in

Senarai Program Muzikal Hari Raya Di TV2

Muzikal Hari Raya Di TV2 : Raya Sama-Sama, Fenomena Raya, Aktif 5 Raya Dan Sri Pantun Aidilfitri Hiburkan Penonton Setia RTM

Tidak lengkap kiranya dalam meraikan Aidilfitri ini tanpa dimeriahkan dengan program-program muzikal yang nyata dapat menyemarakkan semangat sambutan raya. Begitu juga pendekatan diambil Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang turut tidak ketinggalan menjanjikan tayangan empat muzikal menghiburkan penonton seisi keluarga sepanjang lebaran ini.

Raya Sama-Sama

Tampil tahun ini dengan tema Meriah Lebaran, saluran TV2 menampilkan pelbagai konsep dalam memberikan kepuasan kepada penonton berhibur bermula dengan tayangan waktu malam raya, program Raya Sama-Sama (18 Ogos 2012, jam 9.30 malam) dan diikuti Fenomena Raya (19 Ogos 2012, jam 10.00 malam), Aktif 5 Raya (19 Ogos 2012, jam 4.00 petang) juga dua episod Sri Pantun Aidilfitri (21 dan 28 Ogos 2012).

Menjelang raya kongsikan detik meriah berkumpul bersama seisi keluarga dengan tayangan program Raya Sama-Sama yang memberikan hiburan segar kepada penonton selain membuka peluang berinteraksi secara langsung dengan memberikan idea, pendapat, ucapan dan menyertai permainan yang disediakan. Bagi mengekalkan identiti Raya Sama – Sama, pantun raya dan teka teki bakal diteruskan yang bakal melibatkan para artis jemputan, penonton di studio dan penonton di rumah. Program ini menampilkan hos popular Linda On, Jep Sepahtu, Shuib Sepahtu, Saiful Apek & Didie Alias.

Ingin mengetahui siapakah antara penyanyi Malaysia yang memiliki vokal mantap, saksikan enam artis popular, Azlan The Typewriter versus Mus May, Jackyn Victor versus Ramlah Ram dan Tomok versus Ali Terra Rossa? Saksikan mereka beraksi dalam konsert Fenomena Raya di mana mereka bertanding menyampaikan lagu-lagu secara solo dan duet menerusi lagu sendiri, lagu lawan dan lagu raya. Saiful Apek dan Linda Onn menjadi pengacara program ini.

Saksikan juga hiburan pertandingan ceria dalam program Aktif 5 Raya diantara artis-artis, wartawan dan ikon-ikon RTM dalam suasana Aidilfitri. Antara yang memeriahkan program ini adalah Mawi, Izara Aishah, Zoey Rahman, Lan Kristal, Ezad Lazim, Ernie Zakri, Ahdan Salleh, Azrul Zaidi Raja Lawak dan Muaz.

Dua episod Sri Pantun Aidilfitri ; Esok Nak Raya dan Sengketa Hari Raya berkongsi kemeriahan dan kesibukan keluarga besar untuk menyambut Syawal yang semakin hampir. Saksikan apa yang terjadi apabila Pak Tam bercerita tentang persiapannya untuk pulang ke kampung. Cik Tom pula dan Roney pula berbalah tentang isu memutuskan giliran pulang ke kampung. ia melibatkan artis Abon, Raja Azura, Tauke Raja Lawak, Ebby Yus, Azrul Raja Lawak, Sathiya dan Angelina Tan.

Sri Pantun Aidilfitri ... episod Sengketa Hari Raya

Meriah ... babak dalam episod Sengketa Hari Raya

Sri Pantun Aidilfitri episod Esok Nak Raya

Fenomena Raya ... Ramlah Ram dan Jac

Fenomena Raya .. gandingan Tomok dan Ali Terra Rossa

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Telemovie Komedi Ala P Ramlee Kampung Semarah Padi

Video Athletics Men’s 4 x 100m Relay World Record