in

Senarai Program Terhangat 2008 di 8TV

8TV menjanjikan program-program baru dan lebih menarik.
Berita menarik kepada semua peminat dan penonton stesen TV siaran percuma terhangat di Malaysia! Untuk tahun baru ini, 8TV telah menyediakan senarai program terbaru untuk memenuhi selera penonton.

Merupakan rangkaian stesen TV yang semakin meningkat di Malaysia, 8TV menampilkan gabungan program terhangat Hollywood dan Asia termasuk siri-siri terbaik tempatan yang mampu menarik perhatian remaja urban dan penonton kaum Cina.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif 8TV, Ahmad Izham Omar:

“Untuk tahun baru 2008 ini, 8TV akan menampilkan pelbagai rangkaian program menarik untuk disiarkan. Dengan kempen rangkaian pemasaran yang sedang dijalankan, kami ingin mengingatkan peminat dan penonton setia 8TV mengenai keunikan program-program yang telah disediakan. Kami ingin memberikan impak dalam industri ini. Untuk merealisasikan impian ini, penonton kami akan disajikan dengan program-program antarabangsa yang terbaik dari seluruh dunia secara percuma dan rancangan tempatan yang menghiburkan disamping melahirkan bakat-bakat baru.”

Menurut Izham, rancangan TV pada 2008 adalah yang terbaik dan akan membuat penonton terus menonton program-program yang telah disediakan setiap minggu.

Program pencarian bakat baru, One In A Million kembali untuk musim kedua selepas menerima komen dan respon baik untuk musim pertamanya.  Ia mula bersiaran pada 21 Disember 2007 yang lalu, mencungkil bakat-bakat baru untuk industri muzik tanahair.

Program terbitan 8TV lain untuk siaran tahun ini seperti Ghost, The 8TV Quickie, Trippin’, So You Think You Can Dance (Musim Kedua), Alam’s Story, Cheerleader dan Kan Cheong Kitchen, Kami The Movie dan Who Wants To Be A Superhero Malaysia.

Tidak ketinggalan 8TV telah menyediakan program-program hangat dari Hollywood, seperti American Idol (musim ketujuh), Sarah Corner Chronicles, Reaper, Pushing Daisies, Gossip Girl, Janice Dickinson Modelling Agency, Who Wants To Be a Superhero, Beverly Hills dan Burn Notice.
 
Tidak lupa juga kepada program-program yang akan menemui anda dengan musim baru seperti Criminal Minds (musim ketiga), Prison Break (musim ketiga), Naval Criminal Investigative Service -NCIS (musim keempat), Ugly Betty (musim kedua), Battlestar Galactica (musim ketiga)  dan Desperate Housewives (musim keempat).

Bagi memenuhi kehendak penggemar program terhebat berbahasa Cina, 8TV dengan bangganya mempersembahkan rancangan-rancangan terkini dari Hong Kong, China, Korea  dan Taiwan seperti Royal Tramp, Hello, My Lady!, Huo Yuan Jia, Nodane Cantible, My Best Pal, Prince Hours, Coffee Prince, Operation Love, The Big Bang Show, dan Guinness Show in China.

Tidak lupa juga kepada program bahasa Cina terbitan tempatan yang mana 8TV turut menerbitkan program-program seperti Ho Chak! Unveil The Truth, Step Forward, 8 E-News, Double Triple or nothing, 8 Style, Mandarin News, Goodnight DJ dan Project Superstar yang kembali dengan musim ketiga. Anda juga bakal menyaksikan bakat-bakat dan muka-muka baru bagi menghiasi kaca TV anda.

Di antara pengacara dan selebriti yang hadir pada sidang akhbar pada hari ini termasuk Cheryl Samad, dan Naz (pelakon siri Ghost) dan Rina, Razif, Belinda dan Aishah (pengacara 8TV Quickie).

Selain itu, pengacara dan selebriti cina seperti Rickman Chia (Ho Chak!), Desmond Tey (Unveil The Truth), Dylan Liong (Step Forward), Natalie Ng (8 E-news), Ping Ping dan Jeffrey (8 Style), Owen Yap, Yee Ling dan Li Li (Mandarin News), Cheryl Lee (Project Superstar), Phirence dan Mei Sim.

Akhir sekali, Izham percaya dengan kepelbagaian program yang telah disediakan akan memenuhi citarasa setiap penonton.

Pastikan anda tidak ketinggalan menyaksikan program-program baru dan bersedia untuk mengecapi pengalaman baru bersama 8TV.

[tags]Ghost, The 8TV Quickie, Trippin’, So You Think You Can Dance (Musim Kedua), Rickman Chia (Ho Chak!), Desmond Tey (Unveil The Truth), Dylan Liong (Step Forward), Natalie Ng (8 E-news), Ping Ping dan Jeffrey (8 Style), Owen Yap, Yee Ling dan Li Li (Mandarin News), Cheryl Lee (Project Superstar), Phirence dan Mei Sim, Alam’s Story, Cheerleader, Kan Cheong Kitchen, Kami The Movie, Who Wants To Be A Superhero Malaysia[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jogadanz Band di Hard Rock Café, Kuala Lumpur

Hans Isaac Rela Bawa Filem CUCI Masuk Hospital?