in ,

Sharifah Shahira Kini Penyampai Radio UFM Malaysia

[dropcap]D[/dropcap]alam tengah-tengah Budiey sibuk berkempen dalam pilihanraya ni, Budiey dengar, radio UFM Malaysia kini menghidangkan satu lagi segmen terbaru iaitu ‘Ikon Everyday’, yang dikendalikan oleh Sharifah Shahira, dari 3 petang hingga 8 malam setiap Isnin hingga Jumaat, bermula dari 1 April 2013.

Ikon Everyday merupakan sebuah segmen bual bicara yang menampilkan golongan pekerja di Malaysia sebagai tetamu. Selain daripada menyediakan ruang dan peluang untuk berkongsi pengalaman mengenai pekerjaan harian mereka, segmen ini juga bertujuan menghargai usaha dan penat lelah jasa golongan pekerja yang menggerakkan Malaysia.

Menurut Amirah Sakhia Shamsuddin, Pengurus stesen UFM Malaysia:

“Radio merupakan sebuah medium interaktif untuk berkongsi pendapat, kewujudan Ikon Everyday adalah sebagai ‘platform’ untuk semua rakyat Malaysia tidak kira jenis pekerjaan dan taraf sosial untuk berkongsi pengalaman hidup mereka dan seterusnya memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia yang lain. UFM ingin memberikan peluang kepada pendengarnya untuk menilai hidup dari perspektif yang berbeza, seterusnya mensyukuri nikmat dan kelebihan yang dikurniakan pada setiap individu.”

Marilah bersama menyokong usaha yang dilakukan UFM Malaysia dalam menghargai jasa golongan pekerja, dengan mendengarkan celoteh Sharifah Shahira bersama ‘Wira Hariannya’ setiap hari Isnin hingga Jumaat, dari jam 3 petang hingga 8 malam. UFM Malaysia memang beda!

Ke udara sejak Januari tahun 2013, memainkan lagu-lagu lama dan baru kegemaran ramai 24 jam sehari.

ikon_everyday

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Drama Magic di Saluran Pelangi

Konsert Suara Hati Daripada Lelaki Untuk Wanita