in ,

Sesi Pendaftaran Party Ulangtahun Budiey.com Ke-5

Salam buat pembaca semua, sedar tak sedar, Budiey.com kini meningkat usia 5 tahun! Yeay! Give me FIVE!

Terima kasih atas sokongan semua ya! Sekadar info, blog Sensasi Selebriti bermula pada tarikh 7 Januari 2007. Alhamdulilah, syukur pada Tuhan! Pejam celik-pejam celik… dah pun 5 tahun Budiey jadi penulis blog sepenuh masa. Sekejap sangat masa berlalu, kan? Budiey rasa macam baru je semalam kita sambut ulangtahun ke-4 di Cathay Cineleisure. Kepada pembaca yang join, harap korang masih simpan kenangan manis berparty bersama-sama menonton filem Khurafat.

Top 5 ABP

Ucapan Dari Stacy:

Ucapan Dari Shila Amzah:

SEJUTA PENGHARGAAN
Di sini, Budiey nak ucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca semua kerana sudi melayari blog ini dan tidak putus-putus memberikan sokongan.

Terima kasih juga kepada semua selebriti (tak kisahlah samada artis, pelakon, penyanyi, band, indie band dan semualah yang pernah bekerjasama dengan Budiey. Tak kiralah siapa korang, korang memang superb! Budiey rasa semuanya memang tak lokek untuk beri kerjasama. Korang memang sporting habis! Juga kepada PR dan pengurus artis, stesen radio dan TV yang tidak lokek untuk melayangkan jemputan dan peluang kepada Budiey menghadiri majlis anjuran mereka.

Tidak lupa kepada para penaja Budiey.com yang tak jemu-jemu menyumbangkan dana tajaan untuk perkembangan blog ini dari tahun pertama hinggalah sekarang. Tanpa sokongan semua pihak, Budiey rasa, blog ini tak mungkin akan hidup sampai hari ini.

Tahun 2011 juga banyak mencipta kenangan dan sejarah dicipta. Budiey berpeluang melancong ke luar negara boleh dikatakan setiap bulan. Dapat bertemu artis antarabangsa mahu pun dapat mengenali lebih dekat artis tempatan. Thanks sangat-sangat kepada yang masih mempercayai budiey.com. Semuanya akan disimpan dalam hati sebagai satu kenangan dan pengalaman yang cukup berharga.

Tahun 2011 juga menyaksikan event-event anjuran Budiey.com seperti Movie Day Out bersama pembaca. Boleh dikatakan setiap minggu juga Budiey akan menjemput pembaca untuk menonton wayang bersama. Tiket percuma dan goodie bag pula diberikan kepada yang hadir. Semoga korang semua menjadikan Movie Day Out untuk tahun 2012 ini lebih happening lagi. Terima kasih untuk kenangan! Semoga tahun mendatang, Budiey akan cuba memberikan banyak hadiah dan goodies di Movie Day Out. Budey telah merangka, Movie Day Out akan dibuat dua kali setiap bulan. Harap korang dapat join nanti ya. Itu pun kalau sempat ya.

KENANGAN DI PARTI ULANGTAHUN KE-2

Budiey rasa macam baru sahaja menyambut ulangtahun ke-2 bersama pembaca di Parti Ulangtahun ke-2. Ingat lagi tak kat mana? Untuk readers yang join, mesti ingat punya. Haa… kita pernah berparti di Restoran Rasa Utara, Tingkat 4, Berjaya Times Square pada 10 Januari 2009 (Sabtu).

Kalau tak silap ada dekat 40 orang pembaca yang join. Walaupun buat di tempat yang sederhana, tanpa sound system dan persembahan artis, namun semua kata, parti ulangtahun ke-2 meriah sebab ramai yang hadir dengan warna tema orange dan putih.

Diserikan lagi dengan kehadiran selebriti seperti Imran Ajmain, IZ OIAM serta PR Radio Suria FM dan NTV7. Lepas makan-makan, ada cabutan bertuah, kemudian ada sesi potong kek ulangtahun yang berbentuk nombor 2.

Selepas lepak kat restoran Rasa Utara, pembaca semua ramai-ramai ke GSC untuk menonton filem YES MAN beramai-ramai. Itulah serba sedikit imbauan kenangan manis di parti ulangtahun yang lepas.

IMBAS MEMORI DI PARTI ULANGTAHUN KE-3

party

Walaupun diadakan agak lewat, sambutan ulangtahun ke-3 yang lalu tetap hangat dengan warna tema merah menyala diadakan di Neway Karaoke, Berjaya Times Square pada 24 Januari 2010. Party yang dihoskan oleh Ajieb Murai itu dimeriahkan lagi dengan persembahan artis seperti Sabhi Saddi, Iqwal, Hyrul Mentor, Mimi Mystarz LG, IZ OIAM, Rubisa AF7 dan ramai lagi. Turut disampaikan beberapa anugerah kepada pembaca seperti Anugerah Pembaca Paling Setia, pakaian terbaik dan banyak lagi. Kemeriahan party diakhiri dengan sesi memotong kek yang ditaja oleh Sugarflour & SuriaFM dan sesi berkaraoke bersama pembaca.

PARTI KE-4: Berparty Sambil Menonton Filem KHURAFAT
Untuk party kali ke-4, Budiey rasa sangat bertuah kerana mendapat kerjasama dari pihak Grand Brilliance & Skop Productions yang mengajak pembaca budiey.com untuk menonton filem KHURAFAT lebih awal dari tarikh tayangan di pawagam. Memang best tengok korang terketar-ketar menjerit-jerit tengok filem seram nih.

Mulai tahun 2012, Budiey.com juga akan memaparkan artikel, rebiu dan juga perjalanan Budiey mengembara seluruh dunia melalui ruangan TRAVEL. Jadi, nantikan pengembaraan Budiey di tempat-tempat dan lokasi pelancongan seluruh Asia dan dunia. Insyaallah.

PARTI KE-5: Ungu & Putih – MUSIC IS ART
Tahun 2011 juga banyak mencipta kenangan dan sejarah dicipta. Budiey berpeluang melancong ke luar negara boleh dikatakan setiap bulan. Dapat bertemu artis antarabangsa mahu pun dapat mengenali lebih dekat artis tempatan. Jutaan terima kasih sangat-sangat kepada yang masih mempercayai budiey.com. Semuanya akan disimpan dalam hati sebagai satu kenangan dan pengalaman yang cukup berharga.

Kalau tahun lepas, #partybudiey bertemakan Love is Friendship, kali ini sempena membuka lembaran tahun ke-5, Budiey memperkenalkan tema Music is Art di mana rekaan baju T kali ini ada gambar gitar. Budiey juga menjemput ramai penyanyi dari pelbagai genre muzik datang untuk menghiburkan pembaca.

Kepada pembaca yang akan join Parti Ulangtahun Ke-5 pada 21 Januari 2012 nanti, Budiey harap korang enjoyz di Zouk KL, Jalan Ampang dan kita boleh bergambar serta dapat mengenali dengan lebih dekat lagi.

Pengacara #PartyBudiey kali ini ialah pelawak terkenal Azrul Zaidi & Deejay Lin dari Suria Cinta. Apa yang menariknya, kedua-dua pengacara ini telah melahirkan sebuah single pertama masing-masing.

Seperti tahun terdahulu, semua pembaca diwajibkan untuk memakai T-shirt Eksklusif yang Budiey berikan ketika sesi pendaftaran. Kepada selebriti dan tetamu Budiey, harap korang memakai mengikut tema iaitu Ungu & Putih.

#PartyBudiey kali ke-5 ini ditaja oleh DiGi sebagai penaja utama. Radio Suria FM pula sudi menjadi Penyiar Radio Rasmi untuk tahun kedua berturut-turut. Terima kasih Suria FM. Serta tak lupa, Nuffnang dan Alternate Pictures yang sudi menjadi penaja bersama. Untuk fotografi dan video pula, Budiey mendapat tajaan dari SayCheese Productions. Terima kasih kepada semua penaja!

MENANGI PAS MASUK DI SURIA FM
Untuk kali ke-2 berturut-turut, #PartyBudiey masih lagi mendapat kerjasama dari radio Suria FM yang sudi menjadi Penyiar Radio Rasmi. Terima kasih Suria FM!

Sekiranya anda tak terpilih di kalangan 150 pembaca yang bertuah, jangan risau, anda ada satu lagi peluang iaitu dengan menyertai peraduan di Radio Penyiar Rasmi – Suria FM yang akan bermula 16 – 20 Januari 2012 . Sekiranya korang mahukan pass masuk ke party ini, kenalah dengar Suria Cinta kelolaan Deejay Lin dari jam 11 malam – 2 pagi.

Sempena ulangtahun budiey.com juga, Budiey telah dijemput untuk menjadi tetamu di konti Suria Cinta pada pada hari Rabu, 18 Januari ini yang bersiaran dari 11 malam hingga 2 pagi. Kepada Suria FM, terima kasih kerana sudi menjemput Budiey sebagai tetamu dan menjadi Penyiar Radio Rasmi untuk #PartyBudiey.

Ingin Jadi Penaja #PartyBudiey?
Sebagai hadiah kepada pembaca yang join, Budiey akan memastikan hadiah goodie bag tahun ini lebih meriah dari tahun lepas kerana Budiey sekarang ini masih lagi berusaha keras untuk mendapatkan barangan untuk diisi ke dalam goodie bag korang. Kepada yang nak menaja #partybudiey dari segi barangan, wang tunai dan lain-lain, sila email kepada budiey.isma[at]gmail.com

Kepada anda yang ada akaun Twitter jangan lupa mengemaskini Twitter anda dengan menggunakan hastag rasmi: #partybudiey. Jangan lupa ya untuk follow akaun Twitter Budiey iaitu @budiey. Begitu juga dengan pembaca yang ada akaun Facebook, jangan lupa ambik gambar dan letakkan di Fanpage Facebook Budiey.com – Sensasi Selebriti.

Jemputan Eksklusif Kepada Pembaca Budiey.com
Seperti yang diwar-warkan sebelum ini, sempena dengan sambutan ulangtahun yang ke-5 ini, Budiey akan mengadakan parti bagi meraikan para pembaca yang tidak jemu-jemu memberikan sokongan. Pada bulan Disember yang lepas, Budiey dah pilih 30 orang pembaca melalui Pre-Register, bermakna sekarang ini, Budiey mencari 120 orang pembaca untuk hadir.

Lokasi:
Zouk KL, Jalan Ampang, Kuala Lumpur

Tarikh & Masa:
21 Januari 2012 | Hari Sabtu | jam 2 petang

Meja Pendaftaran Akan dibuka seawal jam 1 tengahari
Kepada yang nak solat, boleh guna surau di Hotel Maya (depan Zouk KL) atau Surau KLCC.

Bayaran Yuran:
RM50 untuk seorang

Tema:
Ungu & Putih – ‘Music is Art’

Sepanjang party berlangsung, di-WAJIB-kan semua pembaca yg hadir memakai Baju T-shirt Ulangtahun Budiey.com yang akan diberikan semasa pendaftaran.

Artis yang dijemput untuk perform:
Adira, Shila Amzah, Tomok, Ning Baizura, Amanda Imani, Awi Rafael, Aliff Aziz, Farawahida, Mimi One Nation Emcees, Qalisha Ray, Min Yasmin, Dior Shahril, Andi A Merican, Keroz Nazri, Iz Sulaini, Faris Awan Band, Liyana Fizi, Najua P.Ramlee, Tengku Aidil, Azrul Zaidi, DJ Lin Suria Cinta dan ramai lagi.

Penampilan khas dari selebriti seperti:
Mia Sara Nasuha, Sharnaaz Ahmad, Scha Alyahya, Elfira Loy, Pengarah Michael Ang, Ali Terra Rossa, Shiha Mentor, Erul AF, Azri AF, Ezuwan Ismail, Irma Hasmie, Dottie, Bkay Nair, Farina, Mimi, model kanak-kanak terkenal Nur Aisyah Humairah dan ramai lagi.

Baju T Party Budiey

Apa yang pembaca akan dapat?

  1. 1 X T-shirt Eksklusif Sensasi Selebriti ‘5 Tahun Bersama Anda’. Pembaca boleh pilih saiz samada nak XS, S, M, L, XL, XXL atau XXXL
  2. 1 X goodie bag yang diisi pelbagai barangan & merchandise
  3. Dapat menang hadiah menarik & hamper di sessi cabutan bertuah
  4. Berhibur dengan persembahan artis
  5. Berpeluang untuk beramah mesra dengan selebriti

Anugerah Pembaca Sensasi Selebriti 2011
Semasa party ini juga, budiey.com akan menyampaikan ANUGERAH PEMBACA SENSASI SELEBRITI kepada pembaca:

  1. Anugerah Pembaca Paling Cool
  2. Anugerah Pembaca Paling Sporting
  3. Anugerah Pembaca Paling Setia
  4. Anugerah Pembaca Paling Peramah
  5. Anugerah Pasangan Pembaca Paling Romantis
  6. Anugerah Pakaian Paling Meletop Pembaca Lelaki
  7. Anugerah Pakaian Paling Meletop Pembaca Wanita

BAGAIMANA UNTUK MENYERTAI PARTI ULANGTAHUN INI?
Senang saje! Ikuti kesemua langkah-langkah berikut ini:

1. Hantarkan email kepada Budiey dengan menyertakan maklumat diri anda seperti:

  • Nama penuh:
  • Twitter
  • No. IC:
  • Alamat:
  • No HP:
  • Saiz Baju T-shirt:

2. Cipta slogan PALING KREATIF anda:

Saya mahu join Parti Ulangtahun Ke-5 Budiey.com kerana… (tidak lebih dari 20 patah perkataan)

3. Hantarkan email anda itu kepada:

Tajuk Email: Mahu Join Parti Ulangtahun Ke-5 Sensasi Selebriti

4. Seterusnya, nantikan email dari Budiey.

Kepada yang berjaya terpilih, Budiey akan reply email anda untuk arahan seterusnya termasuklah juga cara-cara pembayaran yuran. Semuanya akan diterangkan dalam email.

5. Buat pembayaran.

Oleh kerana parti diadakan di Zouk KL yang tidaklah sebesar mana, jemputan ini hanya TERHAD kepada 150 orang pembaca sahaja! Jadi, siapa cepat dia dapat!

P/S: Kepada individu dan syarikat yang ingin menaja parti kali ini, sila hubungi Budiey untuk menyumbang dari segi wang tunai, goodies dan hadiah untuk cabutan bertuah.

TAK DAPAT JOIN, TAPI MAHU MEMILIKI T-SHIRT EKSKLUSIF
Untuk korang yang tak dapat join, tapi mahu membeli T-shirt Eksklusif Sensasi Selebriti ‘Genap 4 Tahun Dah!’, anda boleh mendapatkannya dengan harga RM40 sahaja termasuk bayaran pos! Penghantaran akan dibuat melalui pos. Sila hubungi Budiey untuk proses pembayaran.

Terima kasih semua atas sokongan! Insyaallah, kita jumpa di parti nanti.

Banner Promo Party Budiey 5

Antara hadiah cabutan bertuah yang menanti pembaca:

Hadiah Goodie Party Budiey Ke 5

Seutas Rantai Mutiara sumbangan Rafflesia bernilai RM5,000

ipad-2

Sebuah iPad2 WiFi 16GB Warna Putih
Seutas Rantai Mutiara sumbangan Rafflesia bernilai RM5,000
Kamera Digital Olympus sumbangan Astro
Sehelai Baju Rekaan dari Pereka Ezuwan Ismail bernilai RM2,000
Voucher Menonton Wayang IMAX dari TGV Cinemas
Setahun Keahlian di Curves Ampang Bernilai RM1886
Perkakas Elektrik sumbangan OutLoud Studios
Perkakas Elektrik sumbangan 8TV
Hamper sumbangan BRANDS Innershine
Hadiah Percutian sumbangan Radio Suria FM
Merchandise sumbangan FOX
Merchandise sumbangan GUA & Tonton
Merchandise sumbangan TV3
Merchandise sumbangan Disney
Merchandise sumbangan Buena Vista
Merchandise sumbangan TV9
T-shirt Eksklusif Drive 7 Yang Ditandatangani oleh Aaron Aziz
dan banyak lagi…!

Seperti tahun lalu, Budiey harap korang enjoy dan happy dengan aturcara yang disediakan. Kita ada cabutan bertuah, persembahan artis dan games! Budiey jadikan parti ulangtahun ini untuk memberikan hadiah & kenangan manis buat semua yang banyak memberi sokongan! Budiey akan pastikan setiap goodie bag yang korang dapat PENUH dengan goodies! Yang penting, korang semua happy & harap-harapnya berpuas hati nanti.

Jumpa anda di Party Ulangtahun Budiey.com Ke-5 yaawww!

Hadiah Party Budiey Ke 5

Sebuah iPad2 sumbangan Budiey.com

Hadiah Party Budiey ke 5

Tertera di belakang iPad2 ni… Tahniah kepada yang dapat iPad2 ni ya.

Hadiah Party Budiey Ke 5

Kamera Digital Olympus sumbangan Astro

Hadiah Party Budiey Ke 5

Tiket Menonton Wayang di TGV Cinemas. Terima kasih @TGVCinemas

Hadiah Party Budiey ke 5

iPod Nano sumbangan Grand Brilliance

Hadiah Party Budiey Ke 5

Alat Perkakas Elektrik sumbangan 8TV

Hadiah Party Budiey Ke 5

Tiket Menonton filem di IMAX TGV Cinemas Sunway

Hadiah Party Budiey Ke 5

Hamper The Body Shop sumbangan TV3

Hadiah Party Budiey Ke 5

Hamper barangan penjagaan diri dari FuGen

Hadiah Party Budiey Ke 5

Hamper sumbangan Brands Innershine

Hadiah Party Budiey ke 5

Perkakas Elektrik sumbangan OutLoud Studios

Hadiah Party Budiey Ke 5

Dry Rexona Men Adventure 25ml Roll On

Hadiah Party Budiey Ke 5

Album DVD sumbangan Life Records

Hadiah Party Budiey Ke 5

Pati Prune Essence Brands

Hadiah Party Budiey Ke 5

Buku Nota sumbangan TV9

Hadiah Party Budiey Ke 5

Foldable Water sumbangan TV3

Hadiah Party Budiey Ke 5

Pen sumbangan Astro

Hadiah Party Budiey Ke 5

Pen Holder sumbangan Astro

Hadiah Party Budiey Ke 5

Pelindung sinaran matahari untuk kereta sumbangan Astro

Hadiah Party Budiey Ke 5

Baju T sumbangan TV9

Hadiah Party Budiey Ke 5

CD Album Penyanyi Antarabangsa sumbangan Sony Music Malaysia

Hadiah Party Budiey Ke 5

40 buah Buku Motivasi Ernie Chen sumbangan OutLoud Studios

Hadiah Party Budiey 5

Album Kompilasi Lagu Terbaru dari Warner Music Malaysia

Hadiah Goodie Party Budiey Ke 5

Barangan merchandise daripada pelakon remaja Fimie Don

Hadiah Goodie Party Budiey Ke 5

Seutas Rantai Mutiara sumbangan Rafflesia bernilai RM5,000. Terima kasih Rafflesia!

Hadiah Goodie Party Budiey Ke 5

Merchandise Vacancy

Hadiah Goodie Party Budiey Ke 5

Hamper dari AVON

Hadiah Goodie Party Budiey Ke 5

Hadiah Misteri

Hadiah Goodie Party Budiey Ke 5

Hadiah bola sepak Adidas

Hadiah Party Budiey 5

Barangan merchandise sumbangan GUA & Tonton

Hadiah Party Budiey 5

Barangan Elektrik sumbangan Modern Aluminium Kitchen

Hadiah Party Budiey 5

Barangan sumbangan Wake The Baby & Alvin Anthons

… dan banyak lagi menanti anda. Hanya di Party Ulangtahun Budiey.com Ke-5~

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Selebriti di Sidang Media Anugerah Bintang Popular 2011

Sinopsis Filem Chantek