in ,

Sharifah Shahira Tunjuk Kuat Sahut Cabaran Zulin & Fizi dalam #Rarawarrior

Diterbitkan pada 9 April yang lepas, program #RaraWarrior menampilkan penyampai radio Suria, Sharifah Shahirah menyahut cabaran rakan penyampainya Zulin Aziz dan Fizi Ali dalam beberapa aktiviti luar konti.

Dimuatnaik di laman web www.suria.my, YouTube SuriaTV dan Facebook Suria Malaysia, program yang mempunyai 5 episod ini akan menyaksikan gelagat dan kerenah Sharifah Shahirah bersama artis jemputan dalam menyelesaikan setiap cabaran yang diberikan.

Rara Warrior EP2 (2)

Idea #RaraWarrior ini tercetus apabila ketiga-tiga penyampai Suria ini sedang berbual mengenai Sukan Komenwel dan Sharifah Shahirah bersedia untuk dicabar melakukan apa-apa jenis aktiviti bagi menunjukkan kekuatannya sebagai seorang wanita.

“Pelbagai cabaran diberikan kepada saya termasuklah cabaran yang menguji tahap IQ, tahap stamina dan kekuatan saya. Ada yang saya berjaya lakukan dengan senang tetapi ada juga cabaran yang membuatkan saya hampir putus asa. Namun, demi nak tunjuk pada Fizi dan Zulin yang memandang rendah kekuatan saya, saya gagahkan juga habiskan semua cabaran,” kata Sharifah Shahirah.

“Kami percaya dengan terbitan program #RaraWarrior ini akan memperlihatkan sisi berbeza Sharifah Shahirah dan menarik lebih ramai pendengar bagi segmen Suria Pagi.” Kata Cik Roslinda Abd Majid atau DJ Lin, Pengurus Program Suria FM.

Tambah DJ Lin lagi, terbitan kandungan video yang melibatkan penyampai Suria ini adalah satu initiatif yang sangat bagus bagi mempromosikan penyampai dan juga segmen yang dikelolakan mereka sekaligus menaikkan jenama Suria itu sendiri. Tidak mustahil initiatif ini akan diteruskan bagi memberikan pendengar ruang untuk lebih mengenali penyampai-penyampai Suria.

Antara cabaran yang diberikan kepada Sharifah Shahirah adalah ‘kickboxing’, memasak dan bermain ais hoki bersama pasukan Malaysia.

Saksikan aksi Rara menyelesaikan cabaran #RaraWarrior bersama artis jemputannya setiap hari Jumaat pada jam 10.00 pagi di laman web www.suria.my, Youtube SuriaTV dan Facebook Suria Malaysia.

Dapatkan juga maklumat dan perkembangan terkini berkenaan Suria di laman web Suria dan juga laman sosial Facebook, Instagram & Twitter SuriaFM Malaysia.

Rara Warrior EP3

Rara Warrior EP3 (1)

Rara Warrior EP2

Rara Warrior EP2 (3)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

HBO ASIA Brings WESTWORLD Closer To Fans In Malaysia

Final Trailer Filem JURASSIC WORLD: FALLEN KINGDOM Sangat Dahsyat