Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Senarai Tajuk Lagu dalam Album Terbaru Kontemporari Tradisional Dato’ Siti Nurhaliza



Tahun ini, Dato’ Siti Nurhaliza tidak balik beraya di kampungnya di Kuala Lipis, Pahang. Memang lebaran tahun ini adalah giliran penyanyi popular tu beraya dengan suaminya yang terchenta di Kuala Lumpur.

Sebagaimana yang Budiey dapat tahu, Dato’ Siti Nurhaliza sedang sibuk dengan rakaman albumnya. Dengar cerita, komposer dan penerbit album tu dah memulakan kerja-kerja produksi album dan Siti Nurhaliza sekarang tengah tunggu lampu hijau untuk rakaman vokal di studio.

Album terbaru yang berkonsepkan kontemporari tradisional ini akan dijangka berada di pasaran pada akhir November atau awal Disember 2008. Yang pasti, album itu akan dipasarkan selepas album baru CODA dipasarkan. Kena ikut giliran, katanya.

Jadi, sekarang ini, proses untuk rakaman muzik di studio sedang berjalan. Setelah siap muzik siap, barulah rakaman vokal akan dijalankan. Budiey ingat nak tengok jugak Siti Nurhaliza rakam albumnya di studio… kalau diberi peluang memang nak tengok secara live. Hehe…

Budiey dapat tahu sebanyak 12 buah lagu akan termuat dalam album itu yang menggunakan 11 orang komposer dari Malaysia dari seorang komposer dari Indonesia.

Secara eksklusifnya untuk peminat Siti Nurhaliza semua… (Budiey rasa takde lagi media yang hebahkan pasal tajuk lagu terbaru Siti)… Jadi, Budiey lampirkan tajuk lagu-lagu yang akan dimuatkan dalam album terbarunya yang masih tak bertajuk itu di sini:

  1. Menanti Kasih (S. Atan)
  2. Seloka Budiey (Adnan Abu Hassan)
  3. Langit Masih Cerah (Radhi OAG)
  4. Senyum Minang Manis (Zul Mahat)
  5. Di Taman Teman (Fauzi Marzuki)
  6. Bulan Yang Mesra (Khairil Johari Johar)
  7. Di Kayangan Kita (Johari Teh)
  8. Bintang Malam (Johan Nawawi)
  9. Ada Masa Mata (M. Nasir)
  10. Rasa Antara Kita (Khairil Johari Johar)
  11. Cinta Ini (Katon Bagaskara)
  12. Jelmakanlah Ayumu (Lagu Pak Ngah)

Amacam? Mesti korang semua tak sabar nak tunggu album ini kan? Ianya menggabungkan irama kontemporari moden dan tradisional. Mesti meriah!

SNP merangkakan untuk jualan melebihi 100 ribu dan Budiey menjangkakan jualan akan lebih dari angka ini. Itu dah biasa… mesti lebih. Tapi jualan album kat Malaysia ni tak menentukan?

Budiey difahamkan juga, untuk tajuk album ini, Siti Nurhaliza membuka peluang terbuka kepada peminatnya untuk mencadangkan nama yang sesuai. Mungkin juga korang boleh hantarkan SMS kepada Siti untuk propose tajuk album ni. Sape yang terpilih akan menang hadiah. Cool tak?

Jadi, Budiey tanya Siti, apa istimewa album barunya ni? Jawab Siti:

  1. Gabungan komposer dan penulis lirik yang hebat, nama besar bertaraf lagenda dan berkaliber
  2. Mengekalkan unsur tradisional tetapi menyuntik elemen moden untuk kesesuaian pendengar semasa
  3. Sebuah album yang menitikberatkan kualiti produksi keseluruhannya.

Korang jangan tak beli… rugi tak beli. Beli jangan tak beli. Belilah barangan buatan Malaysia. Hehe!

Tags:

Tags: ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Eksklusif: Dato’ Siti Nurhaliza Promo Album Baru Lentera Timur
  • Gambar Studio Untuk Kulit Album Lentera Timur Part 2
  • Gambar Kulit Album Duet Dato’ Siti Nurhaliza & Krisdayanti
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Majlis Berbuka Puasa Yayasan JUSCO Malaysia
  • PRESS RELEASE LENTERA TIMUR ALBUM BARU DATO’ SITI NURHALIZA
  • Dato’ Siti Nurhaliza Jadi Cover Girl Majalah VOGUE
  • Rakaman Eksklusif Dato’ Siti Nurhaliza Bersama Peminat
  • Album Terbaru Siti Nurhaliza Hadiah Buat Hati Disember Ini!
  • Konsert Dato’ Siti Nurhaliza Akhir Tahun Ini?
  • Dato’ Siti Nurhaliza di Karpet Merah Anugerah Juara Lagu 25



  • 13 Komen untuk entri “Senarai Tajuk Lagu dalam Album Terbaru Kontemporari Tradisional Dato’ Siti Nurhaliza”

    1. SPORTY kata:

      Seloka Budiey tu ada kena mengena dengan Budiey Sensasi Selebriti ke lirik lagu tu??? hehehehe:-)

    2. shy kata:

      tau takpe kan SPORTY

    3. Khairee kata:

      muingkin lagu SELOKA BUDI… budiey aja yang melebih lebih kotr?? hahaha

    4. abby kata:

      macam best ni.

    5. amanfana kata:

      tutuplah aurat dengan sebaiknya. jgnlah jadikan tudung sebagai hiasan atau fesyen. seurat rambut klu nampak ibarat dibakar 60 thn dineraka. cuba kira brapa rambut ct dkepala..nauzubillah..dunia akhir zaman

    6. redanna kata:

      her style is really confusing…. perhaps, she even confuse of herself…. *sigh

    7. pingu kata:

      mcm ne nak laku? tajuk2 lagu je x sedap.. plak mcm tajuk lagu pop.. budiey saje nak kenakan kita ni.. ntah ape2 ntah.. nak publisiti murah la tu.. biar siti puji nanti dapat sponsor budiey g buat umrah lak..

    8. june kata:

      blum terbuka hati nak tutup betul lah ler tu..kang tutup habis nmpk mata jer hahahaha…

    9. bluerose kata:

      i think she is confuse of herself..she has an identity crisis within..pls la ct kata nak pakai “tudung” so pakailah tudung. and yup mmg tajuk lagu-lagu tu tak sedap lgsg kenapa budiey? betul ke tu tajuk-tajuknya?

    10. tika saat ini kata:

      sedap pe tajuk2 tu….

    11. kumak kata:

      choi lagu radhi OAG xda.. memang choi sangat….

    12. fatin nadia kata:

      KAKAK SITI MEMANG HEBAT.SUARA NYA PULA MERDU.SAYA ADALAH PEMINAT KAKAK SITI.SAYA TERINGIN MENJADI ARTIS @ BERLAKON SEPERTI KAKAK SITI.ASSALAMMUALAIKUM….

    13. ct kata:

      i like the all 0f s0ng..!!
      sm0ga mju jaya ya..
      lurve u kak ct…!!!!

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK