in ,

Senarai Selebriti Popular Yang Hadir di Bazar Syukur Selalu Johor Bahru

Bazar Syukur Selalu sebar mesej positif di Johor Bahru. Minggu lalu Bazar Syukur Selalu baru sahaja ke Pahang dan kini jelajah bazar itu diteruskan ke lokasi kedua di tempat letak kereta A, Angsana Johor Bahru Mall, Johor. Bazar itu bersempena dengan kempen Syukur Selalu yang diangkat sebagai kempen Ramadan dan Raya oleh Media Prima Berhad. Lokasi persinggahan kali ini tetap meneruskan tujuan utama kempen itu iaitu menyebarkan mesej positif kepada rakyat Malaysia untuk melahirkan rasa keinsafan, bersyukur dan menghargai segala nikmat yang masih dikecapi serta menzahirkan kebahagiaan mereka dengan cara tersendiri.

Senarai Selebriti Popular Yang Hadir di Bazar Syukur Selalu Johor Bahru

Siapakah Duta Syukur Selalu Yang Bakal Hadir?
Ahmad Fedtri Yahya, Aeril Zafrel, Zara Zya, Shukri Yahaya, Izreen Azminda, Fizo Omar, Fadlan Hazim dan Kaka Azraff

Siapakah Barisan Artis Yang Bakal Turut Serta?
Dayang Nurfaizah, Ammar Ashraf, Altimet, Ika Nabila, Farahdhiya, Sherry Ibrahim, Reza Hasbi, Azmil Mentor dan ramai lagi

Antara aktiviti-aktiviti menarik yang berlangsung di sekitar bazar itu adalah sesi gotong-royong untuk menyediakan juadah berbuka puasa oleh para personaliti TV3 dan TV9. Para personaliti yang bakal berada di gerai gotong-royong ini adalah Zaim Helmi Zaini (MHI), Hazrena Mohamed Kassim (WHI), Ally Iskandar (MHI), Ezreena Amir Hamzah (TV3), dan Zuhairah Mustafa Al-Husin (Berita TV9). Antara juadah yang bakal disediakan adalah Asam Pedas Johor dan Laksa Johor. Manakala bubur lambuk pula bakal diagihkan secara percuma kepada para pengunjung.

Selain itu, Duta Syukur Selalu tidak ketinggalan turun padang untuk bersama warga negeri Pahang. Antaranya ialah Ahmad Fedtri Yahya, Aeril Zafrel, Zara Zya, Shukri Yahaya, Izreen Azminda, Fizo Omar, Fadlan Hazim dan Kaka Azraff. Malah pemenang Vokal Terbaik di Anugerah Juara Lagu ke-29 iaitu Dayang Nurfaizah juga dijangkakan bakal turut serta selaku pelantun lagu tema Syukur Selalu yang turut dinyanyikan bersama Black.

Berikut ialah gerai-gerai dan artis-artis yang terlibat:

NAMA GERAI SELEBRITI MENU
TV3
1.       Pondok Kambing Opah Ammar AshrafMaira (Nona Manis) Kambing Opah Tergolek
2.       Jejak Madrasah Sahur Anwar AfiqUyaina (Nona Manis) Jejak Ayam PercikNasi Kerabu Madrasah
3.       Homestay Juara Lagi Achok ChilokChiwan Chilok Aneka Minuman Juara
4.       Gerobok Abang Sado Adibah YunusIdris Khan Gerobok Nasi TomatoNasi Ayam Kau Hado
5.       Isyarat Cinta Romeo Kota Reza HasbiIka Nabila Nasi Briyani Cinta Romeo
TV9
6.       Manisnya Bila Bujang Masuk Dapur Faiz TapawBalqish (Nona Manis) Sate BujangAneka Kuih Manis
7.       The Sound of Mad Markets AltimetEdora (Nona Manis) Mad Spaghetti BolognaisePuding Karamel
8.       Projek Meja Diva Ardell AryanaYuyu (Nona Manis) Murtabak DivaRoti JalaRoti John
9.       Laki Aku Drakula Street FaradhiyaSherry Ibrahim Mi/Mihun Sup Laki AkuSup Daging Drakula
10.   Galaksi Buskestra Azmil MentorFahmie Mentor Popiah GalaksiRojak Buah Buskestra

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Michael Learns To Rock Terpaksa Dilanjutkan

Sekitar Pelancaran Telefon Pintar vivo X5Pro di Malaysia