Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Shafia Naswip, Fizz Fairuz, Sheila Rusly dalam Dunia Batinku



Slot Cerekarama di TV3 yang menayangkan telefilem Melayu terbaik daripada pengkarya filem tanahair bakal menayangkan sebuah karya dari JS Pictures “Dunia Batinku” menampilkan lakonan menyentuh jiwa daripada Shafie Naswip, Syahirah Maisara, Normah Damanhuri, Sheila Rusly, Fizz Fairuz, Memey Suhaiza, Shahrolnizam, Fathia, Nina Caryn dan ramai lagi bersiaran pada 20 Februari 2010 jam 9.00malam.

“Dunia Batinku” merupakan hasil nukilan gandingan mantap suami isteri, Jinggo (Azman Yahya) dan Sheila Rusly dari JS Pictures yang diilhamkan melalui telemovie yang bukan sahaja menyentuh perasaan tetapi juga sarat dengan nilai-nilai murni yang boleh dijadikan pengajaran bersama menekankan kepentingan kasih sayang keluarga, pengorbanan mulia seorang ibu serta rasa hormat dan taat setia anak-anak kepada orang tua mereka.

Bak kata pepatah kehidupan, “Semangat bersama air mata ialah teman setia untuk kita meneruskan kehidupan yang ada. Yang pergi pasti tidak akan kembali.” Berikutlah yang ingin diketengahkan melalui ”Dunia Batinku” yang mengisahkan Khadija (Sheila Rusly), seorang wanita yang selama ini bergantung hidup dengan suami tetapi terpaksa akur dengan ketentuan Illahi. Kehilangan suaminya menyebabkan Khadija pada awalnya tidak berdaya untuk meneruskan kehidupan. Apatah lagi bila mengetahui dirinya berbadan dua. Demi anak-anak yang semakin membesar serta ibu mertuanya, Halimah yang uzur kerana kencing manis, Khadija tidak ada pilihan lain dan terpaksa bekerja siang dan malam untuk menampung kehidupan seharian mereka.

Halimah pernah cuba membunuh diri kerana tidak mahu menyusahkan Khadija anak-beranak. Meskipun disarat kepayahan hidup, Khadija tidak membenarkan anak-anaknya berhenti sekolah. Khadija yakin hanya pelajaran yang boleh mengubah taraf kehidupan mereka. Anak sulungnya, Zainal akan menduduki PMR. Anak keduanya, Siti Zaharah akan mengambil peperiksaan UPSR dan yang paling bongsu, Siti Mariam baru berusia 6 tahun. Sikap degil Zainal yang sering bercanggah pendapat dengannya menambahkan lagi tekanan hidup Khadija.

Malang tidak berbau. Khadija dipatuk ular sewaktu berkebun seorang diri dan tidak sempat diselamatkan bersama anak kandungannya. Zainal betul-betul menyesal kerana sering mengecewakan ibunya. Dia nekad berusaha untuk cemerlang dalam akademik supaya dapat mengubah nasib keluarga dan memberikan kehidupan yang lebih baik untuk adik beradiknya.

Namun, dugaan demi dugaan, kini adik bongsunya, Siti Mariam pula dihantar ke rumah anak-anak yatim. Dapatkah Zainal menunaikan janjinya kepada adik-adiknya bahawa mereka akan kembali bersatu pada masa hadapan? Bagaimanakah nasib ketiga-tiga yatim piatu bersama nenek mereka yang semakin uzur?

Saksikan kesudahan cerita “Dunia Batinku” di slot Cerekarama pada 20 Februari 2010 jam 9.00malam, hanya di TV3!

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Foto Blue Carpet AJL26 Fizz Fairuz
  • Gambar Sheila Rusly Bertudung
  • Sekitar Pra Tonton Drama Demi Masa Lakonan Sheila Rusly
  • Slot Lagenda Perkenalkan Drama Anak Betong
  • Syafie Naswip Jadi Anak Liar dalam Nur Kasih The Movie
  • Wahid, Azli, Lan Pet-Pet, Fauziah Nawi, Sheila Rusly Dalam Drama Ta’in
  • Drama Kekasihku Seru di Slot Drama Seram TV3
  • Sheila Rusly, Roy Azman dalam Masam Manis Ramadan
  • Sheila Rusly: Watak Wanita Paling Jahat Dalam Drama 2007
  • Jawapan Trivia: Sheila Rusly Pelakon Drama Anak Betong



    • Hamba Allah

      Pasti melekat di depan tv masa tygn citer ni nnt….

    • umairah hany

      Assalam. Tahniah pada JS Pictures, Shiela & hubby also pelakon2 terutamanya Shafie Naswip yang berjaya membawa watak sebagai Zainal, anak sulong yang bertanggung jawab dan matang dalam usia yang muda. Anak yang bongsu, Siti Mariam tu pun bagus lakonan nya.. Ayat2 yang Shiela gunakan pun membuatkan penonton berasa seperti di alam realiti.. “Kenapa abang tak habis2 menyusahkan hidup ibu”….Masih terngiang2 lagi ke hari ini kata2 itu…kerana saya sendiri sebagai ibu pernah berkata2 sedemikian pada anak sulong saya yang berumur 10 tahun.. Sepertimana ekspresi wajah Zainal ketika itu mungkin sama juga dengan anak sulong saya..cuma.. kerana marah saya tidak mungkin perasan wajah kecewanya… Anyway..Shiela/Jinggo teruskan usaha2 anda…Tahniah kerana berjaya menyentuh hati rakyat Malaysia..

    • Siti Salwa binti Ja’afar

      cerita dunia batinku meninggalkan kesan kpd saya…anak sulung saya kini berumur 4 tahun.saya berdoa anak saya akan menjadi seperti zainal bila besar nanti..seorang yg bertanggungjawab dan menghormati ibu…
      saya berminat nak mengenali pelakon remaja shafie naswip….kan bagus kalau dia boleh menjadi adik lelaki saya…
      saya juga harap filem ini akan diulangtayangkan atau dijual melalui cd



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK