in

Sepanjang Ranjau Sensasi Selebriti 2007: Part 1

2007 sudah tiba ke penghujung. 2008 menanti dengan seribu pertanyaan. Budiey rasa ingin menoleh seketika ke belakang meninjau dan mengutip kembali kenangan-kenangan sepanjang 2007. Tahun 2007 banyak mengajar Budiey tentang komunikasi dan networking untuk menjadi media blogger. 2008 mungkin menjadi impian untuk saya lebih mendepani dengan menjadi penulis blogger sepenuh masa pula.

Pastinya hari ini adalah terakhir untuk menjejakkan kaki di tahun 2007. Tirai 2007 akan dilabuhkan tidak lama lagi dan jendela 2008 pastinya akan terbuka dengan segala warna dan rasa menanti di hadapan. Entri ini sekadar memaparkan beberapa event dan highlight sepanjang 12 bulan blog Sensasi Selebriti menemui pembaca di alam maya.

Jadi, lets sit back dan rileks… jom kita tinjau kembali memori bersama di Sensasi Selebriti sepanjang tahun 2007.

+JANUARI 2007
Sebenarnya Budiey menjadi penulis blog sejak tahun 2004. Namun, secara seriusnya Budiey memulakannya dengan membeli domain dan hosting dari Mercumaya pada 7 Januari. Blog Sensasi Selebriti diterbitkan dengan menggunakan domain budiey.com. Sila baca entri pertama di sini. Pada 13 Januari, Budiey dijemput untuk menghadiri Malam Gala filem Kuntilanak anjuran Tayangan Unggul di KLCC. Selain pra tonton filem Syaitan, Budiey juga turut hadir di majlis Filem Qabil Khushry Qabil Igam. Pada 26 Januari, Budiey bersama seorang kawan bernama Kimi telah mengikuti Konsert Boyz II Men di Arena of Stars di Genting Highland. Pada 30 Januari, dunia blog hiburan kecoh seketika setelah ada isi entri ulasan Filem Qabil Khushry Qabil Igam di Sensasi Selebriti diplagiat oleh wartawan hiburan.

Statistik Bulan Januari hanya 7567 hits.

+FEBRUARI 2007 
Pada 4 Februari, Budiey ada menghadiri Anugerah Bintang Popular 2006 di Arena of Stars, Genting Highlands. Banyak juga gambar artis yang Budiey snap. Masa tu, Budiey hadir dengan tiket penonton dan tidak pandai lagi untuk masuk dengan menggunakan pas media sebagaimana sekarang. Pada 6 Februari, Budiey menghadiri Tayangan Media Filem Puaka Tebing Biru di GSC Mid Valley. Pada 7 Februari pula, dunia Budiey tak keruan apabila gosip Inilah Bakal Suami Ella tersebar di internet. Walaupun Ella kata mahu berkahwin bulan Julai namun, sampai sekarang Ella tak kahwin. Faham-faham ajelah, itu sekadar untuk hypekan album Ella sahaja. Pada 9 Februari, Budiey dijemput oleh Tayangan Unggul untuk mengikuti pembikinan filem Malaikat Maut serta berpeluang menemuramah pelakon Que Haidar, Awal Shaari dan Nana ERA secara eksklusif. Satu pengalaman yang sangat berharga bagi Budiey. Pada 19 Februari, Sensasi Selebriti menerima penaja pertama iaitu Teamfifi.com. Pada 23 Februari, dijemput untuk menghadiri Majlis Pelancaran Konsert di Istana Budaya. Pada 24 Februari, Budiey menerima undangan Muid Latif bagi menghadiri Parti Ulangtahunnya di Galleriizzu, Wisma UOA, Jalan Pinang. Sempat menemuramah secara tidak formal pengarah filem Puteri Gunung Ledang, Saw Teong Hin tentang dunia filem. Pada 27 Februari, Budiey dijemput untuk menghadiri Pra Tonton filem Mukhsin di GSC Mid Valley.

Page Loads: 37,831
Unique Visitors: 19,182
First Time Visitors: 14,081
Returning Visitors: 5,101

+MAC 2007 
Pada 2 Mac, Prepaid4U telah sudi menjadi penaja. Pada 4 Mac, Budiey mendapat jemputan bagi menghadiri BMWshorties Gala Premiere pada 9 Mac 2007 di The Annexe. Pada 5 Mac, saya dijemput oleh Tayangan Unggul bagi menonton rough cut Filem Anak Halal arahan Osman Ali di Astro. Pada 6 Mac, Budiey telah mencetak Kad bisnes Sensasi Selebriti sebanyak 100 keping untuk tujuan marketing & networking. Upah grafik RM20 + cetakan RM38 = RM58. Pada 8 Mac, saya menerima jemputan daripada STARRY EYE PRODUCTIONS SDN BHD bagi menghadiri Majlis Pra Tonton Filem Chermin. Pada 9 Mac, Budiey menghadiri BMWshorties Gala Premiere di Top Floor, The Annexe, Central Market Kuala Lumpur. Pada 10 Mac, Budiey menghadiri rakaman Zoom In Bob AF2 bersama Kaer & Amylea di Auditorium Perdana, Angkasapuri Kuala Lumpur. Pada 11 Mac, menghadiri Showcase Sunday Nite Live – Hazami with Soul Friends di Planet Hollywood.  Pada 15 Mac, menghadiri Pra Tonton Tayangan Filem Chermin di GSC One Utama. Terima kasih Starry Eye Production atas jemputan. Pada 17 Mac, musim ke-lima dimulakan dengan menjadi pemerhati di Konsert Akademi Fantasia Musim ke 5 di Dewan Sivik. Pada 18 Mac, berikutan isu kontroversi gambar bogel Zhana AF5, pelawat Sensasi Selebriti bertambah sehingga 2,770 pelawat dengan 4668 page views. Pada 19 Mac, pelawat hari ini: 7605 orang & 12,218 page views. Dan Budiey menerima berita baik, Teamfifi telah melanjutkan kontrak iklan sehingga 19 April 2007. Pada 27 Mac, saya dijemput untuk menonton Tayangan Jangan Pandang Belakang yang diadakan di Dewan Seri Budiman UiTM Shah Alam.

Page Loads: 77,606
Unique Visitors: 45,815
First Time Visitors: 33,601
Returning Visitors: 12,214

Part 2 akan menyusul nanti.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Juara Sehati Berdansa Vanidah Imran & Rashidi Ishak

Isu Penciplakan Tidak Boleh Dimaafkan