• Home
  • Berita
  • Foto Artis
  • Filem
    • Sinopsis
  • Drama
  • Gossip
  • Hubungi Budiey

Sensasi Selebriti

Berita Hiburan Malaysia, Gambar Selebriti Terbaru, Gossip Artis, Filem, Muzik, Video & Teater

  • Events
    • Anugerah Bintang Popular
    • Anugerah Blockbuster
    • Anugerah Emmy
    • Anugerah Grammy
    • Anugerah Industri Muzik
    • Anugerah Juara Lagu
    • Anugerah Oscar
    • Anugerah Planet Muzik
    • Anugerah Seri Angkasa
    • Anugerah Shout!
    • Festival Filem Malaysia
    • Festival Muzik KL
  • TV
    • Astro
    • TV1
    • TV1
    • TV2
    • TV3
    • TV9
    • 8TV
    • NTV7
    • TV Al-Hijrah
  • Radio
    • Suria FM
    • Hot FM
  • Album
  • Fesyen
  • Teater
  • Travel
  • Gadget
  • Peraduan
  • Advertorial
  • K-Pop

Shout! Awards 2012 Kuasa Jeritan Yang Ada Kualiti

0
  • by Budiey
  • in 8TV · Anugerah Shout!
  • — 25 Nov, 2012

KUASA jeritan yang lebih ganas dan bertenaga, tambah hip dan urban, Shout! Awards kali ketiga dibawakan oleh 8TV dan berlangsung dengan jayanya pada 23 November lalu di Surf Beach, Sunway Lagoon, Petaling Jaya, Selangor.

Sesuai dengan lokasi majlis anugerah itu diadakan pada tahun ini, konsep acara yang seakan-akan MTV Awards itu juga sejujurnya berjaya memanaskan malam hujung minggu dalam versi santai tapi bergaya.

Acara karpet merah yang bermula seawal pukul 5 petang menyaksikan pelbagai gaya selebriti yang tampil berdasarkan dua tema pilihan iaitu pakaian resort atau steam punk.

Bukan hanya hangat daripada segi fesyen, bahkan kepelbagaian persembahan yang disajikan sejak pukul 8.30 malam hingga 11.45 malam berselang-seli dengan penyampaian anugerah kepada pemenang.

Permulaan acara yang mengundang rasa teruja penonton untuk menunggu lebih lama biar hujan mula turun mencurah; kemunculan penyanyi yang berpakaian ala-ala Nicki Minaj dan disusuli persembahan bertenaga Goldfish & Blink bersama Luxy Boyz.

Shout Awards 2012

Variasi

Jika dilihat daripada keseluruhan persembahan pada malam tersebut, secara puratanya tidak menghampakan. Ada variasi dan kesegaran ditampilkan.

Seolah-olah memberikan ramalan bahawa trofi kemenangan Ultimate Shout! Award yang telah dimenangi tahun ini oleh kumpulan trio tiga beradik KRU apabila penonton disajikan dengan satu slot persembahan Tribute To Malaysian Hits.

Dua buah lagu kumpulan KRU iaitu Fanatik dan Mengerti ditampilkan bersama tiga buah lagu lain iaitu Who Be The Player (Poetic Ammo), Inilah Nasibku (Nico) dan Belaian Jiwa (Innuendo) nyanyian bintang kelahiran Mentor, Ila Damia dan Anas.

Sedikit mengecewakan apabila slot persembahan tiga orang komposer dan penyanyi iaitu Liyana Fizi yang menyampaikan lagu Jatuh, The Impatient Sisters (Comets & Stars) serta Diandra Arjunaidi (Angkasa) tidak begitu menyengat.

BUNKFACE diiktiraf sebagai pemenang Rockstar Award dalam anugerah tersebut.

Sisi pengantarabangsaan Shout! Awards diterjemahkan melalui persembahan bertenaga dan mantap daripada dua kumpulan yang diterbangkan khas dari Korea iaitu Vixx dan Nu’Est. Mereka masing-masing diberikan peluang mempersembahkan dua buah lagu.

Bak kata wakil kedua-dua buah kumpulan K-Pop itu ketika sidang akhbar pada pagi Jumaat lalu, mereka khuatir sebenarnya mengenai penerimaan peminat di sini.

“Namun, kami teruja untuk memberikan yang terbaik khas buat Shout! Awards tahun ini, biar pertama kali berkunjung ke sini (Malaysia), rata-rata memberikan respons yang positif,” kata salah seorang anggota kumpulan Nu’Est, Aron.

Anugerah

Kemeriahan majlis tidak hanya terletak pada tenaga yang disalurkan menerusi persembahan semata-mata, tapi juga kredibiliti penyampai anugerah serta tiga orang pengacaranya iaitu Henry Golding, Hannah Tan dan Razif Hashim.

Pendek kata, jika pengacara bijak mengawal situasi profesionalisme seseorang itu secara automatik terserlah.

Bukan menuding jari kepada mana-mana pihak sebelum permulaan persembahan Kyoto Conspiracy, sebaliknya hos yang bijak harus mampu mengalih perhatian untuk menutup kecacatan sekeliling apatah lagi acara itu disiarkan secara langsung.

Beberapa anugerah ada antaranya sudah boleh diramalkan keputusannya dari awal seperti Hot Guy Award, Hot Chick Award dan Best on Screen Chemistry Award terutama apabila diperhatikan pencalonan awalnya.

Jelas sekali, ketiga-tiga anugerah yang telah dimenangi oleh Aaron Aziz, Nora Danish serta pasangan Zizan Razak dan Johan menepati ramalan awal!

Kata Zizan yang berjaya membawa pulang dua trofi hasil kemenangan melalui kategori Best On-Screen Chemistry Award serta Favourite TV Personality Award, dia bersyukur dan berterima kasih kepada peminat yang mengundi dirinya.

Shout Awards 2012

BARISAN personaliti program 8TV bertanggungjawab menjadi pengendali anugerah dengan baik.

Walaupun kini sedang sibuk dengan pertandingan Maharaja Lawak Mega musim kedua, namun Zizan sempat muncul di belakang pentas sejurus selepas majlis anugerah Shout! Awards tamat.

“Ini bermakna masyarakat urban dan seluruh masyarakat sudah dapat menerima saya dan duo bersama Johan.

“Saya sentiasa menganggap diri saya berada di bawah. Masyarakat urban bagi saya ialah masyarakat yang bijak untuk menilai. Alhamdulillah dengan rezeki yang diterima ini, saya sangat berterima kasih kepada yang mengundi saya sehingga mencapai kemenangan ini,” ujarnya.

Tambahnya lagi, walaupun memang sudah biasa bergandingan bersama Johan, namun tahun ini merupakan tahun pertama mereka tercalon sebagai Best On-Screen Chemistry Award dalam Shout! Awards.

Tidak dinafikan gandingan Jozan (Johan dan Zizan) sememangnya menjadi kegemaran peminat genre komedi. Begitupun, ujar Zizan, walaupun sering bersama, tidak bermakna mereka tidak boleh bergerak solo.

“Walaupun kami memang sering bersama, ini tidak bermakna kami tidak boleh bekerja secara solo. Jika solo, kami berdua perlu ada senjata lain untuk menggantikan tempat masing-masing, namun tidak sama seperti bagaimana kami apabila berdua. Apabila kami berdua, memang persembahan menjadi mantap, itu memang tidak dapat dinafikan,” akhiri Zizan dalam sesi temu bual yang berlangsung di Lighthouse Beach Bistro, Sunway Lagoon.

Sementara itu, bagi Yuna yang juga pemenang Ultimate Shout! Award pada tahun lalu meluahkan rasa bangga apabila berpeluang memberikan menyerahkan anugerah yang sama kepada kumpulan KRU tahun ini.

“Memberikan anugerah terbesar itu kepada KRU merupakan penghargaan kepada diri saya sendiri malah, saya melihat Shout! Awards bukan saja memberikan peluang untuk bertemu peminat, bahkan juga platform mempromosi artis-artis baharu,” ujarnya.

Katanya yang memenangi kategori Popstar Award dua kali berturut-turut selain Wired Celebrity Award pada tahun ini, pengiktirafan itu adalah bukti dia masih relevan di Malaysia.

“Tiada istilah peminat tempatan atau luar negara biarpun kerjaya saya kini berpecah dua (Malaysia dan Amerika Syarikat). Anugerah ini merupakan tanda ingatan peminat di sini masih mahukan saya,” ungkapnya tersenyum.

Pentas yang gah, persembahan yang mengagumkan, anugerah yang adil dan sokongan peminat tanpa henti sebenarnya tanda sesebuah anugerah itu tidak harus dibiarkan terhenti.

Selepas tiga tahun penganjuran Shout! Awards, ia menampakkan aliran seni semakin berkembang pesat dan peminat semakin terbuka. Syabas diucapkan! – KOSMO

Shout Awards 2012

Shout Awards 2012

Shout Awards 2012

Shout Awards 2012

Shout Awards 2012

Shout Awards 2012

Shout Awards 2012

Shout Awards 2012

Komen via Facebook

Komen

Share

— Budiey

Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Photo Journalist, kerap bertwitter & facebook, videoman, new social media, copy writer, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.

  • Previous story Gambar Ummi Nazeera di Anugerah Shout! Awards 2012
  • Next story Review Prince Hotel & Residence Kuala Lumpur

ENTRI BERKAITAN

  • Baki Zainal Naikkan Rating Step Forward Musim 6 14 Mar, 2010
  • American Idol Season 10 14 Jan, 2011
  • Filem-filem Menarik Sepanjang Julai 2011 di 8TV 8 Jul, 2011
  • Phillip Phillips Juara American Idol 11 25 May, 2012

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  • KONSERT MEGA BINTANG

    RadiGlow

    KONSERT MEGA BINTANG

    Tempat: Resort World Convention Centre, Singapura

    Tarikh: 8 Jun 2013 (Sabtu)

    Masa: 8 malam

    Info Tiket: www.sistic.com.sg atau hubungi +65 6348 5555

    Budiey.com Sebagai Blog Rasmi Konsert Mega Bintang

  • SEARCH

  • TERKINI

    • Lebih 20 Selebriti Jayakan Festival Hari Belia 2013
    • Maxis Umum Pelaksanaan Program Rintis Maxis Ekelas
    • Senarai Program Menarik Sempena Cuti Sekolah di TV3
    • Belia Hangatkan Jom Heboh Putrajaya
    • One Nite Only With Nash Lefthanded
    • Telemovie Kisah Fantasi Mesin Masa Cinta Atuk
    • ntv7 Anjur Kempen Will & Kate & The Royal Baby
    • Senarai Filem Menarik di Cuti Sekolah Di TV1
    • Thirty Seconds To Mars Exclusive Album Preview Party
    • Afiq Muiz Mengaku Hilang Kerja & Dibanned Stesen TV
  • IKLAN

  • DAPATKAN RADIGLOW UNTUK KESIHATAN

    RadiGlow
  • KONSERT

    • Recent Posts
    • Most Popular
    • Comments
    • Tags
    • nashOne Nite Only With Nash LefthandedSaturday, May 25, 2013
    • Bintang-Mencari-BintangAchey Juara Konsert Penentuan Kumpulan A Bintang Mencari BintangWednesday, May 22, 2013
    • konsert-mega-bintangPeraduan Menangi Tiket Konsert Mega BintangTuesday, May 21, 2013
    • anuar-dayangGambar Anuar Zain & Dayang Nurfaizah di Serai KL Centre Kuala LumpurWednesday, May 15, 2013
    • Idola Kecil Musim KeduaThursday, October 29, 2009
    • Gambar Sekitar Hari Jadi Erin Malek ke 14 di Red Box Plus, PavilionMonday, July 28, 2008
    • TV3 Kids Voice Out School AttackSaturday, October 25, 2008
    • Filem Congkak Arahan Pierre Andre : Gambar PelakonTuesday, June 19, 2007
    • nura on:Bapa Afiq Muiz Diminta Tampil Jadi Orang Tengah Selesai Kemelut
    • nina on:Datuk Seri Najib Orang Pertama Dapat Kad Kahwin Beego & Linda
    • nina on:Gambar Anuar Zain & Dayang Nurfaizah di Serai KL Centre Kuala Lumpur
    • nina on:Gambar Nubhan & Mila Jirin Berkaraoke Lagu Cinta Kasih di Red Box
    • 8TV Advertorial AirAsia Akademi Fantasia Anugerah Bintang Popular Astro Berita Bernama Blog Budiey Drama Erra Fazira Events Fasha Sandha Fesyen Filem Foto Artis Gambar Gathering Gossip Hollywood Konsert kuala lumpur Lirik Liyana Jasmay mampu Mawi NTV7 penyanyi Peraduan persembahan radio televisyen malaysia radio televisyen malaysia rtm RTM Showcase Sinopsis Siti Nurhaliza Teater TV1 TV2 TV3 TV9 Ucapan Video Muzik watak
  • AFTER EARTH MULAI 6 JUN

    After Earth
  • Jom Baca Berita

    • Agenda Daily
    • Astro Awani
    • Berita Harian
    • Bernama
    • Detik Daily
    • Google News
    • Gua
    • Harakah Daily
    • Harian Metro
    • KL Pos
    • KOSMO!
    • Malay Mail
    • Malaysia Kini
    • Malaysian Digest
    • Malaysian Today
    • mStar Online
    • Murai
    • News Straits Times
    • Sinar Harian
    • The Star
    • The Sun
    • Utusan Malaysia
  • ARKIB

  • KATEGORI

    18Jun2013

    Konsert Mega Bintang

    Rossa, Ungu, Afgan & Ramai Lagi

    Dari 20:00 hingga 23:30

    di Resorts World Convention Centre, Singapura

    Find out more...

  • ENTRI TERKINI

    • Lebih 20 Selebriti Jayakan Festival Hari Belia 2013
    • Maxis Umum Pelaksanaan Program Rintis Maxis Ekelas
    • Senarai Program Menarik Sempena Cuti Sekolah di TV3
    • Belia Hangatkan Jom Heboh Putrajaya
    • One Nite Only With Nash Lefthanded
    • Telemovie Kisah Fantasi Mesin Masa Cinta Atuk
    • ntv7 Anjur Kempen Will & Kate & The Royal Baby
    • Senarai Filem Menarik di Cuti Sekolah Di TV1
    • Thirty Seconds To Mars Exclusive Album Preview Party
    • Afiq Muiz Mengaku Hilang Kerja & Dibanned Stesen TV
    • Kontrak Maya Karin Jadi Duta Tilam Vono Dilanjut Setahun Lagi
    • Bapa Afiq Muiz Diminta Tampil Jadi Orang Tengah Selesai Kemelut
    • Apa Perubahan Besar Dalam Akademi Fantasia 2013
  • KALENDAR

    May 2013
    M T W T F S S
    « Apr    
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • SPONSOR

  • BUDIEY

    Budiey Seorang full time blogger, kerap bertwitter & facebook, photographer, videoman, content provider, new media, copy writer, penulis iklan & advertorial. Obses dengan filem seram & thriller.

    Kenali Budiey lebih lanjut di [sini]
  • Social Media

    • Awal Ashaari
    • Fouziah Gous
    • My Facebook Fanpage
    • My Instagram
    • My Jurnal
    • My News & Events
    • My Photo Blog
    • My Twitter
    • My Youtube
    • Pipicomel
  • Home
  • Profile Budiey
  • Sitemap
  • Disclaimer
  • Hubungi Budiey
  • My Merchandise
  • Iklankan

© 2007 - 2013 Budiey.com (Sensasi Selebriti)
Budiey.com - Sensasi Selebriti dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat Budiey Dot Com Media (001991735-T)
Copyright Budiey Dot Com Media (001991735-T). All rights reserved.