in

Sharp Mosquito Catcher Air Purifier Basmi Nyamuk & Jerebu

Kebanyakan dari kita mengambil berat tentang pemakanan seimbang, tidur yang cukup dan menjaga berat badan. Sesetengah pulak ada yang gigih pergi gym setiap hari, exercise tak kenal lelah semata-mata nak nampak slim dan sado. Nak jaga penampilan punya pasal. Tapi berapa ramai di kalangan kita terlupa untuk menjaga kebersihan udara?

Untuk trivia pembaca semua, kita memerlukan 15kg udara setiap hari dalam hidup kita. Haaa, dalam pada kita jaga keperluan asasi yang lain jangan pula kita lupa perihal udara yang bersih pun penting. Tambah-tambah bila jerebu semakin mengganas ketika ini, memang nak bernafas pun sesak, kan?

Bersesuaian dengan keadaan jerebu yang kian meruncing, pengeluar barangan elektrik yang sentiasa maju ke depan dengan teknologi canggih yang mesra alam… SHARP bakal mengubah dan melengkapkan kehidupan.

SHARP adalah jenama yang boleh dipercayai dan pelopor yang cukup sukses dalam memberikan untuk menjaga kebersihan udara. Sebelum ini, Sharp ada mengeluarkan produk penapis udara yang mendapat sambutan hangat yang dilengkapi dengan teknologi Plasmacluster Ion. Tak syak la lagi apabila Air Purifier jenama Sharp ni dinobatkan sebagai jenama No. 1 di Asia Tenggara.

Kalau kita lihat, dalam hidup seharian, kita sebenarnya terdedah dengan bakteria, habuk, mite allergen, pollen, car emission dan jerebu. Kesemua ini memberikan impak dan kesan yang negatif kepada kesihatan. Ini bermakna penapis udara perlu sesuatu yang lebih, bukan sekadar air purifier semata-mata…

Terbaru, Sharp mengeluarkan penapis udara pertama di dunia yang dapat membunuh nyamuk yang mana ia sesuai dengan anda yang tinggal di kampung mahu pun di bandar dikenali sebagai Sharp Mosquito Catcher Air Purifier.

Malah, di mana-mana pun ada berada, Budiey rasa sangat sesuai untuk guna produk ni. Sebab kita tak tahu nyamuk akan datang kan? Budiey rasa, Sharp Mosquito Catcher Air Purifier ini akan laris sebab kalau kita tengok sekarang ini kita dilanda wabak demam denggi yang berpunca dari nyamuk aedes.

Majlis pelancaran Sharp Mosquito Catcher Air Purifier FP-FM40 telah dilancarkan pada 30 September 2015 di Tropicana Golf & Country Resort dengan meriahnya. Ramai media dan juga para jemputan lain turut hadir.

Dengan kerjasama Insittusi Kajian Perubatan IMR agensi di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia, Sharp telah memajukan dan mengkaji untuk mengeluarkan produk ini tanpa menggunakan bahan kimia yang merbahaya.

Ternyata ia sangat sukses setelah beberapa kajian yang begitu teliti dijalankan. Produk ini cukup berkesan untuk menangkap nyamuk sekaligus memberikan ruang udara yang selesa di dalam rumah.

Sharp photo 20150927_130019-002.jpg
Selepas dikaji selidik, produk ini telah diuji dan dicuba oleh beberapa orang pengguna sebelum ianya dilancarkan. Kesan dari penggunaan produk ini, nampaknya dapat mengurangkan Culex sebanyak 91%, nyamuk Aedes pula dapat dikurangkan sebanyak 73% dan housefly sebanyak 72%.

Sharp Mosquito Catcher Air Purifier ini terdiri dari lima komponen penting yang anda semua kena tahu, iaitu:

1. LED UV lights yang menarik spesis nyamuk
2. Warna hitam menjadi warna asas produk ini dipercayai dapat menarik perhatian nyamuk
3. Bentuk produk yang agak sempit dikatakan menjadi tempat persembunyian nyamuk
4. Keunikan saliran udara dan kuasa penyerapan yang cukup berkuasa membantu untuk memerangkap nyamuk dengan mudah
5. Di dalam produk ini ada tiga lapisan gam yang cukup kuat yang agak lama tahan iaitu selama 1 – 3 bulan.

 photo 20150927_132658-001.jpg
Produk ini tidak menggunakan penggunaan elektrik yang banyak pun. Jadi, bolehlah pasang selama 24 jam. Lagi pun, produk ni ada Sleep Mode. Setelah hampir seminggu menggunakan produk ini, Budiey dapat rumuskan ia cukup senang dikendalikan.

Penyerapan udara pula sangat menyeluruh di segenap ruang rumah. Jadi, Budiey rasa elok letak kat tengah rumah di tepi dinding berhampiran dengan pintu masuk.

 photo 20150927_131709-001.jpg
Produk ini sebenarnya masih lagi bergelar Penapis Udara, bukan untuk penangkap nyamuk semata-mata. Harus kita ingat, produk ini berfungsi sebagai Plasmacluster. Yang paling penting, ciri-ciri HEPA Filter berfungsi sebagai penahan penangkap asap yang sangat penting di masa ini yang terjebak dengan jerebu.

Setiap produk Sharp Mosquito Catcher Air Purifier disertakan dengan waranti selama 3 tahun. Rasanya, ia satu jaminan paling lama dalam produk penapis air yang seumpamanya di Malaysia.

Okaylah, dengan cuaca kat luar ni yang berjerebu dan tak menentu ni… ditambah lagi gejala kematian gara-gara demam denggi yang semakin meningkat… Budiey rasa pembaca semua mendapatkan produk ini.

Harganya? Okay… Budiey kira berpatutan dengan tiga fungsi dalam satu produk. Harganya RM1049.00. Boleh dibeli di kedai elektrik berhampiran dengan anda.

Untuk info lanjut tentang produk ini, sila klik SINI. Atau boleh tonton juga video di bawah ini. KLIK sini untuk ke video Youtube juga.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Destination: GOOD – ASEAN Social Enterprise in Kuala Lumpur

Kem Motivasi Kongsi Tips & Strategi Belajar