Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Shafnie Dan AC Mizal Boleh Hilang Kelayakan Penjagaan Anak



Pelakon/pengacara dan penyanyi, AC Mizal tidak hadir ke mahkamah pada hari ini.

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam memutuskan untuk mendengar permohonan pelakon/pengacara dan penyanyi AC Mizal yang melarang bekas isterinya Shafnie memberi kenyataan media berhubung hak penjagaan anak pada 7 Oktober ini.

Dalam pada itu, kes ubah perintah hak penjagaan anak yang dipohon AC Mizal kerana dia mahu mengubah hak penjagaan anak yang sebelum ini berada di bawah penjagaan Shafnie akan didengar pada 24 Disember depan.

Menurut peguam syarie Nor Azmi Mohd Arif mewakili Shafnie, sebelum ini kes hak penjagaan anak ini difailkan melalui sebelah pihak iaitu oleh AC Mizal namun hakim syarie mengarahkan dua belah pihak dibicarakan.

Shafnie dalam pembelaannya juga menafikan dakwaan AC Mizal yang mengatakan dia sukar berjumpa dan berhubung dengan anak-anak kerana pada bila-bila masa saja AC Mizal boleh berhubung dan berjumpa dengan anak-anak kerana dia tahu di mana mereka tinggal. Menurut Nor Azmi, terdapat syarat-syarat yang membolehkan Shafnie mahupun AC Mizal hilang kelayakan penjagaan anak-anak.

Manakala peguam yang mewakili AC, Siti Aishah Din, mengatakan permohonan injuksi tersebut bukan sahaja melarang AC mahupun Shafnie daripada memberikan kenyataan media malah tidak membenarkan media mengeluarkan kenyataan berhubung kes yang tidak disebut dalam mahkamah.

“Buat apa masing-masing nak aibkan diri mereka, lagipun kenyataan media berhubung kes yang berbaur negatif mampu menggugat reputasi AC diluar, Kalau dia dah tiada kerja, macam mana dia nak beri nafkah kepada anak-anak…,” jelas Siti Aishah.

Siti Aishah juga memberitahu bahawa kes pada hari ini ditunda bukan disebabkan kerana AC tidak hadirkan diri, sebaliknya kerana kedua-dua responden perlu memfailkan afidavit jawapan sebelum perbicaraan kes pada 24 Disember nanti.

Pasangan itu berkahwin pada 24 Jun 1995 dan mendapat dua cahaya mata, Muhammad Shafiq Iman, 12, dan Muhammad Shabil Iman, 9, sebelum bercerai pada 17 Oktober 2001. [sumber]

Tags: ,

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Hak Penjagaan Anak Ac Mizal Disebut Semula 11 Ogos
  • Gambar AC Mizal di Sidang Media MegaDrama Astro
  • AC MIZAL GAGAL BAYAR RM50,000 TUNGGAKAN NAFKAH ANAK
  • Gambar Anak AC Mizal & Amylia Rosnaida
  • AC Mizal & Eizlan Yusof Dapat Gelaran Datuk
  • AC Mizal Hos Akademi Fantasia 6 Sarimah Hos Diari AF6
  • Kieran Era FM Lari Ke Hot FM, AC Mizal Hos AF6
  • Saksikan Pelakon Filem CUCI di Malaysia Hari Ini
  • Gambar AC Mizal di MAC Sponsor Puteri Gunung Ledang The Musical Season III
  • Teaser Filem Apa Kata Hati Lakonan Raja Farah



    • Ntahla..

      Alahai Ac & shafnie…bawa2lah berbincang elok2…kasihanilah nasib anak2 tu…

    • http://780813 bbmaya

      ac fikir la anak2x asil pkwinan ptama.jgn d lupa kn.anak tu tetap anak ac.kasian anak2x tu.

    • http://obefiend.blogspot.com obefiend

      think about the kids you morons. jangan jadikan anak mangsa kamu! bodoh! selfish

    • mama

      apalah dosa 2 orang anak mereka hingga terpaksa jadi macam ni. Ego dan nafsu ibu-bapa anak jadi mangsa dan inilah ibu-bapa yang tak tau tanggung jawab dan jahil. orang lain jangan ikut , nabil kata lu fikir la sendiri. Kesian AC tak reti nak fikir.

    • NONA

      apa la yg susah sgt…bincang baik2 ngan bekas isteri tu..kasi la nafkah yg mampu dan sepatutnya yg seorg bapa patut beri..anak2 biarla dgn ibu mereka..kau pun dah ada anak ngan org lain kan..jgn la anak yg ni kau bagi lebih..anak yg tu kau nak berkira pulak…mentang2 la kau bercerai@gaduh ngan emak budak2 tu….HAMPEH TUL

    • http://www.coach.com dianne buenavista

      xprofesional langsung,mmg dugaan hidup,semoga Allah swt memberi petunjuk pada mereka yg menganiaya



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK