Home HOME | My Jurnal | My Few.net | Foto Blog | Tips Money | Who Linked Me | Enter-tainment | Hubungi | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)





















[ Iklankan Produk & Website anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]





SESSI RAMAH MESRA BERSAMA PELAKON AKASIA - EZORA

Pada jam 3.30 petang semalam (12 Mei 2008) telah berlangsung satu majlis beramah mesra bersama pelakon Drama Ezora di Restoran Bubba Gump Shrimp Co di The Curve, Damansara Utama. Drama Ezora akan menggantikan drama bersiri Bella di slot Akasia yang telah menarik perhatian lebih 2 juta penonton. Satu jumlah penonton yang Budiey rasa agak memberangsangkan. Tahniah Bella! (&… Iqram jugak! hehe!)

Slot Akasia akan diambil alih oleh drama siri EZORA yang Budiey kira sebuah drama yang tidak kurang hebatnya. Sarat dengan percintaan, konspirasi dan pengkhianatan. Drama 60 episod ini diarahkan oleh Ahmad Idham Ahmad Nadzri. Diterbitkan oleh Excellent Pictures Sdn Bhd, drama ini akan menemui penonton TV3 setiap Isnin hingga Khamis jam 6.30 petang mulai 19 Mei ini.

Majlis yang diadakan dalam suasana santai itu turut dihadiri oleh para pelakon drama iaitu Fazura, Beego, Dynaz, Diana Rafar, Fezrul Khan, Zed Zaidi dan Cat Farish. Antara pelakon lain yang tidak dapat hadir ialah Mek Kelate, Sofia Ibrahim, Aznah Hamid danbeberapa yang lain.

Tepat jam 3.50 petang, acara dimulakan oleh emcee bertugas, Johary Salleh yang juga Pengurus Kumpulan Pengurusan Jenama TV3. Selain mengalukan kehadiran semua media, Johary juga mengakui bahawa walaupun berusia setahun, slot akasia berjaya mendapat sambutan hangat. Sebanyak 3 juta penonton telah disasarkan untuk drama Ezora. Boleh ke?

Emcee bertugas pada petang itu… Johary Salleh yang juga merupakan Pengurus Kumpulan Pengurusan Jenama TV3

Kemudian, persembahan lagu Lepaskan, paduan suara dari Fabulous Cat yang dianggotai oleh Cat Farish di mana Cat juga turut menjadi pelakon drama ini.

Ahmad Idham dijemput untuk menceritakan sedikit tentang drama Ezora. Selain mengucapkan terima kasih buat TV3 yang melancarkan drama ini, pengarah prolifik ini juga menceritakan sedikit sinopsis dan jalan cerita drama ini.

SEDIKIT RINGKASAN CERITA
Katanya, Ezora adalah Fazura, cuba memaparkan realiti. mengisahkan Fazura yang menjadi mangsa keadaan, dari seorang naif, Ezora bangkit untuk menempuh hidup dengan caranya sendiri. 

Dynaz pula membawa watak antagonis bernama Leeya, seorang gadis yang berasal dari golongan berada. Beego pula membawa watak sebagai tunang Ezora bernama Reza yang terhimpit dalam kancah percintaan Leeya (Dynaz) dan Badree (Zed Zaidi). Leeya mulai mencintai Reza dan terus menolak cinta Badree (Zed Zaidi) sebab Badree seorang playboy yang selalu curang. Pergolakan terus tercetus ketika mana Ezora datang ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan tunangnya, Reza.

Ahmad Idham juga turut memperkenalkan para pelakon dan krew produksi.

Menurut pengarah, Ahmad Idham:

“Siri ini mengupas kekuatan seorang wanita yang menjadi mangsa kepada cinta sejati. Plotnya berkisar dengan tanda tanya. Diselitkan dengan rahsia kehidupan yang membongkar realiti sebenar. Sebenarnya, drama ini lebih dekat dengan realiti kehidupan harian kita sebagai manusia. Bukannya rekaan dunia plastik yang diwujudkan tanpa sebab. Ia juga mempamerkan kekuatan semangat seorang wanita sebatang kara dalam menempuh dugaan hidup. Dia tidak menyalahkan takdir tapi berusaha sehingga berjaya mengharungi dugaan hidup dan menempatkan dirinya setaraf dengan golongan yang lain.”

Selain sesi fotografi, hadirin juga dapat menonton showreal dan episod pertama drama ini.

Antara gambar barisan pelakon utama:

Fazura sebagai Ezora, perempuan naif yang sangat manis. Hmmm… lebih cantik dari Fasha.

Beego sebagai Reza, kekasih Ezora yang poyor!

Dynaz sebagai Leeya, perempuan jahat.

Zed Zaidi sebagai Badree. Buaya tembaga?

Diana Rafar pun ada… haha, kenapa Diana kena berdiri atas kerus ni? Kena denda ya?

Juga diperkenalkan pelakon pembantu:

Fezrul Khan

Pendatang baru…

Ini juga pendatang baru…

Tak usah diperkenalkan… ini dia CICO. Anak Uji Rashid.

Tags:

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Drama Siri Baru Ezora Ganti Bella di Akasia TV3 Lakonan Fazura
  • Gambar Fazura di Sesi Ramah Mesra Pelakon Drama Ezora @ The Curve
  • SINOPSIS DRAMA BERSIRI EZORA LAKONAN FAZURA DAN BEEGO
  • Drama Ku Milikmu Lakonan Adzriefaiz dan Eira Syazira
  • Gambar Sekitar Makan Malam Carnival Media Blast
  • Drama Dendam Lakonan Rima Melati Adam, Aliff Remaja
  • KARNIVAL HOTLINK BERSAMA GANG STARZ
  • Gang Starz Hot Stories
  • Gambar Sekitar Mini Konsert Sorakan Emosi @ Stadium Hang Tuah Melaka
  • Drama SAKA Lakonan Juliana Ibrahim Nasir Bilal Khan di TV3



  • 36 Komen untuk entri “SESSI RAMAH MESRA BERSAMA PELAKON AKASIA - EZORA”

    1. papadom kata:

      all da best utk ezora n fazura..kalau citer best..sure rating naik..

    2. obefiend kata:

      fazura in a show

      im sold… you have me at Faz..

      do i need any other reason to watch this show? even if ist crap at least ada fazura! haha

    3. papadom kata:

      apasal dgn penampilan cico harahap ni..serba x kena jek..
      mesti ramai mak datin yang cair..hahahahahaha

    4. papadom kata:

      eeeeeee yek!!

    5. Cah Cah kata:

      Eeeee yek..

      Kosser tau.. memang ramai mak datin yang cair. Hak hak hak.

      Sekarang drama Melayu dah macam telenovela Phillipines lah. Dulu i suka tengok Sana Wala Nang Wakas.. Sampai 100 episod. Addicted.

    6. mala kata:

      cico tu image tah per per kesian tol

    7. alltvmas kata:

      kesian kat Maki dia..malu nya..

    8. papadom kata:

      kesian kat mak dia..tapi mak dia tak kesian anak dia…

      papadom tgk cico ni mmg serabut..terutama tang misai dia..serabut semacam..ni takde misai ok sket..tp kalau ada misai..heeeeeeeeeeeeeeeee
      mcm dah tak pandai urus diri..sorilah

    9. lady_carlorino kata:

      Macam best je citer ni.. rasanya lama gak x tengok fazura berlakon dalam drama..

    10. ram kata:

      tidak ader aper2 peningkatan pn anak kak uji rashid ni asik acting xtra jr image x der arah tuju cube lh dptkan peruding image yg pro

    11. akilah kata:

      sape name 2 org pendatang baru tuh???

    12. robot kata:

      lalalala~~
      mmg bes taun ni fazura wt comeback..aku x kire la org nk kta dy gedik ke hpe ke..dy ttp bes!!kau ttp pujaan hatiku..waahahaa

    13. erz kata:

      Aku tak mengikuti sgt cite nie…
      tp ada la sekali aku tonton cite nie…..
      yg lawaknye Ezora tu org kmpung tp baju seksi nmpk lurah mcm org bandar….cuma terlindung dgn baju je.
      harap kain yg dia pkai je nmpk kekampungan…

    14. zf kata:

      erz..aku stuju sgt2..mmg xkene lgsg ngn watak die bdk kmpg..tulunle sedo sket..plakon kene bersore kalo rs watak die xkene ngn pakaian dlm cite 2 ataupn plakon 2 sndr yg mmg nk pkai bj cm 2??

    15. ct markonah kata:

      Saya pun setuju ngan zf n erz…. baju tu memang seksi dan seksa , ciri-ciri kg dah ilang….. istilah naif tak terpakai dalam scene tu…

    16. cinta kata:

      watak org kampung pakaian mcm org bandar…..

      tak logik ..harap kalau nk buat drama buat kajian sikit…main hentam jer..

    17. $$$$$ kata:

      kalo bnyk songeh tutup sj tb tu.

    18. amar182 kata:

      ala..bukan sume org kampung yg datang ke bandar mcm tu ke? pakai seksi-meksi..
      culture shock la katakan…
      betul la tu…memang benda tu banyak berlaku kat bandar..
      x heran la..

      fazura pon lahir kat Pekan, Pahang…

    19. dina kata:

      seksi- meksi jemur kain kat laman brkemban.dmane ah?

    20. erz kata:

      amar182, blh dikatakan betul kata ko…
      tp klu org kmpg yg duk lama di bandar berkemungkinan jd mcm tu la…
      klu di ikutkan dari cerita Ezora tu….ni baru jer smpai di bandar terus dgn pakaian tersiksa…yg lawak tu lak…setahu aku org kmpung nie lebih sopan maklum la blm nk kenal dunia..hehe tp dlm watak tu blh plak duk serumah dgn tunang….blh plak kwn si tunang tu p mkn kt rmh dia….berdua2an lak tu…
      lain la klu dh lama duk bandar,kot la tinggal serumah dgn laki tu mcm dh biasa sgt dengar…Mcm tunang dia duk dgn Dynaz(Leeya) tu blh la nk caye…Ahmad Idham kena kaji lebih mendalam lg ni..mai cini aku nk ajar…hehe

    21. $$$$$ kata:

      cedok cerite barat…. kan dh lain jadi nye…ubahsuai lh sikit dmane yg patut.ckp pn x gune shooting dh pn tamat.

    22. $$$$$ kata:

      wow! leeya betis bunting padi.

    23. amar182 kata:

      erz - aku pon pelik la…tang baju aku x brape pelik la…tang die dok serumah dgn tunang die tu…rase2nye org kampung xdela sampai tahap mcm tu…kang mati kena belasah…pelik jugak sbb baru datang dah hidup style org Barat (bkn bandar ok) - berkesedudukan dgn bukan muhrim…

    24. amar182 kata:

      dina - makcik2, nenek2, ibu2 yg berkemban kat kampung..seksi ke? terseksa org yg tengok ade la…ha3

    25. zf kata:

      amar..mmg byk yg pelik lam cte ni…mmg rs mcm xlogik

    26. zf kata:

      pe yg pengarah ni pk ms wujudkn watak ezora??

    27. lady_carlorino kata:

      Nama pun cerita… memang boleh masuk banyak benda yang tak logik… tapi aku rasa Ahmad Idham ni kena lebih peka dgn sensitiviti peminat2… boleh ke baru peringkat bertunang dah boleh duduk serumah???…

    28. mahsuri kata:

      iyer sy setuju

    29. mime kata:

      aku minat sangat kat die ILOVE U!!MUAXX

    30. Legend kata:

      aku mnt gila kat fazura tu….apasal ada org asyik xpuas ht je lkonan dia
      bnyk songeh sngt ko org je blakon….
      I Love FAZURA….

    31. Eniz kata:

      ooooo lady…aku rs x heranla da rmai org kg atau org bndr bt mcm tu…
      duduk serumah klu kat kl ni x jd isu lg da pun…
      rsa-rsanya tu sb la ahmad idham bt cita mcm ni, sb dia da kaji dlu sblum bt rrrrr……..

    32. lady_carlorino kata:

      Eniz, tapi kena ingat dalam agama Islam tak ada hukum yang membenarkan tunang dok serumah, betul tak??. Saya tak maksudkan study kes duduk serumah tu belambak kat kl, tapi study tentang sensitiviti dan budaya kita sbgai org Islam. Kalau engko tak heran org skrg ni ramai dok serumah macam laki bini, tapi aku HERAN, macam mana diorang ni tak takut dengan hukum Allah ???

      Jangan ingat benda ni satu isu yang ringan, sebab ini boleh dikira mempermainkan hukum agama…

    33. $$$$$ kata:

      mmg dlm realiti ader org yg kononnye islam tapi brsekedudukan…… tapi biler buat drama walupn cume lakonan dan hiburan saje kena amik kire jg sensitiviti peminat2 ………maseh ramai lgi org d KL ni yg maseh teguh dgn ajaran agame n budaye…bersekedudukan isu berat silap2 kena serbu ……

    34. Bif Jedi kata:

      citeni sometimes shooting kat restoran Bif Sentral ket Wangsa Maju. Sape yg nak tengok LIVE tu bolehlah pi sana. Arini dengarnye ade shooting at 4pm. Update seterusnya di http://www.bifsentral.blogspot.com

    35. Bif Jedi kata:

      citeni sometimes shooting kat restoran Bif Sentral ket Wangsa Maju. Sape yg nak tengok LIVE tu bolehlah pi sana. Arini dengarnye ade shooting at 4pm.

    36. Honeybee kata:

      psl anak luar nikah je crita ni dr onni smpai ke leeya (salmah, k.ton, ezora, karina).. tggu lisa je yg x de kes gitu lgi

    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by MERCUMAYA.NET