in ,

SHOUT! AWARDS 2010 Anugerah Hip Kategori Baru

Acara anugerah paling hangat diperkatakan di dalam industri hiburan tempatan abad ini, SHOUT! AWARDS kini kembali untuk menghargai dan memberi pengiktirafan kepada bakat dan kreativiti yang telah menggegarkan industri hiburan sepanjang tahun ini. Sekali lagi, sudah tiba masanya untuk SHOUT! AWARDS memberikan tumpuan kepada para bintang yang semakin menyinar di persada seni di Malaysia.

Merangkumi sektor muzik, filem, TV dan radio tanahair, SHOUT! AWARDS merupakan sebuah rancangan majlis anugerah yang memberi penghargaan dan mengiktiraf kepada mereka yang sentiasa menyumbangkan idea-idea kreatif dan memberi impak besar kepada industri hiburan Malaysia.

SHOUT! AWARDS juga bertindak sebagai satu platform bagi rakyat Malaysia untuk menyuarakan pendapat mereka tentang apakah yang paling hip dan terhangat dalam industri ini. Tahun ini, SHOUT! AWARDS memperkenalkan empat (4) anugerah baru iaitu Anugerah Music Video, Anugerah Breakthrough Local Feature, Anugerah The Favourite TV Personality dan Anugerah Mobile Artiste Of The Year yang dicetuskan oleh Xpax.

Shout Awards

Industri hiburan tempatan kini semakin berkembang. Stesen radio, televisyen, filem dan muzik telah melalui transformasi untuk selari dengan trend semasa serta mencuba pelbagai kaedah baru,” ujar Pengurus Besar 8TV, Lam Swee Kim. Tambah beliau, “Sememangnya dunia 8TV adalah mengenai hiburan, jadi tidak menghairankan apabila kami kembali dengan tahun kedua SHOUT! AWARDS bagi meneruskan usaha memberi pengiktirafan kepada bakat-bakat dalam seni di Malaysia ke tahap yang lebih tinggi”.

“Kami berbesar hati dapat turut serta dalam majlis yang cukup berprestij ini untuk mengiktiraf bakat-bakat kreatif di dalam industri hiburan Malaysia. Kerjasama ini cukup sesuai dengan produk kami Xpax yang menjanjikan sesuatu yang segar yang memenuhi gaya hidup urban. Kami membawakan apa yang terhangat, paling hip dan paling ‘funky’ dan pada yang sama menawarkan hanya yang terbaik melalui produk kami.

SHOUT! AWARDS 2010 dicetuskan oleh Xpax merupakan platform terbaik untuk mengenengahkan bakat dan kreativiti artis dan celebriti yang banyak menyumbang dalam industri hiburan Malaysia,” ujar Zalman Aefendy Zainal Abidin, Timbalan Pengerusi Kanan Pemasaran, Celcom Axiata Berhad.

Xpax juga mengambil kesempatan untuk mengumumkan kategori baru iaitu Anugerah Mobile Artiste of the Year – kategori lagu terbanyak yang dimuat turun.
Anugerah ini mencerminkan komitmen Xpax yang hanya membawakan yang terbaik dari industri hiburan tempatan dan antarabangsa sekaligus menjadi membakar semangat kepada bakat-bakat tempatan dan memelihara karya-karya hebat mereka.

Shout Awards

SHOUT! AWARDS akan berlangsung pada 20 November 2010, di Stadium Putra Bukit Jalil dan dipancarkan khas secara langsung tepat jam 8.30 malam, secara eksklusif menerusi saluran hip 8TV. Kemeriahan dan keghairahan majlis akan dimulakan dengan ketibaan bintang-bintang, selebriti-selebriti dan artis-artis popular dan ternama tanahair dari industri hiburan Malaysia serta mereka-mereka yang terlibat dalam industri hiburan tempatan melalui acara permaidani ungu.

Pada tahun lepas, kita telah menyaksikan kemenangan bintang-bintang hebat seperti Anugerah Power Vocal yang diberi kepada Jaclyn Victor, Flava Award diberi kepada Joe Flizzow dan Bunkface yang membawa pulang Anugerah Rockstar dan Break Out serta merangkul anugerah utama – The Ultimate SHOUT! AWARDS yang sekaligus menyemarakkan lagi nama kumpulan anak muda indie ini di persada hiburan tanahair.

Shout Awards

Bagi kategori TV & Filem, Anugerah Best On Screen Chemistry diberi kepada Upin & Ipin, Anugerah Breakthrough Film dimenangi oleh Kami, Anugerah Fresh TV Series kepada Ghost, Anugerah Favourite TV Host kepada Naz, dan Field Trip USA pula memenangi Anugerah Best (Non-Drama) TV Programme.

SHOUT AWARDS

Untuk bahagian radio, JJ dari Hitz.fm membawa pulang Anugerah Coolest Radio Announcer, sementara FLY FM Pagi Show merangkul Anugerah Favourite Radio Show. Marion Caunter yang jelita memenangi Anugerah Hot Chick, Faizal Tahir membawa pulang Anugerah Hot Guy, sementara Anugerah Stylo diberi kepada Dynas Mokhtar.

Tahun ini SHOUT! AWARDS mempersembahkan empat kategori utama dengan 17 anugerah:

KATEGORI MUZIK
Anugerah Rockstar
Anugerah Popstar
Anugerah Power Vocal
Anugerah Flava
Anugerah Break Out
Anugerah Music Video
Anugerah Mobile Artist Of The Year yang dicetuskan oleh Xpax

KATEGORI TV & FILEM
Anugerah Best On Screen Chemistry
Anugerah Fresh TV Series
Anugerah Breakthrough Local Feature
Anugerah Favourite TV Program
Anugerah Favourite TV Personality

RADIO
Anugerah Coolest Radio Announcer
Anugerah Favourite Radio Show

Anugerah Hot Chick
Anugerah Hot Guy

THE ULTIMATE SHOUT! AWARDS

Penyertaan SHOUT! AWARDS dibuka kepada semua stesen TV, Syarikat Rakaman, Rangkaian Radio, dan Syarikat Penerbitan/Produksi drama dan filem. Semua penyertaan yang dihantar akan dinilai oleh panel juri-juri profesional yang dilantik yang terdiri daripada kalangan pakar, mewakili industri penyiaran, muzik dan filem.

Panel juri ini akan memilih dan menyenarai pendekkan peserta Top 5 SHOUT! AWARDS dalam setiap kategori anugerah.

Apabila calon-calon Top 5 diumumkan kelak, penonton diberi penghargaan untuk memilih calon kegemaran mereka. Penonton boleh memilih dan mengundi calon kegemaran mereka dengan melayari laman sesawang rasmi SHOUT! AWARDS iaitu di www.shoutawards.com.my atau boleh juga melalui SMS. Proses pemilihan dan undian Top 5 SHOUT! AWARDS ini akan dibuka selama sebulan.

Bagi menghangatkan lagi demam SHOUT! AWARDS, beberapa siri jelajah diaturkan di beberapa lokasi terpilih. Anda akan dihiburkan dengan persembahan dari artis-artis tempatan kesayangan anda dan turut berpeluang memenangi tiket-tiket menyaksikan rancangan anugerah berprestij ini!

SHOUT! AWARDS dengan bangganya dibawakan khas secara eksklusif kepada anda oleh penganjur dan penyiar utama stesen hip 8TV dan dicetuskan oleh
penaja utama Xpax.

Untuk keterangan lanjut, sila layari www.shoutawards.com.my bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai SHOUT! AWARDS.

SHOUT AWARDS

SHOUT AWARDS

SHOUT AWARDS

SHOUT AWARDS

SHOUT AWARDS

SHOUT AWARDS

SHOUT AWARDS

SHOUT AWARDS

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Selebriti di Sidang Media Shout! Awards

Astro Lancar NEGARAKU THE BEST OF 1MALAYSIA STORIES ON AIR