in ,

Sharnaaz Jadi Jebat Drama Bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta

Esok, Astro akan menayangkan drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta. Dikhabarkan ketika ini Sharnaaz sedang sibuk dengan penggambaran drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta (BKATC). Drama 60 episod terbitan Pena Creative Sdn Bhd itu menggandingkannya dengan Nelydia Senrose. Memegang watak sebagai Jebat, kata Sharnaaz dia menerima tawaran malah teruja mahu menjayakan drama adaptasi dari novel yang sama judulnya ini kerana karakter Jebat ada banyak persamaan dengan dirinya.

“Satu penghormatan bagi saya bila diberi kepercayaan menghidupkan watak Jebat. Karakter jebat itu sendiri sangat dekat dengan saya. Bila saya baca skripnya, perjalanan ceritanya seperti ada kaitan dengan diri saya. Tapi drama ni bukan lah betul-betul kisah tentang saya. Untuk drama ni saya dengan rela hati botakkan kepala, saya naikkan berat badan saya. Setiap hari sebelum pegi set, saya ke gym dulu.”

Dalam masa sama Sharnaaz mengagumi lakonan pasangannya, Nelydia Senrose. Pertama kali bergadingan, Sharnaaz menyifatkan Nelydia seorang pelakon yang bagus dan mudah untuk mereka mendapatkan keserasian.

“Nely bagus. Dia punya lakonan memang diluar jangkaan saya. Sebagai contoh, bila dia pengang saya, saya boleh ‘rasa’.”

BKATC arahan Jamal Khan menyoroti kisah romantik yang memaparkan kehidupan Jebat, seorang lelaki katarsis, berdarah campuran Melayu dan Cina berubah dari jalan hitam kehidupan kepada pencerahan. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya.

Namun segalanya berubah apabila dia bertemu dengan Mastura jatuh hati padanya. Tetapi mampukah dia membalas cinta Mastura?

Selain Sharnaaz dan Nelydia, drama 60 episod ini turut dijayakan barisan pelakon termasuklah Iqram Dinzly, Dato’ Jalaludin Hassan, Lisdawati, Adeline Tse, Tony Uesoff dan ramai lagi. BKATC akan ditayangkan setiap Isnin hingga Rabu mulai 9 Disember 2013, secara eksklusif di Mustika HD (saluran 134).

Adakah drama ini ada kena mengena dengan kisah silam Sharnaaz Ahmad dengan Shila Amzah. Tapi dengar pada tajuknya? Mmm…. apa kata, tonton video kat atas ni.

Sharnaaz Ahmad di ASK 2013

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hands Percussion THE NEXT Restage 2014 di Istana Budaya

Drama Bersiri Cina Pianissimo di ntv7