in

Set Cenderahati Musim Perayaan dari Elianto

Bingkisan Semusim
Raikan cuti Krimas yang memukau, menarik dan penuh glamor dengan elianto

Detik itu bakal tiba! Krismas menjengah lagi dengan dekorasi penuh warna ceria dan hadiah-hadiah untuk dikongsi. Elianto meraikan musim perayaan ini dengan set cenderahati musim perayaan esklusif mereka yang pasti menjanjikan kepuasan memanjakan diri dimusim perayaan ini.

Hadir dengan tiga set cenderahati terhad, ia menampilkan antara produk terbaik mereka di dalam bungkusan unik dan berwarna warni. Selain itu tawaran terhad bagi 19 barangan kecantikan merangkumi produk penjagaan kulit, kosmetik, wangian, penjagaan badan dan rambut dengan kepakaran dari Italy, Switzerland, Germany dan Korea. Tawaran hebat ini boleh didapati di semua cawangan elianto dari November 2011 – Januari 2012.

AllGroup

Gemerlapkan dirimu dengan rangkaian set Krismas elianto dari harga serendah RM28.00 buat dirimu dan mereka yang tersayang. Seleksi transformasi musim perayaan yang hebat hanya di elianto. Buat mereka terpukau dengan kecantikanmu, ledakkanlah aura glamor dan jadilah Sang Bintang. Ayuh bersama sama kami di elianto dan warnai Krismasmu dengan warna dan bingkisan yang menarik. Ia masa untuk canda, tawa dan kenangan yang indah.

Set Semburan Badan Elianto
Pastikan anda kelihatan menarik dan memukau pada Krismas ini dengan set semburan badan elianto. Set edisi terhad ini menampilkan 4 semburan badan penuh glamor iaitu “Brilliant”, “Mysterious”, “Dazzling” dan “Magical”.

Semburan Badan “Brilliant”
Mulakan sambutan Krismasmu dengan nota yang ceria dengan haruman unik semburan ini. Sebuah simfoni adunan nota hijau buah –buahan dan bunga semestinya membuatkan anda berasa segar dan “manis” sepanjang hari.

Semburan Badan “Mysterious”
Jadilah gadis idaman setiap jejaka dan dikagumi kerana keyakinan dirinya. Biarkan tarikan penuh misteri bermula. Tercipta dari adunan unik nota sitrus dan buahan segar yang pasti memberikan suntikan rasa manis pada harimu, lantas membuatkan kamu gadis paling manis Krimas ini!

Semburan Badan “Dazzling”
Gabungan adunan nota floral,sitrus penuh glamor dengan suntikan nota kayuan yang sesuai untuk malam Krismas yang membuatkan anda berasa segar dan penuh glamor sepanjang malam.

BrilliantDazzling_BodyMist

Semburan Badan “Magical”
Anda bakal menjelma sebagai seorang bintang popular dikemuncaknya. Semburan badan ini adalah adunan jambagan bunga segar dengan nota asas haruman kasturi. Tarikan magis buat selamanya dengan semburan badan ini.

Set edisi terhad Krimas semburan badan elianto dijual pada RM28.00 (Semenanjung Malaysia dan RM29.00 (Sabah dan Sarawak).

Set mandian elianto
Bersedia untuk dipukau dan terpesona dengan kemewahan set mandian elianto Krismas ini.

Set mandian “Charming”
Kunci untuk kelihatan memukau dan menawan krismas ini hadir dalam 3 jenis produk yang harus dimiliki. Gel mandian, losen badan dan semburan badan Charming. Set ini diasaskan daripada formulasi mewah buahan dan bunga oriental serta nota kesturi, bersedialah untuk pengalaman haruman mewah yang menampilkan formulasi lembap dan perawat tanpa sabun, haruman tahan lama dan menggebukan kulit.

Set mandian “Amazing”
Buat mereka terkesima dengan kecantikanmu, yang penuh glamor dan tercipta untuk dikagumi. Set mandian “Amazing” elianto pastinya membuatkan anda bersinar Krismas ini dengan nota harmoni sitrus dan bunga – bungaan diatas nota kayuan. Buat mereka terpukau dengan 3 jenis produk ini, gel mandian , losen badan dan semburan badan “Amazing”. Manjakan dirimu dengan set mandian Amazing dengan formulasi lembap dan perawat semestinya membuatkan kulit terasa lembut dan menawan!

Set edisi terhad Krismas Mandian “Charming” dan “Amazing” elianto dijual pada RM59.00 (Semenanjung Malaysia) dan RM62.00 (Sabah dan sarawak).

Set Wangian Elianto
Set Wangian “Mysterious” dan “Magical” Elianto

Biarkan tarikan penuh misteri dan buat selamanya bermula Krismas ini dengan set wangian ikonik “Mysterious” dan “Magical” elianto.

Set wangian “Mysterious”
Siapakah gadis itu? Biarkan tarikan penuh misteri bermula Krismas ini dengan set wangian “Mysterious” elianto. Diinspirasikan dari adunan nota hijau buah buahan, lengkapkan penampilan penuh misteri yang memikat dengan 3 jenis produkgel mandian, losen badan dan Minyak Wangi “Mysterious”.

Set Wangian “Magical”
Buat Krismas magik yang kekal selamanya, set wangian “Magical” Elianto adalah jawapan buat anda yang hilang dialam fantasi. Genggam sinarnya dengan nota bunga yang segar dan kesturi. Ramuan krismas magikmu hadir dengan 3 jenis produk, iaitu gel mandian, losen badan dan Minyak Wangi “Magical”.
Lengkapkan pengembaraan fantasi krismasmu dengan kantung ekslusif elianto bersama pembelian Set Wangian “Mysterious” dan “Magical” anda.

Set “Mysterious” dan “Magical” elianto dijual pada RM69.00 (Semenanjung Malaysia) dan RM72.00 (Sabah dan Sarawak).

* Kesemua set ini boleh didapati di cawangan elianto diseluruh Malaysia bermula November 2011 – Januari 2012.

Charming_LR

Mysterious_LR

Mengenai elianto
elianto – Bermakna “bunga matahari” didalam bahasa Itali, ia dinspirasikan dari kombinasi unik kecantikan dan keserbagunaan yang dilambangkan oleh bunga itu. elianto merupakan jenama yang sinonim dengan produk penjagaan kulit, diperkaya dengan ekstrak botani yang menyihat dan melembut, dilengkapkan dengan rangkaian kosmetik yang memberikan mata yang memukau, pipi yang gebu dan bibir yang diidamkan. Misi kami adalah untuk memberikan yang terbaik dari alam semulajadi di dalam kosmestik dengan ramuan asli dan kualiti tertinggi pada harga yang berpatutan. Ingat alam semulajadi, cantik dan berpatutan. Ingat elianto. (Think Natural, Beauty, Affordable. Think elianto).elianto kini berkembang pesat dan terdapat di Malaysia, Singapura, Cambodia, UAE dan Maldives.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hari Diabetes Sedunia 2011 Menara KL

Peraduan Menangi Coca Cola Limited Edition Heritage Bottle Set