in ,

Shahz Jaszle Bersyukur Keluarga Tunang Terima Semula

Setiap yang berlaku dalam dunia ada hikmah dan fungsinya. Tuhan tidak cipta sesuatu itu tanpa tujuan. Teringat kisah dalam teater Maduku Kalut semalam. Budiey dah tonton tiga kali teater terbitan MASK Team ni. Sampai setiap bait dialog oleh pelakon boleh dihafal. Teater ini best sebab ada mesej dan nilai kemasyarakatannya terlalu tinggi. Persembahan terakhir semalam di Istana Budaya pasti akan Budiey ingat sampai bila-bila. Diharap teater ini menjadi penanda aras untuk teater yang seterusnya. Teater macam ni yang kita mahukan. Ada nilai komersial dan nilai hiburan sekaligus mendidik masyarakat.

Shahz Jaszle Bersyukur Keluarga Tunang Terima Semula

[dropcap]K[/dropcap]embali kepada tajuk kita pada hari ini, syukurlah apabila keluarga tunang menerima kembali Shahz Jaszle atau kini mahu dikenali dengan nama Shahrizal Jaszle. Bukan mudah untuk terima seadanya walaupun sudah ada kes yang telah ditimbulkan. Bukan sedikit tapi kesannya sangat mendalam. Dihati peminat dan juga di hati Budiey sendiri, kes itu masih lagi hitam. Budiey harapkan Shahz Jaszle menjadikan tragedi itu sebagai satu pengajaran dan tak mungkin diulangi pada masa akan datang.

Shahrizal Jaszle bersyukur apabila keluarga tunangnya, Redzwani Puteri yang sebelum ini memutuskan tali pertunangan gara-gara kontroversi tangkap khalwat sudah menerimanya kemabli. Shahrizal berkata, dia tidak sangka akan diterima semula oleh keluarga Redzwani dalam jangka masa yang singkat iaitu pada pertemuan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu.

“Saya faham situasi keluarga Redzwani yang mesti risau adakah saya layak untuk menjadi suami Redzwani selepas kontroversi tercetus. Dan ia semestinya mengambil masa yang lama untuk mereka percaya kepada saya. Tetapi, Alhamdulillah mereka sudah terima saya semula pada Hari Raya lalu dan hubungan saya dan Redzwani sendiri semakin kukuh. Syukur.”

Pada 16 Mei lalu, Shahrizal ditahan bersama Farah Nurizzati Salleh, 21, atas kesalahan khalwat di Apartmen Taman Sri Subang, pada pukul 3.30 pagi oleh unit penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hasil aduan orang ramai.

shahz jaszle

Walaupun aktor tersebut menyifatkan penangkapan itu sebagai satu perangkap namun Farah berkata mereka sebenarnya mempunyai hubungan istimewa. Kontroversi itu membuatkan keluarga Redzwani memutuskan pertunangan pada 10 Jun 2013 dengan memulangkan semula dua bentuk cincin iaitu cincin belah rotan dan cincin berlian.

Sementara itu, Shahrizal berkata, dia sudah bersedia dengan segala kemungkinan untuk berhadapan dengan kes tersebut yang akan disebut di mahkamah syariah pada 12 November depan.

“Saya bersedia untuk berhadapan dengan kes itu dan sedang mengumpul bukti yang saya tidak bersalah. Kita lihat saja nanti. Insya-Allah semua akan berjalan lancar.”

Dalam pada itu, Shahrizal kini bekerja keras untuk mengumpul wang sebelum mengahwini Redzw dan berhasrat mengadakan majlis selepas kes mahkamah berkenaan selesai.

Malah pelakon drama Iman Nabila itu juga bersyukur kerana kontroversi tersebut langsung tidak menjejaskan perjalanan kariernya selain turut mendapat tawaran daripada pihak produksi Zeel Production.

“Memang sekarang ini saya tengah mengumpul duit untuk mengahwini Redzwani. Dan buat masa ini saya sedang sibuk menjalani penggambaran drama Dendam Lima Beradik arahan Along Kamaludin dan beberapa drama daripada pihak produksi Zeel. Selain itu adik saya, Shahid Jaszle kini menjadi pengurus saya.” – Sumber: Mstar Online

Kalau jodoh tak kan kemana tak gitu?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mojo Pertaruh Single Terbaru Romancinta

Mampukah Babak Ranjang Jadi Pelaris Filem Paku?