Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









SEPETANG BERSAMA NEGERIFM, TRAXXFM & ARTIS



Pastikan anda memenuhi cuti hujung minggu ini dengan memeriahkan Sepetang bersama NEGERIfm, TRAXXfm & Artis di A Famosa Theme Park Water World & Cowboy Town, pada 30 November 2008 bermula jam 3.00 petang hingga 10.00 malam.

Barisan artis yang akan memeriahkan program ini ialah, Nubhan,Yazer, Dina, Ito Blues Gang, Nickie, The Girls, Helmi The Gimmick dan Mahira. Artis-artis ini bukan sahaja akan menghiburkan anda dengan lagu-lagu terbaru dan popular mereka malah turut turun padang bersama peminat-peminat menjayakan pelbagai aktiviti yang telah dirancang. Disamping itu, bagi pendengar setia NEGERIfm, stesen popular sekitar Negeri Sembilan dan Melaka, serta TRAXXfm, stesen popular berbahasa Inggeris RTM, jangan lepaskan peluang beramah mesra bersama DJ-DJ popular dari kedua-dua stesen radio RTM ini.

Program dibahagikan kepada tiga sesi. Sesi pertama bakal bermula pada jam 3 petang di Pentas Utama Water World dengan persembahan pembukaan istimewa daripada DJ-DJ NEGERIfm dan TRAXXfm. Selepas itu, anda akan dihiburkan dengan persembahan menggegarkan Dina yang akan menyampaikan 2 buah lagu istimewa beliau. Program diteruskan dengan penyertaan anda yang bertuah dipilih untuk menjayakan pertandingan “Eating Burger Fastest Way”. Program ini pasti menghiburkan dan pastinya hadiah-hadiah menarik menanti anda.

Selepas itu, dijangka dalam pukul 4.00 petang, Yazer akan mengambil alih pentas untuk menghiburkan anda dengan 2 buah lagu dendanganya. Dapatkan hadiah istimewa daripada A Famosa Theme Park, tetapi terlebih dahulu, sekali lagi anda yang bertuah bakal dipilih untuk menjawab 5 soalan cepu emas selepas persembahan istimewa Yazer. Dijangka pada pukul 4.30 petang, giliran The Girls menghiburkan anda dengan 2 buah lagu terbaru mereka. Artis baru yang sedang meningkat naik, Mahira akan mengambil alih pentas dan akan menghiburkan anda dengan sebuah lagu.

Persembahan di Pentas Utama Water World diteruskan dengan persembahan Ito Blues Gang dijangka bermula pada pukul 4.40 petang dengan 2 buah lagu. Tepat jam 5.00 petang, Nubhan mengambil alih pentas utama, pastinya dengan persembahan mantap beliau yang dijangka bakal mendendangkan single istimewa, Ada Untukmu dan sebuah lagi lagu untuk menghiburkan peminat-peminat fanatik beliau. Selepas pertandingan makan burger, para hadirin yang bertuah akan dipilih untuk menyertai pertandingan “The Fastest Coke Drinker”, siapa yang paling pantas, pastinya hadiah-hadiah menarik menanti anda.

Sessi 2 bermula pukul 8.00 malam dengan aksi Persembahan Red Indian yang bakal menghangatkan tumpuan anda semua bertempat di Cowboy Town, Fun Parade. Persembahan Helmi Gimmick mengambil alih acara malam itu dengan aksi lawak dan 3 buah lagu dendangan beliau. Selepas itu, Ito Blues Gang dan Nubhan sekali lagi tampil, dijangka pada pukul 8.45 malam untuk menghiburkan anda dengan lagu-lagu popular mereka. Menutup sessi 2 ini, persembahan bunga api pasti akan membuat anda terpegun dengan keindahan dan pelbagai corak bunga api istimewa daripada A Famosa Theme Park.

Akhir sekali, Sessi 3 bertempat di A Famosa Cow Boy Town,  pukul 10.00 malam, persembahan penutup istimewa daripada gandingan DJ-DJ TRAXXfm menamatkan Sepetang Bersama NEGERIfm, TRAXXfm & Artis. Pastikan temujanji anda bersama program hebat ini pada 30 November 2008, bermula 3.00 petang hingga 10.00 malam di A Famosa Theme Park Water World & Cowboy Town.

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Jom Join Peraduan Sepetang Bersama Yazer
  • Jom Sertai Battle Of Indie Band
  • UNWIND WITH TRAXX – PROGRAM BAHARU TRAXXFM TRAVEL N MUSIC
  • PALESTINIAN ENVOY TO SPEAK OVER SPECIAL RADIO TALK SHOW
  • TRAXXfm’s Upstage Indie Fest 2011
  • Sekitar Majlis Pelancaran Radio Pelancongan TraxxFM
  • MAJLIS PERASMIAN KOMPLEKS PENYIARAN TUANKU MUHAMMAD NEGERI SEMBILAN
  • Pelakon Drama Wulan Giovani L. Tobing & Dhini Aminarti Di Malaysia
  • Fastraxx Bersiaran Secara Langsung Dari Sutera Harbour
  • Dokumentari Dari Kuala Ke Kuala Ajak



    • sun

      Dynaz ni cantik tapi tpi mata dia besar kena penyakit thyroid ke??dah tu pula ketiak dia berlemak la…as ppl said she has christina vagina on it!!!

    • http://www.myyoungmillionaire.com Honeybee

      Wah .. ITO da Blues Gang ada le…



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK