Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)









[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]






SENIMAN AHMAD MAHMUD MENINGGAL DUNIA

Budiey BlogSeniman seangkatan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Datuk Ahmad Mahmood atau lebih dikenali sebagai Ahmad Mahmud, 85, meninggal dunia malam ini akibat penyakit buah pinggang.

Anaknya, Rogayah berkata bapanya menghembuskan nafas terakhir pada pukul 10 malam di rumah keluarganya di Kampung Tunku di sini.

Pelakon yang lahir pada tahun 1927 dan lahir di Rembau, Negeri Sembilan ini meninggalkan seorang balu, Datin Hadijah Mohamad, tiga orang anak dan sembilan cucu.

Seniman yang popular dengan watak Dr. Ismadi menerusi filem Ibu Mertuaku itu menerima rawatan di Pusat Perubatan Pantai, Bangsar sejak 22 Julai lepas sebelum dibawa pulang ke rumahnya.

“Bapa menghidap penyakit buah pinggang sejak tujuh tahun lepas dan baru sepuluh hari berada di rumah selepas dirawat di Pusat Perubatan Pantai,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Zohor esok.

Ahmad Mahmud memulakan kerjayanya seawal tahun 1951 sebagai pelakon utama dalam filem Matahari. Dengan memiliki wajah tampan, Ahmad Mahmud pernah memegang watak sebagai Hang Jebat dalam filem Hang Tuah pada tahun 1956 bersama P.Ramlee. Sehingga kini, Ahmad Mahmud telah berlakon dalam lebih 20 filem, antaranya Istana Impian, Hang Tuah, Ibu Mertuaku, Dayang Senandung, Isi Neraka, Raja Bersiong dan Lela Manja.

Ahmad Mahmud pernah terlibat sebagai pengarah, penerbit, cerita dan lakon layar asal dalam empat buah filem iaitu Mama Oh Mama (1981), Dendam Dari Pusara (1983), Mei 13 dan Komplot (1984).

Ahmad Mahmud juga dinobatkan sebagai Pelakon Terbaik di Festival Filem Malaysia ketiga pada tahun 1983 menerusi filem Dendam Dari Pusara arahan beliau sendiri.

Budiey dan pembaca Sensasi Selebriti mengucapkan salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham Ahmad Mahmud. Moga rohnya dicucuri rahmat Yang Maha Esa.

Tags:

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Pelakon Tony Kassim Meninggal Dunia
  • Nasir Anak P Ramlee Meninggal Dunia Petang Tadi
  • Takziah: Isteri Ahmad Jais Meninggal Dunia
  • Sinopsis LAGENDA Laila Majnun Episod 6
  • Isteri Sabri Yunus Meninggal Dunia
  • Gambar Aksi ‘Panas’ Ziela Bakarin & Mahmud Ali Basha
  • Komposer Zubir Ali Meninggal Dunia
  • Ayah Achik Spin Meninggal Dunia
  • W.S. Rendra Meninggal Dunia
  • Lagu Ciptaan Loloq Hero Wayang Single Pertama Siti Sairah



  • 6 Komen untuk entri “SENIMAN AHMAD MAHMUD MENINGGAL DUNIA”

    1. Obefiend kata:

      sad day. takziah kepada family ahmad mahmud. the best raja bersiong ever. hampir ramadhan lagi

      innalillah

    2. Imadean kata:

      innalillah…… moga rohnya dicucuri rahmat!!!

    3. Qamal kata:

      Inalillah….semoga roh dicucuri rahmat. Amin.
      Seorang pelakon yang sangat berbakat yang dilahirkan di N9.
      The best Jebat ever likewise.

    4. naNaku kata:

      Al-Fatihah…salam takziah buat keluarganya…semoga rohnya dicucuri rahmat juga ditempatkan bersama-sama org yg beriman…AMIN..selamat jalan dr.ismadi… :(

    5. babygurlz kata:

      AL-Fatihah….salam takziah untuk seluruh ahli keluarga Ahmad Mahmud …I hope rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama-sama dgn org-org yg beriman………….AmIn…………..

    6. zaidi0.08 kata:

      semoga rohnya dicucuri rahmat..

    =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Hits & Statistic





    View Blog Stats







    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK





    Nantikan MOVIE DAY OUT BERSAMA PEMBACA - FILEM EVOLUSI KL DRIFT tak lama lagi!