in

Sertai Bengkel Membina Blog atau Laman Web Perniagaan

Sepanjang 4 tahun menjadi blogger sepenuh masa, Budiey dihujani dengan macam-macam soalan dari pembaca Sensasi Selebriti. Ternyata, ramai juga di kalangan pembaca yang ingin menjadi penulis blog seperti Budiey tapi tak tahu macamana nak mula. Soalan-soalan seperti bagaimana nak mulakan kerjaya sebagai blogger, bagaimana nak buat blog, beli domain dan macam-macam lagi lazimnya akan ditanya kepada Budiey.

Tahukah korang, sebenarnya di luar sana ada banyak kursus tentang menulis blog dan cara bagaimana untuk menambah pendapatan dengan hanya menulis blog. Bagi Budiey hanya luangkan 1 jam dalam sehari, kena komitmen dan kesungguhan itu sangat penting untuk sukses sebagai blogger.

Menjadi penulis blog banyak keistimewaannya. Selain ada pengikut sendiri, seseorang blogger dapat mencuba produk terbaru di pasaran dan mendapat jemputan ke majlis pelancaran serta prebiu filem.

Computer Class

Anda pula rasa teringin sangat nak jadi Blogger tapi tak tau macamana nak mula. Jadi blogger ni tak lah susah dan tak lah juga mudah. Tapi asal ada minat dan komitmen, semua boleh jadi.

Tahu tak anda kebanyakan blogger terkenal menggunakan WordPress sebagai platform untuk mereka berblog? Apa WordPress tu? WordPress ialah satu CMS magikal yang membolehkan orang-orang yang tak berapa celik IT dan tak berapa tahu kod HTML membina laman web atau blog mereka sendiri dengan dengan pelbagai pilihan tema dan plug in yang bersesuaian dengan konsep maya anda.

Memiiliki kemahiran menggunakan WordPress, akan menjadi satu kelebihan kepada diri anda sendiri. Apabila cita-cita untuk memiliki laman web dan blog sendiri dah ada, tak patutlah kalau masih nak mengharapkan designer upahan.

Kenapa? Anggaplah anda bakal memiliki satu laman web perniagaan atau blog yang sangat-sangatlah popular tak lama lagi mengalahkan blog terkenal. Ini bermakna andalah BOSS dalam bidang webprenurship yang anda ceburi. Sebagai BOSS, anda harus tahu mengemudi Front End dan Back End perniagaan online anda.

Nak upah designer untuk membina lama web atau blog tentu saja boleh. Tetapi bayangkan apa akan terjadi pada anda jika tiba-tiba Webmaster anda MISSING IN ACTION dan langsung tidak dapat dihubungi sedangkan untuk anda buka Control Panel kat hosting server pun masih tak lepas. Lebih dasyat lagi kalau admin password pun and tak ingat.

Kalau ingat cuma berani sampai setakat Dashboard WordPress. Order yang dah mencurah-curah tak berani diproses sendiri sebab sebelum ini anda mengharap pada Webmaster 100% bermakna sampai di situ sahaja hayat bisnes online anda. Bunyi macam satu mimpi ngeri kan?

Alahai..janganlah sampai tahap begitu wahai bakal-bakal Blogger sekalian. Jangan susah hati bila mendengar perkataan-perkataan yang sedikit berbunyi teknikal seperti domain, hosting, server, control panel dan sebagainya.

Sebenarnya itulah mainan harian seorang pemilik laman web atau Blogger. Tahu tak sesiapa pun boleh belajar dan mahirkan diri membina laman web atau blog menggunakan wordpress? Anda, ibu anda, adik anda, abang anda, makcik atau pun sesiapa sahaja yang mempunyai minat menghadap internet.

cpanel screenshot

Laman web www.ravenetrace.com akan mengadakan bengkel Membina Laman Web/Blog ber ‘SEO’ pada 9 Oktober nanti. Yurannya cuma RM799.00 . Budiey rasa bengkel seperti ini memang berbaloi dan harga ini begitu murah kerana kat tempat lain, bengkel serupa akan mengenakan bayaran tak kurang dari RM2000.00.

Biasanya kelas akan cepat penuh. Jadi, kenalah cepat merebut peluang. Maklumlah, kebanyakkan yang dah biasa berniaga di Facebook akan merebut peluang ini untuk upgrade bisnes mereka denga membina kedai online dengan domain sendiri.

Lebih professional dan ada uumph… Biasanya upah untuk designer siapkan sebuah laman web pun hampir mencecah RM1500 ke atas. Kalau anda ada kemahiran WordPress, silap haribulan, anda sendiri boleh ambil upah bina laman web/ blog untuk orang lain pula. Masyuk lagi… ☺

Untuk mendaftar, segera kena hubungi kordinator latihan www.ravenetrace.com, Cik Siti Faezah di talian 0193948196 atau email ke [email protected] .Oh ya, sebelum terlupa, istimewa untuk para pembaca Sensasi Selebriti, kod kupon istimewa jika nak mendaftar bengkel ini ialah #KL7763.

Semasa nak buat bayaran sebutkan Kod Kupon #KL7763 dan anda jimat RM411.00 kerana yuran bengkel akan diberi diskaun dari RM799.00 (harga asal) ke RM388.00. Walau bagaimanapun, anda tak boleh berlengah mendaftar kerana yuran istimewa ini terhad kepada 10 peserta sahaja dan sudah tentu akan naik semula pada bengkel-bengkel akan datang.

WordPress ni mempunyai beberapa’ rahsia’ yang menjadikan ramai Blogger terkemuka memilih untuk menggunakannnya. Pendek kata ilmu WordPress ialah sumber rezeki untuk pemilik laman web/blogger masakini.

Jadi, segera hubungi Cik Siti Faezah sekarang, Nanti bengkel penuh menyesal pula sebab dah tak dapat mendaftar menggunakan kupon khas untuk pembaca www.budiey.com.

Bengkel : Membina Laman Web/ Perniagaan dan Blog dengan SEO
Tarikh : 9 October 2010
Masa : 8.30 – 6.00 ptg
Tempat : Kelana Square, Kelana Jaya
Koordinator : Siti Faezah (0193948196 / www.ravenetrace.com)
Email : [email protected]
Yuran : RM799.00
Kod Kupon untuk pembaca www.budiey.com : #KL7763
Yuran Kursus untuk Kod Kupon #KL7763 : RM388. (Jimat RM411.00)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siti Nurhaliza Buat Rawatan Akupunktur Untuk Dapat Anak

Photo Baby Boy Amber Chia