in

Sertai Peraduan Cerita Teh Tarik F&N

“CERITA TEH TARIK F&N” MEMBAWA KEHIDUPAN HARIAN MASYARAKAT MALAYSIA

Hanya lima episod sahaja lagi untuk memenangi hadiah-hadiah hebat

Rakyat Malaysia dari seluruh negara akan mempunyai satu lagi sebab untuk berkumpul sambil menikmati teh tarik – untuk menonton “Cerita Teh Tarik F&N”, yang memaparkan pelbagai aspek kehidupan rakyat Malaysia, dibawakan kepada anda oleh pakar teh tarik – Susu Pekat F&N.

Hos “Cerita Teh Tarik F&N” yang mempunyai tujuh episod kesemuanya, ialah pelakon, peragawan dan pengacara TV yang terkenal di Malaysia, Awal Ashaari. Rancangan ini akan ke udara pada jam 6.00 petang setiap Khamis di TV3.

Selain dari kisah-kisah menarik, rancangan ini juga memberikan penonton peluang untuk memenangi hadiah menarik termasuk Hadiah Utama iaitu TV plasma 60 inci dan pelbagai produk elektronik lain melalui promosi pengguna dan program tebusan, di samping hadiah tunai melalui peraduan SMS mingguan yang berkait dengan rancangan ““Cerita Teh Tarik F&N”.

Menurut Cik Eileen Chan, Pengurus Kanan Produk Kumpulan – Susu Pekat, F&N Dairies (M) Sdn Bhd, di Malaysia, teh tarik selalunya menjalin ikatan di sebalik pergaulan mesra kita setiap hari yang membentuk sebahagian daripada latar belakang banyak kenangan manis kita, sama ada dengan sahabat handai ataupun keluarga.

“Cerita Teh Tarik F&N adalah usaha kami untuk mengetengahkan ceritera rakyat Malaysia serta kejayaan mereka, yang telah memainkan peranan dalam menjadikan Malaysia sebuah negara berbilang budaya dan aktiviti yang kini dibanggakan oleh semua lapisan masyarakat. Teh tarik adalah sebahagian budaya sosial berbilang kaum Malaysia dan F&N banyak menyumbang untuk membolehkannya berlaku. Jadi, rancangan ini juga bertujuan untuk menegakkan budaya teh tarik Malaysia kita yang unik,” kata Chan.

“Cerita Teh Tarik F&N meneruskan hubungan rapat F&N dengan teh tarik iaitu minuman kegemaran Malaysia, sambil mengukuhkan semangat silaturahim Malaysia menerusi mesej penting seperti perpaduan, ikatan keluarga, persahabatan, perdamaian dan resolusi positif dengan berkongsi saat berharga, kenangan istimewa dan suka dan duka, atau cerita teh tarik yang memberi inspirasi.”

Setiap episod membawakan tema tertentu, dengan tumpuan kepada warga Malaysia dari seluruh negara termasuk selebriti seperti Alam, sensasi b-boy Malaysia, yang memenangi pertandingan “So You Think You Can Dance” bersama Wakaka Crew, dan kumpulan rock Malaysia yang terkenal, Estranged. Seniman Malaysia yang berbakat seperti dua beradik Ajis dan Ronnie Mohammad yang berkongsi minat melukis juga dipaparkan di samping kisah pencipta serta bakat di sebalik Upin dan Ipin.

Terdapat juga episod mengenai persahabatan antara anggota Kelab RX8 Malaysia, manakala dua episod lagi mengupas kasih sayang antara pasangan yang baru berkahwin dan seorang ibu yang baru ditemukan semula dengan anak-anak perempuannya setelah terpisah selama 50 tahun.

Chan yakin “Cerita Teh Tarik F&N” akan menarik warga Malaysia dari segenap lapisan masyarakat kerana ia menyentuh isu yang dekat di hati kita dan tersulam dalam budaya kita.

“Setiap episod mempunyai elemen yang pastinya menarik sesetengah golongan masyarakat, tetapi jangan tertinggal mana-mana episod kerana setiap satu memberi perspektif baru tentang topik yang diketengahkan. Anda mungkin fikir anda tahu al-kisah cerita yang dipaparkan tetapi hakikatnya banyak yang anda boleh pelajari daripada setiap episod. Jadi, saya berharap rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat akan menonton rancangan ini,” jelasnya.

“Cerita Teh Tarik F&N” telah diilhamkan oleh F&N Dairies, syarikat di sebalik jenama Susu Pekat No. 1 Malaysia, iaitu ramuan utama teh tarik dan minuman lain di seluruh Malaysia sejak beberapa generasi lalu melalui jenama sebutan ramai seperti Susu Isian Pekat Manis F&N, Krimer Manis Bervitamin F&N, Krimer Manis F&N, Krimer Manis Teh Tarik F&N dan produk terbarunya, F&N eXtra Tongkat Ali & Ginseng.

F&N Dairies (M) Sdn Bhd adalah anak syarikat milik penuh Fraser & Neave Holdings Berhad, dan merupakan pengilang dan pemasar utama susu pekat manis, susu sejat, jus pasteur dan aiskrim di Malaysia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Karnival Jom Santai Ke Perlis

Majalah 3 Singkap Institusi Pemerintahan Beraja