in

Senarai Program ntv7 Sempena Hari Raya Aidilfitri 2012

ntv7 – Menemani Anda Sekeluarga dengan Seleksi Rancangan Raya Istimewa

Memasuki tahun ke 14-nya, Saluran Ceria Anda, ntv7 bakal menemani para penonton setia musim perayaan ini dengan pelbagai seleksi rancangan menarik seperti filem hebat, rancangan variasi hiburan, siri muzik khas, dokumentari serta pengisian dari kandungan tempatan.

Tahun ini, ntv7 meraikan Hari Raya dengan tema “Rasa Raya, Rasa Ceria” melalui filem hebat seperti “Prime”, yang mengetengahkan genre komedi romanti lakonan pelakon veteran Holllywood, Meryl Streep, “A Better Tomorrow II”, filem lakonan pengarah terkenal, John Woo lakonan mantap Chow Yun Fatt serta siri filem animasi – Nobita’s Mermaid Legend dan The New Record of Nobita: Spaceblazer yang pastinya sesuai buat tontonan anda sekeluarga. ntv7 yang memang terkenal dengan slot rancangan temubual wanta, Bella yang dihoskan oleh Daphne Iking, Elaine Daly dan Vanessa Chong serta rancagan wawancara menarik – The Breakfast Show – dihoskan oleh Nazrudin Rahman, Aishah Sinclair, Lisa Wong, Rashid Salleh, Douglas Lim dan Satira Diana akan memberi kelainan melalui edisi raya istimewa di mana mereka bakal menyertai aktiviti kebajikan serta melibatkan selebriti tanahair.

Bella Host - Vanessa Chong

Bella Host – Vanessa Chong

Untuk menonton rangkaian filem hebat dan rancangan istimewa ini, pastikan anda memilih untuk bersama Saluran Ceria Anda, ntv7:-

Nobita’s Mermaid Legend / Nobita dan Perang Ikan Duyung dan Laut(Sabtu, 18 Ogos, 11.00 pagi – 1.00 petang)
Tidak kira berapa pun usia anda, filem animasi Doraemon pasti menghiburkan dengan gelak ketawa yang tidak kering gusi. Kali ini dengan judul Nobita dan Perang Ikan Duyung dan Laut yang membawakan anda kisah pengembaraan Nobita dan rakan-rakanya ke kerajaan air. Bermula dengan impian Nobita untuk menyelam, seluruh Tokyo dijadikan lautan oleh alat Doraemon sehingga masalah timbul setelah jerung dan hidupan laut lain juga membanjiri bandar Tokyo. Plot bermula setelah Sophia, Puteri Kerajaan Air muncul dan memerlukan pertolongan Doraemon. Ikuti kisah menarik pengembaraan Nobita dan rakan-rakannya dalam menyelamatkan kerajaan Puteri Sophia!

Nobita’s Mermaid Legend (Nobita dan Perang Ikan Duyung dan Laut)

Prime (Sabtu, 18 Ogos, 11.00 malam – 1.00 pagi)
Bagi peminat pelakon Uma Thurman, saksikan Prime sebuah filem romantik komedi yang turut dibintagi Meryl Streep dan Bryan Greenberg. Rafi (Uma Thurman) adalah seorang janda berumur 37 tahun yang sedang hangat bercinta dengan David (Bryan) seorang pelukis muda berumur 23 tahun. Rafi sering berkongsi masalah kepada seorang pakar terapi, Lisa (Meryl) yang sebenarnya merupakan ibu David. Mengetahui kisah sebenar, Lisa kini di dalam dilemma yang pastinya turut melucukan suasana.

The New Record of Nobita: Spaceblazer (Ahad, 19 Ogos, 11.00 pagi – 1.00 petang)
7 tahun lalu di alam semesta lain, sebuah gempa dahsyat telah memusnahkan planet Koya Koya. Hidupan yang masih hidup menyelamatkan diri mereka dengan menaiki kapal angkasa. Sementara itu, Nobita yang asyik tidur tersedar ketika merasakan gegaran gempa bumi. Seekor arnab comel bernasma Chammy tiba-tiba muncul dengan membuka dimensi dunianya dengan bumi dengan sebuah alat khas. Penemuan itu membawa Nobita dan rakan-rakannya menyertai sebuah pengembaraan baru setelah menjumpai seorang kanak-kanak yang terseamat dari planet Koya Koya.

Kismat Konnection

Kismat Konnection (Ahad, 19 Ogs, 2.30 petang – 5.30 petang)
Bagi peminat filem Hindi, Kismat Konnection mengisahkan Raj Malhotra yang sering menjadi pelajar bijak di sekolah dan di kolej namun selalu bernasib malang apabila mendapatkan pekerjaan atau ketika melayani pelanggan dan menyiapkan tugasan. Semuanya gagal disempurnakan. Suatu hari, Raj bertemu seorang wanita Gipsi, Haseena Bano Jaan untuk mendapatkan bantuan. Dia menasihati Raj untuk mendapatkan tuah tersebut melaui seseorang yang mampu merubah nasibnya. Tidak lama selepas itu, Raj bertemu seorang gadis, Priya yang baik dan suka melakukan kebajikan. Walau pertemuan mereka mengalami maslah pada awalnya namun Raj menyedari perkenalan itu membawa tuah kepadanya. Saksikan filem Hindi menarik ini lakonan Shahid Kapoor, Vidya Balan dan Juhi Chawla.

Xtinction: Predator X (Ahad, 19 Ogos, 11.00 malam – 1.00 pagi)
Setelah mendapat khabatr berita bahawa ayahnya kini hilang, Laura LeCrois terpaksa pulang ke rumah setelah menyepikan diri selama 20 tahun. Namun Laura sememangnya tidak suka akan keputusan itu kerana selama ini dia sedar bahawa ayahnya sering terlibat dengan masalah hutang dengan bank. Malah dia juga menghadapi masalah dengan bekas suaminya yang ingin mendapatkan kawan paya sungai di rumahnya. Laura kini bekerja keras untuk memajukan semula perniagaan bot persiaran milik keluarganya di mana dia telah menyaksikan makhluk mengerikan seekor Pilosaur yang merupakan klon dinosaur yang dikenali sebagai “Predator X”. Kini Laura harus menyelamatkan kembara botnya daripada makhluk itu. Lakonan: Mark Sheppard, Elena Lyons, Paul Wall, dan Lochlyn Munro.

A Better Tomorrow II (Monday, 20 August, 8.30pm – 10.30pm)
Lanjutan daripada judul pertama, Ho enggan bekerjasama untuk menyamar bagi memberkas kumpulan samseng yang pernah dianggotainya dulu sebagai ganti untuk dibebaskan dari penjara. Dia hanya menerimanya setelah adiknya, Kit yang juga seornag anngota polis menerima tugasan tersebut. Sementara itu, di New York kembar Mark bernama Ken terlibat sama dengan penjenayah. Lakonan: Chow Yun Fatt, Leslie Cheung, Dean Shek, dan Lung Ti.

Emi Liya Hai To Chukaan

Emi: Liya Hai To Chukaan (Ahad, 26 Ogos 2.30 petang – 5.30 petang)
Sattar merupakan pemilik agensi untuk membatu mereka yang mengalami masalah hutang yang dinamakan – Good Luck Recovery Agency. Bijak menyelesaikan masalah menyebabkan bakat Sattar sering diperlukan oleh pihak bank. Namun Satta mempunyai falsafah yang sangat mudah dalam melakukan urusan. Namun apabila bertemu dengan beberapa pelanggan yang cerewet dan memiliki masalah laur biasa, Sattar mula pening memikirkannya. Adakah Sattar akan berjaya menyelesaikan maslah pelanggan barunya? Lakonan: Starring:Sanjay Dutt, Urmila Matondkar, Malaika Arora dan Arjun Rampal.

Music Special: Spectacle Elvis Costello with Lou Reed & Julian Schnabel (Sabtu, 18 Ogos, 2.00 pagi – 3.00 pagi)
Elvis Costello bakal menemubual Lou Reed, seorang ahli muzik serta bekas penyanyi utama The Velvet Underground. Temubual menarik ini juga akan menampilkan kawan reed yang juga seoerang artis dan pembikin filem, Julian Schnabel.

Music Special: Spectacle Elvis Costello with Renee Fleming (Ahad, 19 Ogos, 1.00 pagi – 2.00 pagi)
Elvis Costello bakal mewawancara secara lebih dekat bersama Renee Fleming, yang amat berpengalaman dalam bidang soprano Amerika terutama dalam seni opera.Renee sering melakukan persembahan di rumah operadan konsert di seluruh dunia. Pada tahun 2008, wanita ini telah dianugerahkan Swedish Polar Music Prize untuk khidmatnya di dalam bidang muzik.

Lima Hari Beraya Bersama BELLA! (19 – 23 Ogos)

Raya Pertama: Ahad, 19 Ogos, 1.30 petang – 2.30 petang
Elaine Daly bersama rakan pengacaranya Hafiz Hatim akan membawakan anda liputan penuh variasi mengenai muzik, malam tujuh likur dan banyak lagi bersama tetamu selebriti Dato’ Chef Ismail, Norlia Ghani, Salikin Sidek, Dato’ Tarmini Siregar, Datin Zulhaila Siregar, Siti Saleha, Diandra Arjunaidi, dan Major Dr. Faiz Khaleed.

Raya Kedua: Isnin, 20 Ogos 11.00 pagi – 12.00 tengah hari
Istimewa Raya kedua, Bella kan embawakan anda sedikit kelainan. Raya bukan sahaja masa untuk bersama keluarga, bermaafan atau meyediakan juadah tetapi juga mengenai fesyen. Edisi raya ini akan membawa pelbagai fesyen menarik dan sesuai yang digayakan ketika raya. Serta pelajari solekan jenama terkenal – Bobbi Brown. Ikuti pengacara anda, Vanessa Chong.

Raya Ketiga: Selasa, 21 Ogos, 11.00 pagi – 12.00 tengah hari
Kelazimannya kita selalu mengaitkan Hari Raya dengan keriangan dan gelak ketawa dan berpakaian serba baru. Namun kadangkala kita terlupa erti sebenar dalam merayakan perayaan ini. Apa yang lebih penting adalah memohon keampunan dan melahirkan keinsafan,. Sedang kita mungkin bergembira, sebenarnya masih ramai lagi di luar sana yang masih mengharapkan perhatian dan kurang bernasib baik. Atas dasar itu, Bella akan menyingkap perasaan anak-anak ini sempena kehadiran Hari Raya Puasa nanti serta cuba berkongsi kegembiraan bersama mereka.

Raya Keempat: Rabu, 22 Ogos, 11.00 pagi – 12.00 tengah hari
Bella kini meraikan 1 Malaysia. Rancangan temubual ini akan membincangkan sambutan Hari Raya dan rumah terbukanya bersama golongan muslim dan bukan muslim. Elaine Daly akan mengacarakan majlis rumah terbuka ini bersama selebriti jemputan – Charles Mohan, Baki Zainal, Syarifah Sofia, Alan Yun dan ramai lagi – di mana mereka bakal berkongsi pengalaman mereka.

Hari Raya Kelima: Khamis, 23 Ogos, 11.00 pagi – 12.00 tengah hari
Raya tanpa juadah tradisi memang tidak lengkap. Bella akan menunjukkan anda pelbagai resepi menarik yang ada di serata Malaysia. Bersama Daphne Iking dan tetamu Anis Nabila, Deja Moss, Shareen Ramli dan ramai lagi untuk mempelajari hidangan raya menarik.

Raikan Raya Bersama The Breakfast Show (20 – 24 Ogos)

Raya Ke-2: Isnin, 20 Ogos, 8.00 pagi – 9.00 pagi
Istimewa Rumah Terbuka The Breakfast Show akan menampilkan pereka Malaysia terkenal, Dato’ Tom Abang Saufi yang menjemput kru produksi beraya bersamanya dan keluarga. Sementara itu, pengacaranya kan diberikan tugas khas untuk membersihkan rumah salah seorang penontonnya yang bertuah.

Raya Ke-3: Selasa, 21 Ogos, 8.00 pagi – 9.00 pagi
The Breakfast Show akan membawakan kepelbagaian Malaysia bersama 3 orang penghibur daripada latar belakang etnik berbeza dan menyanyikan lagu Raya dengan cara mereka tersendiri.

Raya ke- 4: Rabu, 22 Ogos, 8.00 pagi – 9.00 pagi
Masa untuk menceriakan salah seorang penontonnya kerana impian mereka merubah kediaman mereka bakal direalisasikan. Temui hos kegemaran anda, Rashid Salleh dan Satira Diana yang akan mengetuai pasukan mereka untuk mengecat, membersih malah membeli belah! Anda juga bakal melihat pelakon pujaan anda, Aaron Aziz.

Raya ke- 5: Khamis, 23 Ogos, 8.00 pagi – 9.00 pagi
Bukan semua dapat beraya di rumah ada. Ada di perantauan da nada yang terpaksa menunaikan tugas mereka. Dalam episod ini, saksikan bagaimana kehidupa tentera laut berpuasa dan meraikan hari Raya tatkala menjalankan tugas.

Raya ke – 6: Jumaat, 24 Ogos, 8.00 pagi – 9.00 pagi
Mari dapatkan cerita bagaimana pelakon Lisa Surihani dan Nurul Wahab beraya bersama suami baru mereka melaui temubual telefon. Cheryl Samad akan menceritakan rtabiatnya di Hari raya, cef muda, Sher pula akan berkongsi tips makanan ketika musim ini serta Dayang Nurfaezah bakal menghiburkan para penonton.

Truly Muslim of Asia (Ahad, 19 Ogos, 6.00 petang – 7.00 petang)
Dokumentari berbahasa Mandarin ini akan berkongsi bagaimana Muslim daripada seluruh asia seperti Singapura, Thailand, Indonesia dan China. Dokumentari ini akan menyentuh bagaimana Hari Raya disambut dan amalan mereka.

Edisi 7 Special Raya Report: “Pulanglah Anakku” (Isnin – Jumaat, 7.00 malam)
Laporan khas ini bakal membawa emosi keinsafan melihat bagaimana orang tua di kampong yang mengharapkan kepulangan anak-anak mereka. Mereka ditinggalkan terabai pastinya bakal mengusik jiwa dan memberi penonton keinsafan.

Edisi 7 Special Raya Report: “Destinasi Berbuka Anda” (Isnin-Jumaat, 7.00 malam)
Laporan ini akan membawa anda ke seluruh destinasi menarik untuk berbuka puasa mahupun menjamu selera di Kelantan, Johor, Selangor malah Kuala Lumpur

Kempen Keselamatan Jalan Raya: “Have a Safe Journey” / “Selamat Sampai ke Destinasi” di Edisi 7 (Isnin-Jumaat, 7.00 malam) & 7 Edition (Isnin -Ahad, 8.00 malam)
Inisiatif yang mengharapkan agar penumpang sentiasa menyayangi nyawa mereka di jalan raya ini akan dipaparkan selam 5 minit setiap hari di Edisi 7 dan 7 Edition. Pada minggu sebelum dan selepas Raya. Segmen ini melibatkan Ops sikap, statistic kemalangan, kes kemalangan serta tindakan undang-undang untuk mengurangkan masalah kemalangan. Saksi kejadian dan mereka yang pernah terlibat di dalam kemalangan lepas juga akan ditampilkan untuk berkongsi pengalaman mereka.

Bella Host - Daphne Iking

Bella Host – Daphne Iking

XTinction - Predator X

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

P1 Launch of P1’s ForBiz Fiber Plan

Astro Melancarkan Best of 1Malaysia Sempena Merdeka