in

Shae Lancar Laman Sesawang Rasmi Shaeofficial.com

Siapa yang tidak kenal akan penyanyi yang ceria dan lantang yang bernama Shae ini. Shae atau nama sebenarnya Sheryl Gething, merupakan seorang gadis cilik yang berbakat besar dalam bidang nyanyian. Shae yang memiliki auranya tersendiri telah mencuri hati para peminatnya melalui lagu ‘Sayang’ dan ‘Cintaku Tlah Mati Untukmu’.

[pullquote]Lagu ‘Sayang’ juga tidak perlu diperkenalkan lagi kerana kita tahu lagu tersebut telah menjadi siulan orang ramai semenjak ia berkumandang di stesen-stesen radio di Malaysia. ‘Sayang’ yang juga merupakan sebuah lagu berentak pop yang ringan dan mudah didengari yang diiringi oleh muzik ‘up-beat’ ini juga telah menceriakan industri muzik tempatan.[/pullquote]

Dan telah terbukti bahawa lagu ‘Sayang’ mendapat sambutan yang hangat daripada peminat-peminatnya di Malaysia dan impak lagu itu juga begitu hebat sehingga telah menjadi ‘viral’ di YouTube oleh peminat-peminat Shae yang membuat video ‘parody’ untuk lagu tersebut.

Kini, gadis cilik yang mempunyai suara yang lunak dan lantang ini baru sahaja melancarkan laman web beliau sendiri yang boleh dilayari di www.shaeofficial.com

Kepada peminat-peminat Shae dan juga SobatShae, anda kini boleh mengetahui segala informasi terkini mengenai Shae dengan hanya melayari laman web beliau. Segala muzik video, lagu, gambar & berita terkini mengenai Shae akan dikongsi di laman web tersebut.

Shae

Shae

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Segmen MESEJ DARI PENJARA dalam Wanita Hari Ini

Zon Ceria Suria FM Terbang Ke Kelantan