in ,

Sesi Rakaman Semua Untukmu Anuar Zain Syawal TV3

Syawal di TV3 bakal dibanjiri oleh pelbagai program menarik yang memaparkan himpunan artis-artis popular tanahair seperti Datuk Siti Nurhaliza, Yuna, Aizat, Hujan dan Black Mentor melalui program Stylistika Siti, Akustika Raya 2010 dan Sebenarnya … Black.

Sambutan Syawal tahun ini juga akan dimeriahkan lagi dengan kemunculan eksklusif penyanyi lelaki tersohor negara, Anuar Zain dalam program musikal Semua Untukmu … Anuar Zain yang bakal ditayangkan pada Hari Raya Aidilfitri ketiga jam 6.00petang di TV3.

Sesi rakaman Semua Untukmu … Anuar Zain telah berlangsung di Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada 29 Julai 2010 bermula jam 8.00malam menyaksikan ratusan peminat Anuar Zain yang merebut peluang untuk mendekati penyanyi kesayangan mereka.

DENDANGAN EKSKLUSIF ANUAR ZAIN MEMERIAHKAN SUASANA SYAWAL

Program selama satu jam setengah memaparkan 6 segmen yang merangkumi genre lagu-lagu Pop dan Balada. Selain itu, Selain itu, paparan menarik di sebalik tabir juga akan diselang-selikan untuk tontonan semua.

Menurut penerbit dan pengarah program ini, Ahmad Shaifullizam Arshad (Gbam), “Konsep persembahan ‘live’ oleh Alwyn Santiago’s Band telah dipilih untuk menjayakan rakaman program musikal khas ini.

Penggubahan semula lagu-lagu pilihan Anuar Zain bertujuan memberi nafas baru dan menjanjikan suatu kelainan yang tidak pernah dipertontonkan lagi. Kami yakin bahawa persembahan yang ringkas tetapi memukau oleh Anuar Zain pasti menjadi tarikan utama kepada para penonton TV3.

Pihak produksi juga menekankan penggunaan kesan-kesan khas daripada peralatan lampu seperti LED secara kreatif untuk persembahan yang lebih mantap di samping mewujudkan suasana yang menyenangkan dalam studio.”

Menerusi program tersebut, Anuar Zain akan mendekati para peminatnya dan berkongsi pengalaman beliau yang telah berkecimpung dalam industri hiburan sejak zaman kanak-kanak lagi.

Setelah dinobatkan sebagai Penyanyi Baru Lelaki Terbaik dan Penyanyi Lelaki Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM) 99 pada tahun 2000, populariti Anuar Zain terus melonjak dan beliau telah melangkah lebih jauh di dalam bidang seni.

Bagi peminat setia yang dewasa bersama Anuar Zain, pasti akan teringat kembali detik-detik awal pembabitan Anuar melalui dendangan lagu-lagu dalam Semua Untukmu … Anuar Zain.

Antara lagu-lagu yang akan dipersembahkan oleh Anuar Zain dalam enam segmen iaitu medley Pandangan Pertama /Permata/Suria Siarra, medley Jangan Bersedih Lagi/ Mungkin/Keabadian Cinta, medley Perpisahan Ini/Ketulusan Hati/ Lelaki Ini, lagu Semua Untukmu, medley Hanya Kau Yang Mampu/ Terima Kasih Cinta, medley Jerat/ Fly Me To The Moon / Sesucinya Cintamu dan juga medley Bila Resah / Kau Bunga Cintaku.

Penampilan istimewa oleh Ziana Zain, yang baru sahaja menggelar Juara Mentor 4 berjaya menyemarakkan lagi suasana di studio dengan persembahan solo lagu ‘Dingin’. Anuar Zain juga berduet bersama kakak kesayangannya dengan lagu “Lara” dan “Suasana Hari Raya” sebagai penutup persembahan program tersebut.

Semua Untukmu… Anuar Zain diterajui oleh Muhamad Sufian Isa selaku penerbit eksekutif; dan Ahmad Shaifullizam Arshad (Gbam) selaku penerbit dan pengarah dari Primeworks Studios. Jangan lupa temu janji anda bersama Anuar Zain pada Hari Raya Aidilfitri ketiga, jam 6.00petang, eksklusif di TV3!

TV3 memantapkan kedudukannya sebagai stesen televisyen peneraju utama negara ini dengan pelaburan berterusan dalam menyediakan program berkualiti bagi tiga segmen penonton utama – Pasaran Massa, Wanita, Kanak-kanak dan Remaja dan juga dengan memperkenalkan konsep-konsep baru yang relevan kepada penonton dan situasi semasa.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Isu Perbalahan Alibi Music VS Natasha Hudson

Ziana Zain Mas Idayu Rakaman Raya Mentor 4