in ,

Sevendays Muncul Dengan Single Pertama MEMORI

Sevendays, juara program ‘Rentak Juara 2017’, pertandingan pencarian bakat band baru yang dianjurkan oleh RTM awal tahun ini kini muncul dengan single sulung mereka berjudul “Memori”.

Single tersebut merupakan ciptaan bersama Freddy Hyperact dan komposer hangat masakini, Hang Nadim yang terkenal dengan lagu-lagu hit ciptaannya sebelum ini, “Potret” (Akim & The Majistret), “Warkah Untukku (Ara AF) dan “Bunga” (Ara Johari). Sevendays merupakan anak didik bintang rock, Akim Ahmad yang turut bertindak sebagai Penerbit Eksekutif single ‘Memori”.

SEVENDAYS

Kumpulan Sevendays yang ditubuhkan pada tahun 2013 ini merupakan sekumpulan sahabat akrab yang dianggotai oleh Kamarul Bin Gamari atau Arul (Vokal), Muhammad Yusri Bin Ibrahim atau Boy (Gitar), Muhamad Haffendi Bin Madris atau Manja (Dram) dan Mohammad Tuah Bin Johari atau Tuah (Bass). Nama Sevendays mula mendapat perhatian ramai apabila berjaya menambat hati para juri dan penonton menerusi muzik pop rock dan rock alternatif yang dipersembahkan mereka di pentas ‘Rentak Juara 2017’.

Seringkali mendapat pujian juri di atas permainan alat muzik yang baik, persembahan bertenaga serta karisma mereka, Sevendays kini giat mempromosikan single sulung mereka itu dan baru-baru ini menjadi artis jemputan program ‘Mega Hot’ Hot fm. Lagu “Memori” semakin mendapat tempat di stesen-stesen radio tempatan dan minggu ini berjaya menembusi carta ‘era 40’ di tangga #35!

“Memori” bukan sahaja mendapat tempat di radio malah turut tersenarai di dalam senarai main perkhidmatan striming muzik popular seperti Yonder Music dan Raku. “Memori” tergolong dalan senarai main ‘Pop Terkini 40’ Yonder Music yang turut membariskan lagu-lagu terhangat tahun 2017 seperti “Pematah Hati” (Nabila Razali) dan “Yang Terindah” (Achey). Selain itu, “Memori” turut tersenarai di dalam beberapa senarai main utama Raku termasuk ‘Lagu Paling Popular 2017, ‘Top Top 50’ dan “Lagu Baru & Padu Masa Kini’.

Lagu “Memori” diterbitkan secara usahasama di antara Nova Music dan Rhythm & Rhyme Entertainment, syarikat rakaman milik Akim Ahmad.

Video Lirik Rasmi “Memori” Sevendays:
https://www.youtube.com/watch?v=CG-SyJsDv8c

SEVENDAYS

SEVENDAYS

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mungkin Ini Sebab Ikhwan Jadi Hero Oven 2017

Kini Boleh Beli Tiket Tayangan Premiere LEE CHONG WEI Secara Tunai