• Home
  • Berita
  • Foto Artis
  • Filem
    • Sinopsis
  • Drama
  • Gossip
  • Hubungi Budiey

Sensasi Selebriti

Berita Hiburan Malaysia, Gambar Selebriti Terbaru, Gossip Artis, Filem, Muzik, Video & Teater

  • Events
    • Anugerah Bintang Popular
    • Anugerah Blockbuster
    • Anugerah Emmy
    • Anugerah Grammy
    • Anugerah Industri Muzik
    • Anugerah Juara Lagu
    • Anugerah Oscar
    • Anugerah Planet Muzik
    • Anugerah Seri Angkasa
    • Anugerah Shout!
    • Festival Filem Malaysia
    • Festival Muzik KL
  • TV
    • Astro
    • TV1
    • TV1
    • TV2
    • TV3
    • TV9
    • 8TV
    • NTV7
    • TV Al-Hijrah
  • Radio
    • Suria FM
    • Hot FM
  • Album
  • Fesyen
  • Teater
  • Travel
  • Gadget
  • Peraduan
  • Advertorial
  • K-Pop

Senarai Program Baru Musim Cuti Sekolah di Astro Ceria

1
  • by Budiey
  • in Astro
  • — 24 Dec, 2012

ASTRO CERIA KEMBALI MEWARNAI MUSIM CUTI SEKOLAH ISTIMEWA DISEMBER INI!

Bersempena dengan cuti sekolah, Astro Ceria (Saluran 611) selaku saluran yang cukup sinonim dengan penerbitan program-program yang disasarkan khusus buat kanak-kanak dengan berbesar hati menyajikan program-program menarik buat tatapan penonton cilik sepanjang musim cuti sekolah ini.

Istimewa bulan Disember ini, sebanyak enam buah program baru telah pun disusun khas secara bergilir-gilir yang pastinya bakal memikat hati para penonton termasuklah tiga buah telefilem mencuit hati iaitu CUCU TOK AKI, RIZAL DAN TEROWONG MASA serta tiga buah program hiburan iaitu WHAZUPP CERIA, TOM TOM BAK ‘ALL STARS’ serta KAN DAH KENA!

Astro Ceria

Menurut Pengurus Saluran Astro Ceria; Hadzelynda Khairuddin berkata, “Sebagai saluran utama bagi kanak-kanak, tanggungjawab kami bukan sahaja untuk memastikan setiap program yang disiarkan sarat dengan pengisian yang berguna kepada penonton malah kami juga berusaha memperkenalkan perubahan demi perubahan serta segmen baru bagi menambahbaik kualiti rancangan di Astro Ceria,” jelasnya lagi.

Sepanjang bulan Disember, adik-adik boleh menonton program WHAZZUP CERIA setiap hari jam 8.55 pagi & 4.25 petang untuk mengetahui intisari rancangan sepanjang hari. Setiap hari penonton akan disajikan dengan senarai rancangan yang akan disiarkan agar para penonton peka dengan jadual tayangan rancangan kegemaran mereka. Bukan itu sahaja, penonton juga berpeluang memenangi hadiah menarik dengan memasuki penyertaan Kuiz Mingguan di mana mereka dikehendaki mengumpul soalan-soalan harian selama seminggu untuk memenangi hadiah tersebut.

Manakala program KAN DAH KENA! pula merupakan sebuah program ‘prank’ yang melibatkan kanak-kanak mengenakan orang dewasa. Dikemudikan oleh tiga pengacara iaitu Nabil, Aril dan Rykarl, program 30 minit ini merangkumi tiga segmen iaitu ‘mini prank’ yang terdiri daripada helah kecil daripada pengacara serta ‘prank utama’ yang bakal menjadi kemuncak utama program ini. Program 8 episod ini akan bersiaran pada setiap hari Sabtu jam 11.30 pagi bermula 8 Disember 2012

Manakala telefilem menarik berjudul RIZAL DAN TEROWONG MASA pula akan bersiaran pada 22 Disember 2012 jam 9.00 pagi. Dibintangi oleh Aril AF, Kilafairy, Shahzuan Aiman Baharum dan Megat Terawih, telefilem ini mengisahkan tentang Rizal 10 tahun, mempunyai reputasi sebagai seorang yang sombong, dan tidak menghormati kawan.

Disebabkan perangainya itu, Rizal telah ditegur oleh Pak Jais, tukang kebun sekolah supaya berkelakuan baik. Rizal tidak mempedulikan nasihat itu. Pada suatu hari Rizal telah dikejar oleh dua orang gangster dan dia terpaksa bersembunyi di sebuah kedai barangan antik. Apakah kesudahan kisah ini? Sama-sama kita saksikan.

Selain itu, nantikan juga tayangan telefilem CUCU TOK AKI pada 29 Disember 2012 jam 9.00 pagi. Turut menampilkan lakonan mantap oleh Vanida Imran, Ezzrin Loy, Hadi (Idola Kecil), Layla Sania, Abu Bakar Omar dan Danial Muhammad, telefilem ini mengisahkan Faiz & Fikri yang duduk bersama ibu tunggal mereka. Ibu mereka sibuk menguruskan tugasnya di pejabat sehingga mengabaikan kedua-dua anaknya. Untuk mendisplinkan mereka, ibunya mengambil keputusan untuk menghantar Faiz dan Fikri tinggal bersama bapa nya, Tok Aki.

Jangan ketinggalan untuk menonton program TOM TOM BAK ‘ALL STARS’ pada 30 Disember 2012 jam 12.00 tengah hari yang turut diceriakan dengan kehadiran selebriti-selebriti jemputan tanah air seperti Harris Alif, Nur Syuhada, Aril AF, Sleeq, Daiyan Trisha, Wani (Kamilah Bintang), Sweet (Farhana Qismina), Hadziq, Mia Sara, Rykarl, Jamilah Abu Bakar, Elfira Loy, Farhan (Kamilah Bintang), Faisal (Kamilah Bintang), Aizat, VIP dan Aliff Satar. Episod istimewa ini turut mengekalkan Pak Nil sebagai hos dengan penampilan istimewa oleh adik Hadziq.

Terus melekat di kaca televisyen anda bagi menyaksikan koleksi khas untuk adik-adik sepanjang bulan Disember ini hanya di saluran Astro Ceria (611)! Untuk Kita Aje!

Astro Ceria

Astro Ceria

Astro Ceria

Astro Ceria

Astro Ceria

Komen via Facebook

Komen

Share

Tags: Astroastro ceriaCucu Tok AkiKan Dah KenaMusim CutiProgram BaruRizal dan Terowong MasasekolahsenaraiWhazzup Ceria

— Budiey

Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Photo Journalist, kerap bertwitter & facebook, videoman, new social media, copy writer, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.

  • Previous story Episod Terakhir Drama Rawan Lakonan Faralyna Idris
  • Next story Jack Neo Perlu Kotakan Janji Berenang di Singapore River

ENTRI BERKAITAN

  • Dumex Chef Cilik Komplete Nutri 3 Feb, 2012
  • Senarai Program Raya di TV Astro 2012 4 Aug, 2012
  • Astro Launches New HD Channels 27 Feb, 2012
  • Cartoon Network Offers Ben 10 Fans 19 Oct, 2011

1 Comment

  1. nur jeha najma bt yusri says:
    Friday, April 26, 2013 at 9:49 pm

    saya ingin menjawap soalan wazupp ceria

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  • KONSERT MEGA BINTANG

    RadiGlow

    KONSERT MEGA BINTANG

    Tempat: Resort World Convention Centre, Singapura

    Tarikh: 8 Jun 2013 (Sabtu)

    Masa: 8 malam

    Info Tiket: www.sistic.com.sg atau hubungi +65 6348 5555

    Budiey.com Sebagai Blog Rasmi Konsert Mega Bintang

  • SEARCH

  • TERKINI

    • Mencari Ramli Kini Mencari Jaguh Bolasepak Paling Hebat
    • Apa Perubahan Besar Dalam Akademi Fantasia 2013
    • Ujian Air Kencing Positif Mahkamah Tinggi Perintah Saiful Apek Bela Diri
    • Program Popular Korea Running Man Disiarkan di TV2
    • Jangan Aib Keluarga Nasihat Zed Zaidi Kepada Afiq Muiz
    • Eina Azman Mahu Saman Ibu Afiq Muiz
    • Gambar Zo In Sung Kongsi Makan Cotton Candy Dengan Peminat Setia
    • Gambar Zo In Sung di Temubual Bersama Media Malaysia
    • Zo In Sung Tak Sangka Ada Ramai Peminat di Malaysia
    • Sinopsis Telemovie Dewi Suria Arahan Zul Huzaimy
  • IKLAN

  • DAPATKAN RADIGLOW UNTUK KESIHATAN

    RadiGlow
  • KONSERT

    • Recent Posts
    • Most Popular
    • Comments
    • Tags
    • Bintang-Mencari-BintangAchey Juara Konsert Penentuan Kumpulan A Bintang Mencari BintangWednesday, May 22, 2013
    • konsert-mega-bintangPeraduan Menangi Tiket Konsert Mega BintangTuesday, May 21, 2013
    • anuar-dayangGambar Anuar Zain & Dayang Nurfaizah di Serai KL Centre Kuala LumpurWednesday, May 15, 2013
    • cnblue-konsertTiket Konsert CNBLUE Mula Dijual Hari Sabtu IniWednesday, May 15, 2013
    • Idola Kecil Musim KeduaThursday, October 29, 2009
    • Gambar Sekitar Hari Jadi Erin Malek ke 14 di Red Box Plus, PavilionMonday, July 28, 2008
    • TV3 Kids Voice Out School AttackSaturday, October 25, 2008
    • Filem Congkak Arahan Pierre Andre : Gambar PelakonTuesday, June 19, 2007
    • Hayrin Matahir on:Mencari Ramli Kini Mencari Jaguh Bolasepak Paling Hebat
    • nura on:Bekas Isteri Jimmy Shanley Mengaku Hamil Anak Luar Nikah
    • aku je on:Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau
    • aku je on:Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau
    • 8TV Advertorial AirAsia Akademi Fantasia Anugerah Bintang Popular Astro Berita Bernama Blog Budiey Drama Erra Fazira Events Fasha Sandha Fesyen Filem Foto Artis Gambar Gathering Gossip Hollywood Konsert kuala lumpur Lirik Liyana Jasmay mampu Mawi NTV7 penyanyi Peraduan persembahan radio televisyen malaysia radio televisyen malaysia rtm RTM Showcase Sinopsis Siti Nurhaliza Teater TV1 TV2 TV3 TV9 Ucapan Video Muzik watak
  • AFTER EARTH MULAI 6 JUN

    After Earth
  • Jom Baca Berita

    • Agenda Daily
    • Astro Awani
    • Berita Harian
    • Bernama
    • Detik Daily
    • Google News
    • Gua
    • Harakah Daily
    • Harian Metro
    • KL Pos
    • KOSMO!
    • Malay Mail
    • Malaysia Kini
    • Malaysian Digest
    • Malaysian Today
    • mStar Online
    • Murai
    • News Straits Times
    • Sinar Harian
    • The Star
    • The Sun
    • Utusan Malaysia
  • ARKIB

  • KATEGORI

    18Jun2013

    Konsert Mega Bintang

    Rossa, Ungu, Afgan & Ramai Lagi

    Dari 20:00 hingga 23:30

    di Resorts World Convention Centre, Singapura

    Find out more...

  • ENTRI TERKINI

    • Mencari Ramli Kini Mencari Jaguh Bolasepak Paling Hebat
    • Apa Perubahan Besar Dalam Akademi Fantasia 2013
    • Ujian Air Kencing Positif Mahkamah Tinggi Perintah Saiful Apek Bela Diri
    • Program Popular Korea Running Man Disiarkan di TV2
    • Jangan Aib Keluarga Nasihat Zed Zaidi Kepada Afiq Muiz
    • Eina Azman Mahu Saman Ibu Afiq Muiz
    • Gambar Zo In Sung Kongsi Makan Cotton Candy Dengan Peminat Setia
    • Gambar Zo In Sung di Temubual Bersama Media Malaysia
    • Zo In Sung Tak Sangka Ada Ramai Peminat di Malaysia
    • Sinopsis Telemovie Dewi Suria Arahan Zul Huzaimy
    • Aliff Aziz Kini Bergelar Pengembala Kambing
    • Anis Nabila Jadi Program Kuali Bujang Tampil Selebriti Popular
    • Kids vs Film Discovery-Styled Documentaries Created By Kids For Kids
  • KALENDAR

    May 2013
    M T W T F S S
    « Apr    
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • SPONSOR

  • BUDIEY

    Budiey Seorang full time blogger, kerap bertwitter & facebook, photographer, videoman, content provider, new media, copy writer, penulis iklan & advertorial. Obses dengan filem seram & thriller.

    Kenali Budiey lebih lanjut di [sini]
  • Social Media

    • Awal Ashaari
    • Fouziah Gous
    • My Facebook Fanpage
    • My Instagram
    • My Jurnal
    • My News & Events
    • My Photo Blog
    • My Twitter
    • My Youtube
    • Pipicomel
  • Home
  • Profile Budiey
  • Sitemap
  • Disclaimer
  • Hubungi Budiey
  • My Merchandise
  • Iklankan

© 2007 - 2013 Budiey.com (Sensasi Selebriti)
Budiey.com - Sensasi Selebriti dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat Budiey Dot Com Media (001991735-T)
Copyright Budiey Dot Com Media (001991735-T). All rights reserved.