alam Kris Dayanti di Borneo Baruk Club



Budiey dapat tahu, penyanyi terkenal dari Indonesia, Kris Dayanti akan merawat luka lara jiwanya ke Malaysia setelah bercerai dengan Anang.

Tapi kedatangan ikon Indonesia ternama dan paling kaya ini bukan hanya merawat luka terpendam. Oh, pasti ada agendanya.

Budiey dapat tahu, Kris Dayanti akan melancarkan album CD dan VCD Karaoke terbarunya di Borneo Baruk Club (Bbc), Jln Kia Peng, Kuala Lumpur tanggal 23 Oktober ini. Dan pada malam harinya juga, dalam jam 8.30 malam akan berlangsung persembahan amal bagi mengutip derma mangsa gempa bumi di Padang yang melanda negara kelahirannya.

Sikap prihatin dan belas kasihan KD sangatlah harus diberi perhatian. Apa-apa pun, beramal dan mendermalah secara ikhlas. Sebab ada yang tengah marah… tak nak menderma. Korang tahu lah pasal apa, kan?

Jualan tiket yang dikenakan berharga RM50 seorang akan disalurkan ke tabung bencana alam gempa bumi Padang yang dikelolakan Kedutaan Besar Republik Indonesia di Malaysia. Persembahan amal ini adalah kerjasama kedutaan terbabit dengan Garuda Indonesia dan Borneo Baruk Club.

Persembahan ini juga antara perancangan Tropic Jaya Entertainment selaku pengedar album terbaru penyanyi itu yang berjudul Aku Wanita Biasa. Sambil beramal, syarikat terbabit juga mengambil peluang untuk mempromosikan album itu yang sudah pun berada di pasaran sejak 19 Oktober lalu.

Malangnya, walaupun diberi jemputan khas, Budiey tidak dapat hadir pada malam tersebut kerana terpaksa ke Singapura untuk menghadiri Majlis Anugerah Blog Asia Pasifik.

Wish me luck, ya~!

p/s: Cakap pasal show dan konsert ni, berita yang baru sampai ke telinga Budiey, kawan karib KD kat Malaysia, siapa lagi, kalau bukan Dato’ Siti Nurhaliza juga akan buat konsert~! Nama konsert CT kali ni, KONSERT SERIBU WARNA. Yea, kali ini, CT tak keseorangan sebab konsert yg akan berlangsung tak lama lagi akan mengabungkan semua artis Siti Nurhaliza Productions.

Nak tahu bila dan kat mana, kena baca budiey.com~

Tags: ,

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Peraduan Menangi Album 2 DIVA – Kris Dayanti & Siti Nurhaliza
  • Gambar Siti Nurhaliza & Kris Dayanti di Red Carpet AIM 17
  • Beli Album 2 DIVA – Kris Dayanti & Siti Nurhaliza Di Pasaran Sekarang
  • Yuni Shara, Kakak Kris Dayanti Bawa Lagu Melly Goeslow
  • Gambar Saida di Pelancaran Album CTKD
  • Lirik Lagu Perlu Kamu – Ajai & Krisdayanti Lagu Tema 1957 Hati Malaya
  • Siti Nurhaliza di Konsert Setiakawan 2 @ Dataran Merdeka Malam Ini
  • Minggu Setiausaha 2009 Bersama Dato’ Siti Nurhaliza & Kris Dayanti
  • Show T-REX di Hard Rock Kuala Lumpur
  • Sekitar Media Nite Celcom @ Borneo Baruk Club



    • http://www.yahoo.com nurul349

      kalau kutip derma tu nak ke warga Indonesia yang sememangnya fikir nak ganyang Malaysia? seburuk-buruk Malaysia, at least ada jugak rasa nak derma, kira ada jugak la rasa prihatin. tapi warga Indonesia bukan nak hargai…otak dok letak kat lutut. Walhal warga diorang oun ramai cari makan kat sini. ingat sket, Tuhan kat atas tu marah dengan org yang senang-senang nak ganyang orang ni. nak berjihad tu agak-agak la sket. aku cukup benci ngan org yang tak reti menilai penghargaan sebuah budi & jasa.

    • Honeybee

      Actually Allah swt dh ‘ganyang’ depa 2x, tpi msih x sedar diri .. itu lah .. bila hti dh busuk n gelap, dpt bala mcmna pun x insaf2 gak!

    • syazleen

      NO DONATION for the country that launch “SWEEPING MALAYSIA”….

      Not any single cent….

      GTH….

    • kalasun

      hai bukan begitu!!!!!!!!!, penyebab orang indonesia sensitif terhadap malaysia karena
      1. banyak budaya indonesia yang dianggap budaya malaysia
      2. banyak orang malaysia yang meremehkan indonesia apalagi dengan sebutan indon
      3.banyak warga negara kami disana disiksa, tak diberi gaji, disetrika,
      apalagi yang terbaru DIBUNUH
      coba kalian pikir bagaimana kami tidak marah kalau kami diperlakukan seperti itu,
      saya sebenarnya tidak setuju dengan “sweeping malaysia” itu mungkin tindakan yang berlebihan
      namun bagaimana lagi kemarahan kami sudah memuncak



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK