Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)











[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]






Senarai Top 20 Peraduan Big Idea Primeworks Studio

20 IDEA TERPILIH UNTUK PERTANDINGAN “WHAT’S YOUR BIG IDEA”

Demi ‘Big Idea’, Laut China Selatan sekalipun tidak menjadi halangan. Selepas diberitahu  ideanya layak ke peringkat akhir Pertandingan “What’s your Big TV Idea” anjuran Primeworks Studios, seorang pelajar Malaysia di Jepun sanggup terbang pulang ke tanahair untuk bersaing bagi memenangi hadiah bernilai RM20, 000.

Pertandingan ini, yang dianjurkan sempena pelancaran Primeworks Studios Sdn Bhd, merupakan sebuah pencarian idea atau konsep rancangan televisyen yang asli dan bermutu. Ia merupakan  peluang terbaik bagi rakyat Malaysia yang kreatif dan inovatif sebagai platform untuk idea mereka diiktiraf dan diketengahkan oleh pihak yang mampu memperkembangkannya secara langsung.

Lebih dari 2400 penyertaan telah diterima untuk pertandingan ini, membuktikan bahawa  rakyat Malaysia tidak ketandusan idea-idea segar dan cemerlang. Malah dua individu telah menghantar lebih dari 30 penyertaan setiap seorang. Usaha dan daya kreatif mereka ternyata membuahkan hasil kerana dua daripada buah fikiran mereka telah diterima untuk ke peringkat akhir.

Secara keseluruhannya, setelah dinilai, 20 idea daripada 18 peserta telah layak ke pusingan akhir pertandingan ini. Enam daripadanya berbentuk drama manakala enam lagi adalah untuk rancangan realiti. Selebihnya terdiri dari tiga rancangan berbentuk ‘game show’, dua buah dokumentari, sebuah rancangan musikal dan sebuah rancangan bual bicara.

Pusingan akhir akan menyaksikan kesemua 20 ‘Big Idea’ di bentangkan di dalam sesi pembentangan khas bersama panel hakim Primeworks Studio yang di gelar ‘Seriously Big Bosses’. Panel ini terdiri daripada Ketua Pegawai Eksekutif rangkaian saluran Media Prima merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Television Networks, Dato’ Sri Farid Ridzuan, Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Berhad , En. Abdul Rahman Ahmad dan juga para ketua pegawai eksekutif stesen-stesen TV3, NTV7, 8TV dan TV9. Sesi khas ini akan diadakan pada 13 November 2008. Para peserta yang tersenarai-pendek akan menerima wang tunai RM 3,000 setiap seorang.

Di akhir pertandingan, peserta dengan idea asli paling kreatif dan segar yang berjaya menambat hati panel hakim akan dinobatkan sebagai pemenang utama dan bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 20, 000. Selain itu, peserta akan diberi penghargaan dalam bentuk ‘opening credit’ apabila ideanya diterbitkan nanti.

Tags: ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Pemenang Winner What’s Your Big TV Idea Primework
  • Senarai Pemenang Peraduan Konsert Tour Search Di Awan Biru
  • Senarai Pemenang Peraduan Menangi Tiket Wayang Filem THE LOVE GURU
  • Sekitar Pelancaran Primeworks Studios Sdn. Bhd
  • Pemenang Peraduan Mari Menonton Teater Muzikal Kanak-Kanak Aladdin
  • Peraduan Jom Menonton Filem HISTERIA
  • Senarai Pemenang Peraduan Menangi Tiket Wayang Filem Kuntilanak 3
  • Senarai Nama Pemenang Peraduan Hari Kekasih Bersama Imran Ajmain
  • Keputusan Peraduan Menangi Album EastToWest – Ning Baizura
  • Keputusan Pemenang Peraduan Jom Menonton Filem Punisher War Zone



  • 3 Komen untuk entri “Senarai Top 20 Peraduan Big Idea Primeworks Studio”

    1. obefiend kata:

      my idea was rejected

    2. jingo vera kata:

      alamak org ats ni..
      menggelab la beb..
      da idea awk 2 nonsense..
      xkn xreject lak an..

    3. firuz kata:

      it was a once in a life time experience. all the finalist are cool. had a great time on the pitching day. bagi yg tak dpt tahun ni, boleh cuba lagi tahun depan. dengar kata tiap2 tahun nak buat. good luck everyone.

    =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Hits & Statistic





    View Blog Stats







    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK





    Nantikan MOVIE DAY OUT BERSAMA PEMBACA - FILEM EVOLUSI KL DRIFT tak lama lagi!