Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)















[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]






SENARIO IKAN DI LAUT, ASAM DI DARAT LAKONAN LEEZ AF, ALMY NADIA

SENARIO, merupakan salah satu program yang paling lama bertahan di rangkaian televisyen TV3. Setelah sekian lama bertapak di industri hiburan tanahair, sekali lagi kumpulan lawak nombor satu Negara, Senario kembali dengan Senario musim baru yang akan menemui penonton setia TV3 setiap Jumaat, mulai 16 Mei 2008, jam 9.00 malam.

Berbeza dengan musim-musim yang terdahulu, Senario musim baru ini akan menampilkan kelainan yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Jika dahulu konsep program berbentuk sitkom, dan rakaman dijalankan secara langsung di dalam studio di hadapan penonton, Senario musim baru ini memperlihatkan konsep yang telah diubah kepada program bersiri. Musim baru ini, Senario mempersembahkan siri komedi “Ikan di Laut, Asam di Darat” yang mana pengambarannya dijalankan di luar studio. Sebahagian besar pengambaran telah dijalankan di Pengkalan Balak dan kampung-kampung sekitar Masjid Tanah, Melaka. Masih mengekalkan Azlee, Mazlan dan Wahid sebagai pelakon utama, siri komedi 14 episod ini juga turut menampilkan pelakon-pelakon handalan tanah air seperti A.R Badol, Ebby Yus, Fadhilah Mansor, Rebecca Muslim, Leez AF, Almy Nadia dan Ifa Radziah.

Menurut penerbit yang juga selaku pengarah dan penulis skrip komedi “Senario: Ikan di Laut Adam di Darat”, Zulkeflee Mohd Said, walaupun berbeza konsepnya, Senario musim baru ini masih mengekalkan ciri-ciri lawak jenaka yang mempunyai mesej yang hendak disampaikan penonton dalam setiap episod. Apa yang menarik, memandangkan ianya program bersiri, maka penonton akan dapat melihat perkembangan setiap watak dengan aksi-aksi lucu yang pastinya mencuit hati menjadikan siri ini lebih mantap.

“Kami cuba membawakan kelainan menerusi Senario musim baru ini yang mana menerusi Senario dalam bentuk bersiri ini, penonton akan berpeluang menyaksikan perkembangan setiap watak dalam siri ini. Di samping itu, dengan jalan cerita yang menarik dan keberkesanan setiap watak yang dilakonkan di samping adegan-adegan lucu setiap pelakon, Senario musim baru ini akan memberi lebih kepuasan kepada penonton dan akan membuatkan mereka ternanti-nanti episod yang selanjutnya.”

SINOPSIS SENARIO IKAN DI LAUT, ASAM DI DARAT
Senario: Ikan di Laut, Asam di Darat mengisahkan 3 jejaka Zaham (Azlee), Salim (Mazlan) dan Azli (Wahid) yang tinggal di Kg. Asam Sepat. Zaham mengusahakan bengkel motor, Salim pula merupakan seorang pemandu teksi, manakala Azli pula seorang kerani di pekan Kg. Asam Sepat. Ketiga-tiga jejaka ini merasakan bahawa telah tiba masa untuk mereka mencari pasangan hidup, namun setiap kali mencuba mereka gagal. Namun keadaan berubah apabila keluarga Che Peah berpindah ke kampung tersebut. Che Peah (Fadhilah Mansor) merupakan seorang janda yang mempunyai 3 orang anak gadis yang cantik jelita bernama Linda (Rebecca Muslim), Leha (Leez AF) dan Lina (Almy Nadia).

Sejak itu, ramai pemuda-pemuda di kampung tersebut cuba memikat anak gadis Che Peah termasuklah Zaham, Salim dan Azli. Pak Solihon (A. R Badol) yang merupakan seorang yang kaya raya tetapi kedekut juga tidak ketinggalan cuba memikat Linda. Keadaan bertambah kecoh apabila Zaham, Salim dan Azli terpaksa bersaing dengan tiga lagi pemuda Leman (Abby Yus), Daud (Ropi Cecupak), dan Selamat (Munir Zainal). Dalam pada itu Kak Jah Radio (Ifa Radziah), seorang janda yang menaruh hati terhadap Pak Salihon, sering kali menyebarkan cerita di dalam kampung tersebut akibat cemburu kerana menyangkakan Pak Salihon mencintai Che Peah. Keadaan menjadi kecoh dengan pelbagai adegan-adegan lucu dan mencuit hati terjadi apabila setiap orang cuba memainkan peranan masing-masing demi mencapai cita-cita mereka. Apakah yang terjadi kepada mereka semua? Berjayakah mereka memikat orang yang tersayang?

Bagi mengetahui kisah selanjutnya, pastikan anda tidak ketinggalan menyaksikan musim baru “Senario: Ikan di Laut, Asam di Darat”, setiap Jumaat, jam 9.00 malam mulai 16 Mei 2008, terbaik hanya di TV3!


 

Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Almy Nadia di Pra Tonton Filem Rasukan Ablasa
  • Gambar Almy Nadia dan Fizow
  • Drama Senandung Si Dayang
  • Gambar Hazama, Farhan & Leez AF @ Raja Lawak Final
  • Akukah Tanggang & Mahsuri Bakal Ditayangkan di TV3
  • Que Haidar Buka Bisnes Ikan Masin
  • 25 Selebriti Peraga Baju T Ulangtahun TV3
  • Gambar Fasha Sandha Berkemban Dalam Filem Skrip 7707
  • Drama Air Mata Elly Mazlein dan Almy Nadia Dalam Ranjau Berduri
  • PROFILE ZUHRI First Single Album LAGU PENGHARAPAN



  • =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:














    Hits & Statistic





    View Blog Stats







    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK





    Nantikan MOVIE DAY OUT BERSAMA PEMBACA - FILEM EVOLUSI KL DRIFT tak lama lagi!