in

Senarai Selebriti di Larian Amal Feel Good Run 2013

[dropcap]M[/dropcap]enyertai larian yang melibatkan ramai orang awam di pagi hari pastinya menyeronokkan tatkala semua orang berkongsi perasaan ceria dan detik gembira bersama keluarga mahupun sahabat handai. Malah di dalam larian sebegini juga anda boleh menemui rakan baru yang berkongsi minat yang sama. Larian amal Feel Good Run 2013 yang dijadualkan pada 7 Julai di Sri Pentas nanti pastinya merupakan medan pertemuan terbaik buat semua pelari untuk saling bergembira bersama kenalan baru atau rakan karib. Lebih menarik larian itu juga bakal menyaksikan para selebriti tempatan turut serta berlari bagi memeriahkan lagi acara yang dinanti-nantikan itu.

Dengan seramai lebih 80 selebriti yang menyertai larian amal itu tahun ini, para peminat pastinya lebih bertuah kerana dapat meluangkan masa bersama selebriti kegemaran mereka. Ini adalah kerana tahun ini para selebriti bakal bersama-sama menyertai laluan larian yang lebih jauh iaitu 7KM berbanding 3KM untuk kategori selebriti tahun lepas.3

[pullquote align=”right”]Seiring dengan sambutan ulang tahun ke-15 ntv7, Feel Good Run 2013 bakal menampilkan barisan selebriti tanahair yang mantap yang turut serta untuk beramal. Lari Bersama Lebih 80 Selebriti Terkenal Di Larian Amal Feel Good Run 2013![/pullquote]

Buat para peminat pelakon drama bersiri tempatan Cina, mereka pastinya gembira kerana berlari bersama mereka adalah sejumlah 15 orang pelakon ternama seperti Debbie Goh, Leslie Chai, Frederick Lee, William San, Adrian Tan, Aenie Wong, Alvin Wong, Ong Ai Leng, Kyo Chen, Lawrence Wong, Jan Chin, Karena Teo, Ernest Chong, Shuben Low dan Jeffrey Cheng.

FGR 2013 - Celebs Group Pic

Bagi sesetengah selebriti pula, Feel Good Run adalah masanya untuk mereka dan seisi keluarga meluangkan masa bersama-sama. Antara yang mengambil peluang ini adalah si jelita Aishah Sinclair yang berlari bersama ayahnya yang sentiasa menjadi pendorong kepada Aishah untuk kekal cergas dan sihat. Manakala Nazrudin Rahman, pelakon dan pengemudi rancangan temubual pagi ntv7, The Breakfast Show akan berlari bersama isterinya yang juga personaliti TV, Sheahnee Iman Lee dan dua orang anaknya untuk saat kualiti mereka bersama. Pemenang anugerah Bella Creative Awards di Bella Awards 2013 baru-baru ini, Low Ngai Yuen juga julung kali menyertai larian itu bersama keluarganya.

Feel Good Run 2013 juga akan dimeriahkan oleh kenakalan pengacara 8TV Quickie seperti Adam Zain, Megan Tan, Naqib Nadhir, Nadia Nash dan Brandon Ho. Selain itu, Baki Zainal (pengacara Step Forward, 8TV), Natalie Ng (pengacara 8e-news) serta pengacara tampan Adrian Jalaludin tidak ketinggalan untuk menjayakan larian itu.

Bagi pendengar setia radio Fly FM, Hot FM dan one FM, inilah masanya mereka mengenali lebih rapat penyampai radio yang turut serta setelah mendengar suara-suara mereka di corong radio sebelum ini. Antara yang bakal anda lihat di garisan pelepasan nanti adalah Hafiz Hatim dan Hani Hatim dari Fly FM. Penyampai radio terkenal Malaysia, – Fara Fauzana dan Mohd Faizal Ismail (FBI) dari Hot FM. Manakala Jack Yap dan Wayne Thong akan mewakili one FM pada larian 7 Julai itu nanti.

Antara personaliti TV yang bakal berpeluh bersama pelari-pelari Feel Good Run 2013 adalah perantara 7 Edition, Adriana Aris, Praevitriana Yuliawiratman, Azleena Najri; Edisi 7, Linda Salim, Jasmine Abu Bakar, Fazilah Hani Harun; Mandarin 7, Tiang Kah Chee, Peh Kien Min, Yong Yu Xi, Ooi Choong Han dan Oh Seow Pheng serta personaliti-personaliti dari rangkaian TV Media Prima yang lain.

“Inilah yang uniknya mengenai larian amal Feel Good Run di mana acara ini juga disertai para selebriti sebagai tanda sokongan mereka terhadap niat murni ini dan memberi peluang kepada orang ramai untuk bertemu dan berlari bersama selebriti kegemaran mereka. Peluang dan pengalaman seperti ini pastinya sukar diperolehi,” kata Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan ntv7 & 8TV.

“Penyertaan para selebriti merupakan salah satu tumpuan pada setiap tahun dan lebih istimewa tahun ini apabila stesen ntv7 menyambut ulang tahunnya yang ke 15. Para pelari juga boleh bergembira dengan pelbagai aktiviti yang telah dirancang di akhir garisan penamat (Central Park, One Utama) seperti persembahan pentas, aktiviti kutipan amal, pelbagai gerai daripada penaja dan rakan kami, cabutan bertuah dan bermacam-macam lagi. Orang awam juga dijemput hadir untuk memeriahkan aktiviti di garisan penamat pada 7 Julai itu,” tambah Airin.

Untuk maklumat lanjut mengenai Feel Good Run 2013, layari www.ntv7.com.my/feelgoodrun atau ikuti Facebook ntv7 (www.facebook.com/ntv7.feelgood) dan Twitter (www.twitter.com/ntv7). Bagi pengguna Twitter dan Instagram anda digalakkan menggunakan hashtag #ntv7fgr dan #dogoodfeelgood – di dalam semua perbualan berkaitan di platform media sosial.

Pasukan Berita & Hal Ehwal Semasa ntv7 juga akan menerbitkan rancangan istimewa “Feel Good Run 2013 Special” yang bakal disiarkan pada 18 Julai 2013 pada jam 7.30 malam yang bakal membawakan kupasan menarik larian itu.

PESANAN DARIPADA JAWATANKUASA FEEL GOOD RUN 2013:
Mengambil kira keadaan jerebu yang melanda negara ketika ini, kami akan memantau secara dekat Indeks Pencemaran Udara untuk memastikan faktor kesihatan di ambil kira. Sebarang pengumuman akan dibuat oleh ntv7 pada 4 Julai (Khamis) sekiranya terdapat apa-apa perubahan.
Senarai Selebriti/Personaliti Feel Good Run 2013:
No. Selebriti/Personaliti Penerangan
1 Natalie Ng Pengacara 8TV 8 e-news
2 Naqib Nadhir Pengacara 8TV Quickie
3 Adam Zain Pengacara 8TV Quickie
4 Nadia Nash Pengacara 8TV Quickie
5 Megan Tan Pengacara 8TV Quickie
6 Brandon Ho Pengacara 8TV Quickie
7 Baki Zainal Pengacara 8TV Step Forward
8 Kyo Chen Pelakon
9 Lawrence Wong Pelakon
10 Frederick Lee Pelakon
11 Adrian Tan Pelakon
12 Jeffrey Cheng Pelakon
13 Alvin Wong Pelakon
14 Leslie Chai Pelakon
15 Shuben Low Pelakon
16 Carliff Carleel Pelakon
17 Ernest Chong Pelakon
18 Tam Suhaimi Pelakon dan Pengacara TV
19 Aenie Wong Pelakon
20 Ong Ai Leng Pelakon
21 Debbie Goh Pelakon
22 Jan Chin Pelakon
23 Karena Teo Pelakon
24 Lim Ching Miau Pelakon
25 Cindy Chen Pelakon, Penyanyi dan Pengacara TV
26 Amelia Liew Huann Ran Finalis ATV Miss Asia Pageant Malaysia 2011
27 Cassandra Athene Patrick Finalis ATV Miss Asia Pageant Malaysia 2012
28 Carlie Lai Pemenang ATV Miss Asia Pageant Malaysia 2012
29 Chong Nah Kong Komposer
30 Acis Komposer
31 Hani Hatim Penyampai Radio Fly FM Radio
32 Hafiz Hatim Penyampai Radio Fly FM
33 Mohd Faizal bin Ismail (FBI) Penyampai Radio Hot FM
34 Fara Fauzana Penyampai Radio Hot FM
35 Deen Penyampai Radio Hot FM
36 Nadeera Allysha Hos Media Prima Bananana!
37 Nurnatasha Shahrizan Hos Media Prima Bananana!
38 Abdul Hadi Abdul Mazlan Hos Media Prima Bananana!
39 Nazshariella Abdullah Hos Media Prima Bananana!
40 Gabriella Robinson Miss Tourism International 2011
41 Thanuja Ananthan Miss World Malaysia 2009
42 Azleena Najri Penyampai ntv7 7 Edition
43 Adriana Aris Penyampai ntv7 7 Edition
44 Previtriana binti Yuliawiratman Penyampai ntv7 7 Edition
45 Eean Pengacara ntv7 Aunty Must Go Crazy
46 Daphne Iking Pengacara ntv7 Bella
47 Jasmine Abu Bakar Penyampai ntv7 Edisi 7
48 Charles Mohan Penyampai ntv7 Edisi 7
49 Fazilah Hani Harun Penyampai ntv7 Edisi 7
50 Melissa Ong Penyampai ntv7 Edisi 7
51 Linda Salim Penyampai ntv7 Edisi 7
52 Peh Kien Min Penyampai ntv7 Mandarin 7
53 Oh Seow Pheng Penyampai ntv7 Mandarin 7
54 Tiang Kah Chee Penyampai ntv7 Mandarin 7
55 Yong Yu Xi Penyampai ntv7 Mandarin 7
56 Ooi Choong Han Penyampai ntv7 Mandarin
57 Hafreez Aizat Pelakon ntv7 Tanah Merah
58 Aishah Hoo Pelakon ntv7 Tanah Merah
59 Sasha Bashir Pengacara ntv7 The Breakfast Show
60 Lisa Wong Pengacara ntv7 The Breakfast Show
61 Aishah Sinclair Pengacara ntv7 The Breakfast Show
62 Nazrudin Rahman Pengacara ntv7 The Breakfast Show
63 John Lee Finalis ntv7 The Perfect Gentleman
64 Joel Sih Pemenang ntv7 The Perfect Gentleman
65 Chong Kar Yan Penyampai berita one FM News
66 William San Penyampai Radio one FM
67 Wayne Thong Penyampai Radio one FM
68 Jack Yap Penyampai Radio one FM
69 Chris Dalton Personaliti
70 Zan Azlee Penerbit, Pengarah
71 Pink Tan Penyanyi
72 Amy Wang Penyanyi
73 Will Ng Penyanyi
74 Soo Wincci Penyanyi, Hos TV, Pelakon & Miss World Malaysia 2008
75 Mei Sim Pengacara TV
76 Adrian Jalaludin Pengacara TV
77 Low Ngai Yuen Pengacara TV, Pelakon dan Penerbit
78 Sheahnee Iman Lee Personaliti TV
79 Azrinaz Mazhar Hakim Personaliti TV
80 Hasnida Hanim Penyampai Sukan TV3
81 Tabah Sazwan Penyampai Sukan TV3

Leslie Chai - Actor

Debbie Goh - Actress

Adrian Tan - Actor

Jan Chin - Actress

Nazrudin Rahman - ntv7 The Breakfast Show Host

Baki Zainal

Jack Yap - one FM  Radio Announcer

Charles Mohan - ntv7 Edisi 7 newscaster

Lisa Wong - ntv7 The Breakfast Show Host

Fara Fauzana - Hot FM Radio Announcer

Adriana Aris - ntv7 7 Edition Newscaster

Adam Zain - 8TV Quickie Host

Low Ngai Yuen - Celebrity & Personality

Hani Hatim - Fly FM Radio Announcer

Thanuja Ananthan - Celebrity & Personality

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Betul Ke Elyana Mengidap Kanser?

Maxis Lancar Pelan Internet Data Mudah Alih Melalui Opera Mini