Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Sensasi, Mana Dia Sensasi?



 

Foto - Awal Ashaari: “Manalah dia tetamu tak sampai-sampai lagi ni. Sensasi dah nak start dah ni, nasib baik bukan siaran langsung. Ok jugak tu. Kalau aku tersasul nanti, bolehlah cut dan ulang sekali lagi. Hehe!”

Sumber foto: budiey.com

Jenuh saya menunggu siaran langsung rancangan TV Sensasi di TV3 Selasa lalu, namun yang ada di kaca TV hanyalah siaran ulangan Anugerah Juara Lagu 21. Apa sudah jadi dengan Sensasi? Ada masalah teknikal kah? Tetamu tak datangkah? Awal Ashaari demamkah atau Intan Suraya tak sihatkah?

Persoalan terjawab apabila saya mendapat tahu dari akhbar utama menyiarkan program Sensasi tidak lagi disiarkan secara langsung. Ini berikutan daripada isu kata-kata tetamu jemputan Rosnah Mat Aris dalam satu sesi yang menyentuh sensitiviti agama Islam tentang usia Siti Khadijah, isteri Nabi Muhammad SAW.

Dikhabarkan rancangan yang menerima rating yang agak tinggi itu telah ditarik balik dengan serta merta oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Sebelum ini pada 2 Februari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) meminta salinan asal program Sensasi untuk dikaji sebelum mengambil apa-apa tindakan.

Atas kesalahan pihak TV3 gagal mengambil langkah menyunting serta mengawal kandungan yang tidak relevan apatah lagi berkait rapat dengan isu sensitiviti umat Islam. Maka wajar sekali, rancangan ini tidak dibuat secara live dan disiarkan dalam siaran rakaman tertunda.

Pendekatan ini wajar dijadikan panduan untuk program TV yang lain. Walaupun asyik berhibur dan berjenaka, penonton dan pengelola rancangan perlu peka dengan mentaliti dan juga isu-isu yang tidak sepatutnya diketengahkan. Pihak stesen TV juga janganlah terlalu mengejar rating tertinggi sehingga menimbulkan isu-isu yang tidak kita ingini berlaku.

Seperti kata-kata, “Tua ke tidak tu? Dah nak mampus ke tidak?? dikatakan menjadi ayat yang menimbulkan satu rasa tidak hormat apatah lagi ianya ditujukan kepada orang yang sangat mulia. Apa pendapat anda pula tentang isu ini?

Saya kira TV3 sudah mengambil langkah yang bagus dengan mengikut garis panduan yang ditetapkan.

Diharap juga pisang tidak berbuah dua kali.

Tags: , ,

Tags: , ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Movie Day Out Bersama Pembaca Sensasi Selebriti Filem Star Trek
  • Majalah Sensasi Bertukar Selebriti, Saniboey Bersara dari Manja?
  • EKSKLUSIF Video Muzik Terbaru Prema Yin SUPERSTAR
  • Movie Day Out Sensasi Selebriti – THE FINAL DESTINATION
  • Movie Day Out Bersama Pembaca Sensasi Selebriti Filem ORPHAN
  • Movie Day Out Bersama Pembaca Sensasi Selebriti Filem Syurga Cinta
  • Movie Day Out Sensasi Selebriti – SORORITY ROW
  • Happy 1st Anniversary to Blog Sensasi Selebriti
  • Movie Day Out Sensasi Selebriti – PAPADOM
  • Peraduan Menangi Album Terbaru Waheeda – Melodi Ahlan



  • 3 Komen untuk entri “Sensasi, Mana Dia Sensasi?”

    1. Sensasi Selebriti » Blog Archive » Tiada Maafkah buat Rosnah Mat Aris? kata:

      [...] Mesti Baca: Sensasi, Mana Dia Sensasi? [...]

    2. Honeybee kata:

      *** Ha ni btul sensasiiiii .. (mggu lpas nya crita)

      ROSNAH MA :
      “Memang benar ada acara pernikahan di Masjid Al-Khairiah, Taman Sri Gombak, tetapi anak perempuan saya, Rasnor yang bernikah, bukan saya. Majlis perkahwinan itu berlangsung pada 30 Oktober lalu. Saya lali dengan gosip mengatakan saya berkahwin lagi. Sejak berpuluh tahun lalu, apa orang tak kata pasal saya. Saya dah bosan melayan gosip macam ini. Hanya Allah yang tahu perkara sebenar,” kata Rosnah dilaporkan sebagai berkata.

      PIHAK 1 LGI :
      “Saya harap Rosnah memperbetulkan kenyataannya di akhbar, sekali gus membersihkan nama Imam Ramli dan dua orang saksinya itu. Apabila Rosnah nafi dia nikah, saya khuatir masyarakat akan mempertikaikan kredibiliti Imam Ramli. Sehingga kini, terus terang saya katakan, rekod Imam Ramli dengan Pejabat Agama Islam Daerah Gombak Timur, bersih,” kata Khairi yang ternyata kecewa dengan penafian Rosnah.

      Penulis turut menerima kiriman SMS daripada Ramli yang juga Imam 2 Masjid Al-Khairiah yang mengesahkan pernikahan Rosnah dan Tajul pada 13 November lalu, jam 3.30 petang di Masjid Al-Khairiah.

      Terdahulu, penulis berpeluang menemubual Mat Salleh (saksi) yang turut melahirkan rasa kecewa apabila Rosnah menafikan pernikahannya.

      “Saya sebagai saksi, duduk sebelah Ustaz Ramli. Tajul melafazkan akad nikah lebih daripada sekali, namun saya menyaksikan pernikahan itu berjalan lancar. Pernikahan mereka di sisi agama Islam, sah… jadi mengaku sajalah. Apabila tuan punya badan (Rosnah) menafikan dia bernikah, saya jadi pelik seolah-olah Rosnah menafikan tugas saya sebagai saksi nikah,” kata Mat Salleh yang tidak menafikan anak Rosnah, Rasnor dinikahkan di masjid sama pada 30 Oktober lalu.

    3. poyo je.. kata:

      ni apa punya makhluk, dah nikah tu ngaku jela..elok2 halal kau nak nafikan plak, pelik2….

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK