in ,

Shila Amzah Bakal Lancar Tiket Konsert Live In Malaysia

Terbaru, Budiey baru dapat berita tentang Majlis Pelancaran Jualan Tiket Shila Amzah Live in Malaysia bakal berlangsung pada 28 Jun ini! Mega Ultimate Sdn Bhd dan Shila Amzah Entertainment Berhad bersama menganjurkan Shila Amzah Konsert di Malaysia pada 13 September 2014 (Sabtu), 8pm di Mega Star Arena. Tiket konsert akan dijual secara rasmi pada 28 Jun, kelas tiket adalah VIP – RM268, PS1 – RM138, PS2 – RM98 (Semua harga tidak termasuk kos pengendalian RM3).

Sempena pelancaran rasmi tiket Shila Amzah konsert di Malaysia, Shila akan mengadakan satu sesi perjumpaan peminat dan autograf di Paradigm Mall pada 19 July, jam pukul 4:30pm. Pada hari itu, kami juga akan menyediakan satu kaunter untuk jualan tiket konsert, satu poster konsert edisi terhad akan diberikan kepada peminat yang beli tiket konsert pada hari itu, dan berpeluang mendapatkan tandatanga Shila di atas pentas.

Shila Amzah “Cinta” konsert di Malaysia dianjurkan bersama oleh Mega Ultimate Sdn Bhd dan Shila Amzah Entertainment Berhad, Mega Star Arena adalah stadium rasmi, MyFM dan EraFM adalah Stesen Radio Rasmi, Syarikat Rakaman Rasmi adalah Warner Music Malaysia, Pusat Komplek Rasmi adalah Paradigm Mall, Hotel Rasmi adalah Premiere Hotel , Syarikat Penerbangan Rasmi adalah Airasia, Alexandre Christie sebagai Jam Tangan Rasmi, Tanda Penhargaan Khas kepada ESS.

Untuk maklumat lanjut mengenai tiket konsert, sila hubungi:

Redtix Hotline: +603 – 8775 4666 (Waktu Operasi 9am-5pm,Isnin – Jummat) / atau melayari http://redtix.airasia.com/

Ticket Charge Hotline: 03-92228811 / atau melayari www.ticketcharge.com.my

Mega Ultimate Hotline: 03-91077223 (Waktu Operasi 9am-5pm,Isnin – Jummat)/ atau melayari Mega Ultimate Facebook

Konsert Shila Amzah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem RIBBIT Menang Anugerah di Niagara Integrated Film Festival 2014

Album Terbaru Rossa Love, Life & Music Giler Best Ya Amat