in

Sesuatu Yang Tertinggal Filem Seram Pembuka Tirai 2012

Filem Seram Pembuka Tirai 2012

Sebut sahaja filem hantu, apa yang muncul di benak adalah ‘trend’ filem hantu atau seram yang pernah melanda industri perfileman negara beberapa tahun lalu hingga hampir setiap syarikat produksi mula menerbitkan filem genre tersebut tanpa henti. Setelah reda musim tersebut, baru kini Grand Brilliance bersedia untuk mempersembahkan filem Sesuatu Yang Tertinggal yang dikatakan mampu melegakan dahaga peminat genre hantu dan seram yang selama ini menantikan filem yang dapat menandingi kehebatan dan kekuatan filem ‘Khurafat’ tahun lepas.

Digelar sebagai filem pembuka tirai 2012 bagi syarikat produksi filem dan drama Grand Brilliance, Sesuatu Yang Tertinggal bakal menemui penonton pada 5 Januari 2012 di 60 pawagam serata negara. Sesuatu Yang Tertinggal menampilkan pelakon muda lagi berbakat Sara Ali, serta pasangan suami isteri Zahiril Adzim dan Shera Aiyob yang kini bergelar pengantin baru hasil pertemuan di set pengambaran filem ini dua tahun yang lalu.

TRAILER:

Mengulas akan apa bezanya filem ini dengan filem-filem bergenre seram yang lain, Asrulhisyam Ahmad selaku pengarah filem Sesuatu Yang Tertinggal mengulas bahawa sudut yang ditekankan menerusi filem ini adalah lebih luas skopnya dari hanya memaparkan watak hantu yang biasanya menjadi fokus utama filem-filem seram lain. Kesan visual khas dan bunyi latar memainkan peranan penting dalam pembikinan sesebuah filem seram dan dengan pengetahuan itu, Asrulhisyam berani tampil dengan filem yang menelan bajet sebanyak RM1 juta ini termasuk kos promosi.

Tengku Iesta Tengku Alaudin, merangkap Pengurus Besar Primeworks Studios berpendapat bahawa penonton akan menerima baik taruhan filem Sesuatu Yang Tertinggal oleh Grand Brilliance kerana telah ‘kenyang’ dengan sajian filem-filem bergenre drama sepanjang tahun 2011 seperti Ombak Rindu dan Songlap.

Mengulas lanjut, Tengku Iesta menyatakan perasaan besar hatinya akan sokongan penuh yang diperoleh oleh penonton dan rakan media lain sepanjang penayangan filem Songlap, dan mengharapkan sokongan yang setanding bagi filem Sesuatu Yang Tertinggal.

Maklumat lanjut, gambar di sebalik tabir, dan trailer filem Sesuatu Yang Tertinggal boleh ditemui di YouTube dan laman sosial Grand Brilliance, www.facebook.com/grandbrilliance serta www.twitter.com/grandbrilliance.

Sesuatu Yang Tertinggal

Sesuatu Yang Tertinggal

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

CSI Miami Musim Ke-7

P1 Ready For IPv6 In 2012