in

Sesi Latihan Eksklusif Bersama Dato’ Lee Chong Wei

Para pelanggan Maxis One Club (MOC) diberi peluang emas baru-baru ini apabila anak-anak mereka menikmati pengalaman istimewa apabila menerima sesi latihan daripada YBhg Dato’ Lee Chong Wei, pemain badminton terkemuka di dunia yang juga merupakan duta sukan Maxis Berhad (Maxis).

Maxis, satu-satunya penyedia perkhidmatan komunikasi bersepadu di Malaysia, baru-baru ini telah menganjurkan sesi latihan badminton eksklusif dan peribadi selama satu hari bersama pemain terkemuka tersebut bagi 45 orang kanak-kanak di Sports Arena @ Sentosa pada 17 Ogos. Dato’ Lee telah berkongsi tip-tip yang membantu mereka untuk mempertingkatkan lagi kemahiran, dan kanak-kanak tersebut juga mempunyai peluang yang istimewa untuk bermain satu-lawan-satu dengan beliau.

Anak-Anak Pelanggan Maxis One Club Menerima Sesi Latihan Eksklusif Bersama Dato’ Lee Chong Wei

[dropcap]U[/dropcap]ntuk dipilih sebagai salah satu peserta bagi sesi latihan tersebut, para pelanggan MOC perlu menjawab lima soalan berkaitan dengan badminton melalui satu pertandingan dalam talian. 45 orang pelanggan yang berjaya menjawab soalan-soalan tersebut dengan tepat kemudian dipilih untuk mendaftarkan seorang kanak-kanak yang berusia tujuh hingga 17 tahun untuk sesi latihan tersebut.

Dushyan Vaithiyanathan, Ketua Perniagaan Pelanggan Maxis, berkata,

“Di Maxis, kami menghargai para pelanggan yang telah bersama kami untuk sekian lama, dan program istimewa bersama Dato’ Lee ini merupakan salah satu cara kami berkongsi penghargaan kepada mereka atas sokongan yang berterusan selama ini. Melalui sesi latihan ini, kami berbangga kerana telah dapat memberi anak-anak para pelanggan MOC satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan, dan berharap mereka telah beseronok sepanjang acara tersebut.”

Encik Yong Yuh Shyong, salah seorang pelanggan MOC yang telah mendaftarkan anaknya yang berusia 16 tahun, Yong Boon Hann, untuk mengambil bahagian dalam sesi latihan itu berkata,

“Ia merupakan sebuah pengalaman yang benar-benar berbaloi untuk saya memandu dari Kuantan untuk menghantar anak saya ke sesi latihan badminton ini. Anak saya merupakan peminat setia Dato’ Lee Chong Wei dan ianya amat bermakna apabila dia dapat bermain secara satu-lawan-satu dengan beliau!”

Seorang lagi pelanggan MOC, Puan Ong Liew Mei, begitu teruja apabila anaknya, Lau Kee Liang, 13, berpeluang untuk dilatih oleh pemain terkenal tersebut.

“Saya amat berterima kasih kepada Maxis kerana menganjurkan acara ini. Saya amat teruja apabila dapat melihat Dato’ Lee Chong Wei secara dekat, bergambar dengan beliau, mendapat tandatangannya, dan yang paling penting apabila anak saya berpeluang untuk bermain dengan Dato’! Ini merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan bagi keluarga kami!”

Para peserta menerima latihan peribadi daripada Dato’ Lee dan berpeluang untuk bermain satu-lawan-satu dengan pemain nombor 1 dunia

Selain daripada sesi latihan bersama Dato’ Lee, setiap peserta membawa pulang jersi serta gambar kumpulan yang telah ditandatangani secara eksklusif oleh Dato’ Lee sebagai cenderahati. Kanak-kanak tersebut juga telah mengambil bahagian dalam satu sesi soal jawab, dimana mereka yang berjaya menjawab soalan berkaitan dengan Dato’ Lee dan karier badmintonnya akan memenangi sebuah raket badminton Yonex yang telah ditandatangani oleh bintang badminton itu sendiri.

Maxis One Club adalah satu program keahlian eksklusif yang menawarkan perkhidmatan pelanggan keutamaan, ganjaran khas dan program afiniti. Pelanggan yang telah bersama dengan Maxis (pascabayar) selama lebih daripada setahun dengan komitmen bulanan minimum sebanyak RM150 ke atas secara automatik akan dinaiktaraf kepada status ahli Maxis One Club.

Untuk maklumat lanjut dan untuk menyemak kelayakan keahlian, sila hubungi 1 800 82 1123 atau layari www.maxis.com.my/moc

Lee Chong Wei

Lee Chong Wei

Lee Chong Wei

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Bersiri VIkings di Saluran History

Job Conclusion For MTV World Stage Insider