Sertai Segunung Harapan Program Realiti Terbaru Astro Oasis
SEGUNUNG HARAPAN
Astro Oasis Jemput Orang Ramai Sertai Program Realiti Terbaru
Buat julung-julung kalinya, Astro Oasis akan mengadakan sebuah program realiti yang akan dibawakan bersama oleh PRU-BSN yang bakal memaparkan 10 usaha murni insan-insan berhati mulia bagi memenuhi impian murni mereka yang ingin membantu masyarakat setempat.
Menurut Pengurus Saluran Astro Oasis, Tuan Hj Izelan Basar berkata, “Kami di Astro Oasis berasa terpanggil untuk mengadakan program realiti yang seumpamanya di Astro Oasis kerana melihat saluran ini mampu menyedarkan masyarakat bahawasanya Islam menyanjung sikap dan sifat yang terpuji, hidup berkomuniti secara harmoni, yakni saling bantu-membantu tanpa mengira warna kulit, agama dan budaya.
Secara tidak langsung, program realiti ini mampu mendidik orang ramai agar menghargai induvidu-individu yang mempunyai impian-impian murni yang boleh mensejahterakan komuniti setempat.
Kami yakin program realiti ini mampu menarik perhatian orang ramai kerana ia menggalakkan perasaan saling membantu di antara komuniti, khususnya mereka yangkurang bernasib baik sejajar dengan konsep asas takaful iaitu berkongsi tanggungjawab, bekerjasama dan saling membantu kepentingan bersama.”
Orang ramai dijemput untuk menyertai program realiti ini dengan menghantar penyertaan slogan, “Saya ingin menyertai impian murni…(tidak lebih 100 patah perkataan) beserta butiran peribadi seperti nama, alamat, nombor kad pengenalan, nombor telefon ke alamat: SEGUNUNG HARAPAN, Astro Oasis, Astro Entertainment Sdn Bhd, Ground Floor Wisma Penyayang, No.6, Jalan Equine, TamanEquine, Bandar Putra PERMAI, 43300 Seri Kembangan, Selangor.
Orang ramai juga digalakkan menghantar penyertaan melalui emel ke www.segunungharapan_oasis@astro.com.my. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 30 September 2009.
Segunung Harapan akan mula ke udara pada bulan Oktober 2009 ini di Astro Oasis.
Tags: Astro
Tags: AstroClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





September 17th, 2009 at 12:57 pm
refreshing reality idea. alot better than the usual NYANYIAN crap we have now
i am game for this
November 9th, 2009 at 6:59 pm
Assalamualaikum….
Saya adalah seorang guru agama yang mengajar anak bangsa di sebuah kampung yang terpencil di negeri Sabah. Saya telah mengetahui mengenai usaha murni pihak Astro melalui program Segunung Harapan ini.
Di sini saya berharap agar pihak Astro juga dapat memberi peluang kepada saya dan anak – anak didik saya khususnya, dengan membantu kami untuk membina sebuah tempat khusus saya mendidik mereka kerana buah masa kini saya mendidik mereka dengan hanya menumpang di rumah orang tua saya sahaja. Tetapi sekarang kelas agama ini terpaksa dihentikan buat sementara waktu atas masalah yang tidak dapat dielakkan.
Justeru itu saya amat berharap agar pihak Astro dapat mempertimbangkan permohonan kami ini memandangkan kami sedia maklum bahawa permohonan untuk menyertai program ini telahpun ditutup.