in

SHAMSUL ZIN

SHAMSUL ZIN
Penolong Pengarah Muzik

Berkelulusan Diploma Seni Muzik, Akademi Seni Kebangsaan (ASK) dalam bidang Komposisi dan Gubahan pada 2002. Bagi anak kelahiran Bagan Datok, Perak ini, ketika usia muda, dia sudah mengenali dan mempelajari seni muzik tradisional daripada bapanya, iaitu Zin Ngah.

Memulakan kerjaya sebagai Ahli Muzik, Jabatan Seni Persembahan, Telekom Malaysia pada 1996, beliau seterusnya menyertai Istamuzika, Istana Budaya sebagai Penyelaras Muzik. Komposer muda berbakat ini pernah mewakili Malaysia ke Kobe, Jepun, menyertai Hyogo Asia Pacific of Performing Arts (2003) dan program Asia Pacific Performance Exchange (APPEX 2004) dengan tajaan biasiswa penuh oleh University of California, Los Angeles, Amerika Syarikat di Bali, Indonesia.

Selain berperanan sebagai Penata/Penggubah Muzik dalam Konsert Simfoni Rakyat Malaysia (2004), Konsert Titian Budaya Malaysia – Indonesia di Jakarta (2006), Tari Pentas (2006) dan Konsert Barisan Budi Rakyat Malaysia (2008), Shamsul turut diberi tanggungjawab sebagai Pengarah Muzik untuk majlis pelancaran SUKMA (2004), Pesta Air Kebangsaan (2005), pembukaan Sukan Komanwel Orang Kurang Upaya (FESPIC 2006), Bangsawan Tun Fatimah (2004), Teater Muzikal Patung Kertas (2008), World Championship of Performing Arts, Los Angeles (2008) dan banyak lagi.

Antara pencapaian, johan Menifestasi Muzik Asli Kebangsaan (2002), johan Kreatif dan naib johan keseluruhan Eksplorasi Akustika Nusantara (2002) antara IPT tempatan dan johan kategori muzik tradisional Melayu sempena Festival Muzik Kuala Lumpur (2006). Dalam pertandingan muzik peringkat dunia, Shamsul bersama kumpulannya, Istamuzika mewakili Malaysia ke Los Angeles, Amerika Syarikat untuk penyertaan World Championships of Performing Arts (2008) dengan kemenangan 3 pingat emas, 2 perak serta 3 anugerah Champion of the World.

Pernah berperanan sebagai penceramah/pensyarah Bengkel Muzik Tradisional Malaysia di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM), Bengkel Pergendangan Melayu di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Bengkel Manifestasi Muzik Asli di Kota Kinabalu, Sabah.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Studio Untuk Kulit Album Lentera Timur Part 2

Farahrizan Dibebaskan & Ulangtahun Ke-2 Budiey.com