in ,

Senarai Top 5 Golden Awards 2012

SENARAI TOP 5 GOLDEN AWARDS KINI SEDIA DIDEDAHKAN!

Selangkah lagi mendekati malam kemuncak anugerah berprestij

Keputusan pencalonan TOP 5 akhir kini bakal diketahui. Golden Awards 2012 – anugerah berprestij dan diiktiraf di dalam industri televisyen Cina Malaysia telah mengumumkan senarai Top 5 pencalonan anugerah itu hari ini.

Pengumuman itu secara langsung membawa calon-calon yang tersenarai selangkah lagi ke hadapan sebelum pemenang bagi setiap anugerah yang dipertandingkan diumumkan pada malam kemuncaknya. Seperti yang telah diramalkan, saingan kali ini amat sengit diantara banyak hasil produksi bermutu serta bakat-bakat yang semakin menyerlah di dalam industri ini.

Mendahului dengan 7 pencalonan dalam senarai Top 5 bagi anugerah Drama Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Lagu Tema Terbaik, Pengarah Terbaik (2 pencalonan), dan Lakon-layar Asal Terbaik mengalahkan pencalonan drama-drama hebat lain adalah drama bersiri, The Adjusters.

Golden Awards Top 5 Nominatees & VVIPs

Ini diikuti dengan drama Footprints in the Sand dan A Time to Embrace yang masing-masing mendapat 6 pencalonan. Drama bersiri Forget Me Not pula mendapat 5 pencalonan secara keseluruhan. Kesemua drama-drama hebat ini bakal merebut anugerah Drama Terbaik pada malam kemuncaknya pada 22 September nanti di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Acara pengumuman pencalonan Top 5 itu diadakan di Menara KL hari ini sempena sidang media ke-3 untuk Golden Awards 2012. Ini juga merupakan pusingan kedua penjurian selepas senarai Top 10 yang diumumkan bulan Mei lepas. Sejumlah 23 anugerah bakal dipertandingkan dalam tiga kategori yang disediakan – Drama, Bukan Drama dan Pilihan Penonton.

Anugerah yang dianjurkan ntv7 itu bakal memberi pengiktirafan kepada hasil karya terbaik buat tenaga-tenaga kerja yang telah berpenat lelah sama ada di hadapan kamera mahupun di sebalik tabir.

image001

Selain memberi penghormatan kepada bakat-bakat tanahair, anugerah yang dianjurkan setiap dua tahun ini turut membawa industri televisyen Cina Malaysia ke tahap mutu yang lebih tinggi selain daripada menjadi anjakan baru buat pemenangnya di negara ini dan sebagai latar pencapaian mereka di luar negara.

Selepas tewas di tangan Melvin Sia dalam Golden Awards 2010 bagi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik, William San kembali pada tahun ini dengan memberi saingan kepada pencabar terdekatnya, Coby Chong. Kedua-dua mereka dicalonkan menerusi drama yang sama, Forget Me Not melalui peranan mereka sebagai adik beradik.

Pencalonan lain yang mampu menggugat mereka adalah Jack, Berg Lee dan Leslie Chai. Manakala bagi pencalonan teratas bagi anugerah Pelakon Wanita Terbaik sememangnya sudah diramal dengan Debbie Goh, Yenn Teoh, Chriss Tong, Remon Lim dan Tiffany Leong terpilih dalam senarai akhir itu.

Anugerah Pelakon Baru Terbaik pula menyenaraikan pelakon berbakat Adrian Tan yang bakal menemui lawannya yang semuda berusia 9 tahun – Crystal Lee serta bekas ratu cantik, Soo Wincci. Pertarungan hebat calon-calon hebat dalam anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pula membariskan pelakon berpengalaman seperti Chan Fong, Alvin Wong dan Laurance Teo.

Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik pula bakal menyaksikan perebutan sengit di antara bekas Pelakon Wanita Terbaik tahun lalu, Yeo Yann Yann dan bekas Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Golden Awards 2010, Seck Fook Yee di mana mereka menempatkan diri di pencalonan itu melalui dua drama lakonan masing-masing.

Antara yang bakal menarik perhatian adalah anugerah baru yang diwujudkan kali ini – anugerah Pengarah Terbaik – yang mencalonkan 5 orang pengarah berbakat termasuklah Jason Kok (A Time to Embrace), Tham Siew Ngoy (The Adjusters), Simon Long (The Adjusters, Kok Tizzy Haw (Injustice), dan Chan Wei Cheang (Goodnight DJ 2).

Yise Loo yang pernah dicalonkan untuk lagu tema dalam drama Footprints in the Sand dalam Anugerah Televisyen Asia ke 16 tahun lalu juga meraikan kejayaan dalam pencalonan Top 5 Golden Awards untuk Lagu Tema Drama Terbaik.

Kategori Bukan Drama juga turut tidak dilupakan dimana persaingan Top 5 turut menurunkan calon-calon kegemaran ramai. Rancangan Variasi dan Hiburan Terbaik telah menyenarai pendek Love in Seoul, Golden Awards 2010, Mandarin Battle Star Season 2, Ultimate Power Group Season 2 Grand Finale, dan The Perfect Gentleman untuk tahun ini. Bagi anugerah Pengacara Rancangan Variasi dan Hiburan Terbaik pula menampilkan Chan Wei Wei, Natalie Ng, Cheryl Lee, Jia Hui, dan Gary Yap di mana semuanya dilihat mampu memberi kejutan.

Rancangan Majalah Terbaik pula membariskan rancangan-rancangan berkualiti seperti Exodus 2011, Helping Hands, Finding Angels 2010, Offbeat Living, dan Heart Talk. Anugerah baru yang turut diwujudkan dalam kategori ini adalah Rancangan Festival Terbaik dan mepertaruhkan rancangan terpilih seperti Hungry Ghost Festival Special 2011, The Superb Match Makers, Winter Solstice 2010, Muslim in China 2011, dan Make Son in Law Right.

Selain 13 kategori bagi Drama dan Bukan Drama, penonton TV juga berpeluang untuk menentukan siapakah yang layak untuk memenangi kategori “Pilihan Penonton”. Kesemua pencalonan Top 10 untuk kategori “Pelakon Lelaki/Wanita Terbaik” dan “Pelakon Baru Terbaik” layak bertanding dalam anaugerah Pelakon Lelaki/Wanita Paling Popular; manakala pencalonan Top 10 bagi Pengacara TV Terbaik dalam kategori Bukan Drama juga akan terus layak untuk disenaraikan dalam anugerah Pengacara TV Paling Popular. Para penonton boleh mengundi pelakon dan pengacara kegemaran mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) atau menerusi laman sesawang rasmi Golden Awards yang dijalankan sejak 1 Ogos.sehingga 17 September nanti. Melalui SMS, penonton boleh menaip GAkod calon ke 33399 dimana caj RM0.50 dikenakan bagi setiap undian. Keputusan undian akan dipaparkan setiap minggu di laman rasmi pada setiap hari Rabu.

Sementara itu, Bengkel Golden Awards yang julung kalinya diadakan adalah bertujuan untuk mencari ramai lagi bakat baru untuk mempamerkan kebolehan mereka di dalam industri televisyen Cina Malaysia di Grand Lexis, Port Dickson pada 22-24 Jun yang lepas. Seramai 600 orang telah mendaftar namun hanya 80 orang calon terpilih sahaja berjaya menyertainya kerana ruang yang terhad. Ramai pengarah terkenal, penulis skrip dan pelakon serta mereka yang berkaitan industri ini dijemput menjayakan bengkel ini.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih kepada rakan-rakan dan para penaja termasuklah Toyota Camry yang hadir sebagai kereta rasmi dan penaja utama bagi acara Karpet Merah. Saya juga ingin menyatakan penghargaan khas kami kepada Poh Kong Holdings Berhad kerana menjadi barang kemas rasmi bagi Golden Awards 2012. Turut tidak dilupakan adalah stesen radio One FM yang terus kuat menyokong kami sebagai radio rasmi rancangan anugerah berprestij ini serta Pullman sebagai hotel rasmi. Semua ini mungkin mustahil tanpa sokongan daripada mereka,” kata Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan ntv7 & 8TV.

Saksikan juga pengacara dan pelakon hebat dari Singapura, Bryan Wong serta hos kegemaran Malaysia, Cheryll Lee yang bakal bergandingan untuk mengacarakan anugerah pada malam itu nanti.

Acara Karpet Merah Golden Awards akan bermula pada 7.00 malam dari lokasi sama manakala siaran langsung tertundanya akan disiarkan pada 7.30 malam hingga 8.00 malam. Rancangan anugerah itu pula akan disiarkan secara langsung pada pukul 8.30 malam dan tamat pada pukul 11.30 malam. Penonton juga boleh menontonnya secara online di laman rasmi www.ntv7.com.my/goldenawards dan bagi yang terlepas menontonnya boleh melayari www.tonton.com.my. Segala perkembangan berkaitan anugerah itu juga boleh diperolehi melalui akaun Facebook dan Twitter ntv7.

Peminat juga boleh menonton drama Top 5 terbaik melaui Tonton (www.tonton.com.my) secara percuma bermula 4 Julai sehingga 11 September.
– Goodnight DJ2: 4 – 17 Julai
– The Adjusters: 17 – 31 Julai
– A Time to Embrace: 1 – 14 Ogos
– Forget Me Not: 15 – 28 Ogos
– Footprints in the Sand: 29 August – 11 September

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.tonton.com.my atau hubungi 03-77266333. Sebarang pertanyaan juga boleh diemelkan kepada contactus@altmedia.my.

Siapakah yang bakal menjadi pemenang dalam semua anugerah yang dipertandingkan? Saksikan Golden Awards 2012 yang bakal bersiaran secara langsung pada 22 September ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hanya di Saluran Ceria Anda, ntv7.

Best Actor Top 5 Nominees - (L-R) Coby Chong & William San

Airin Zainul, Group GM of ntv7 & 8TV

Best Variety and Entertainment Programme Host Nominees (L-R) - Chan Wei Wei, Natalie Ng, Cheryl Lee, Gary Yap, Jia Hui

Best Theme Song Nominees - Henley Hii & Yise Loo

Best Newcomer Nominees - Crystal Lee, Soo Wincci, Adrian Tan, Thomas

Best Supporting Actor Nominees (L-R) - Chan Fong, Yap Chin Fong, Freddie Wong, Alvin Wong

Best Actress Top 5 Nominees - (L-R) Yenn Teoh, Chris Tong, Remon Lim, Tiffany Leong

Best Actor Nominees - (L-R) Zac Lee, Jack, Coby Chong, William San

Drama Category
D1 Best Drama
Title
Footprints In The Sand 足印
Forget Me Not 罪爱
A Time To Embrace 追影·筑梦
The Adjusters 稽查专用
Goodnight DJ 2 声空感应2

D2 Best Actor 最佳男主角
Title Nominee
Forget Me Not 罪爱 William San 辛伟廉
Forget Me Not 罪爱 Coby Chong 庄可比
I, My Brother 我和我的兄弟-恩 Jack 陈泽耀
The Adjusters 稽查专用 Zac Lee 李泽霆
Age Of Glory 2 情牵南洋 Leslie Chai 蔡河立

D3 Best Actress 最佳女主角
Title Nominee
Glowing Embers 炭乡 Debbie Goh 吴天瑜
Footprints In The Sand 足印 Yenn Teoh 张嘉殷
A Time To Embrace 追影·筑梦 Chris Tong 童冰玉
Forget Me Not 罪爱 Remon Lim 林奕廷
Injustice 血蝴蝶 Tiffany Leong 绰琦

D4 Best Supporting Actor 最佳男配角
Title Nominee
The Adjusters 稽查专用 Chan Fong 陈峰
The Seeds Of Life 渔米人家 Yap Chin Fong 叶清方
Time FM 时光电台 Alvin Wong 王骏
Footprints In The Sand 足印 Freddie Wong 王骏
Tribulations Of Life 浮生劫 Laurance Teo 张水发

D5 Best Supporting Actress 最佳女配角
Title Nominee
Footprints In The Sand 足印 Seck Fook Yee 释福如
Tribulations Of Life 浮生劫 Remon Lim 林奕廷
Time FM 时光电台 Yeo Yann Yann 杨雁雁
Age Of Glory 2 情牵南洋 Seck Fook Yee 释福如
A Time To Embrace 追影·筑梦 Yeo Yann Yann 杨雁雁

D6 Best Newcomer 最佳新晋演员
Title Nominee
Footprints In The Sand 足印 Crystal Lee 李馨巧
Time FM 时光电台 Adrian Tan 陈凯旋
Injustice 血蝴蝶 Soo Wincci 苏盈之
I, My Brother 我和我的兄弟-恩 Thomas 郭晓东
The Seeds Of Life 渔米人家 Joelin 黄缪怡

D7 Best Drama Theme Song 最佳电视剧主题曲
Title
A Time To Embrace 追影·筑梦
Footprints In The Sand 足印
The Adjusters 稽查专用
Injustice 血蝴蝶
The Seeds Of Life 渔米人家

D8 Best Director 最佳导演
Title Nominee
A Time To Embrace 追影·筑梦 Jason Kok 郭福华
The Adjusters 稽查专用 Tham Siew Ngoy 谭少偶
Injustice 血蝴蝶 Kok Tizyy Haw 郭贽豪
The Adjusters 稽查专用 Simon Long 龙德耀
Goodnight DJ 2 声空感应2 Chan Wei Cheang 陈伟昌

D9 Best Original Screenplay 最佳剧本
Title Nominee
The Adjusters 稽查专用 Chong Sheon Wei 张雄伟
Lum Lai Yep 林丽叶
The Kean Guan 郑建源
A Time To Embrace 追影·筑梦 Chan Yoke Yeng 陈钰莹
Tan Chee Hon 陈志鸿
Goodnight DJ 2 声空感应2 Chong Sheon Wei 张雄伟
Lum Lai Yep 林丽叶
The Kean Guan 郑建源
Forget Me Not 罪爱 Ang Siew Hong 翁秀红
Dennis Lai Chaing Ming 赖昌铭
Moo Siew Keh 巫绍棋
Time FM 时光电台 Woo Siew Yen 胡秀滢
Ong Hui Siah 王慧霞

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Bakal Suami Ella

Jurnal Renovation & Semua Excited Untuk Menang