in ,

Senario Asam Garam Menguasai Kutipan Box Office

Filem terbaru terbitan Metrowealth Pictures, Senario Asam Garam (SAG) arahan Hatta Azad Khan terus menguasai kutipan Box Office filem Melayu Aidilfitri tahun ini.. Survey yang dijalankan di pawagam-pawagam seluruh Malaysia menunjukkan SAG jauh meninggalkan pesaingnya untuk 4 hari tayangan sejak 9 Sep lalu.

Filem SAG mengisahkan pesaingan antara Pak Adam lakonan Azlee Senario dan Asam (Zaibo) dlm perniagaan dan perebutan cinta janda cantik beranak 1 iaitu Hawa (Julia Hana). Pelakon lain yang turut membintangi adlh Lan Pet Pet, Sathia, Fimie Don, Adeline Tsen, Nadia Mustafa dan ramai lagi.

Senario ini membuktikan bahawa filem-filem Senario masih relevan dan mampu memikat hati penonton pelbagai lapisan masyarakat. Tinjauan di pawagam memperlihatkan penonton dari kalangan remaja dan seisi keluarga tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan SAG sebagai aktiviti hiburan keluarga.

Filem SAG ini juga membuktikan Hatta Azad Khan masih berbisa menghasilkan filem bercorak komedi dan MIG bersama beliau telah menyiapkan filem ke2 berjudul Kembar Siang dan akan menghasilkan filem ketiga penghujung tahun ini.

MIG mengharapkan sokongan padu penonton berterusan terhadap Senario Asam Garam dan filem2 MIG lain. Antara filem yang bakal ditayangkan adalah Jangan Pandang Belakang Congkak (7 Okt), Cuti2 Cinta (21 Okt), Ngangkung (25 Nov), Aku Masih Dara (16 Dis). Beberapa filem lain masih hanya menanti tarikh tayangan.

Senario Asam Garam Hot  5

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Serina Redzuawan Selamat Melahirkan Anak Sulong

Ghost 2 Won Seoul International Drama Awards 2010