in

Senarai Peserta Vokal Bukan Sekadar Rupa

Masa yang dinantikan sudah tiba! Program realiti nyanyian terbaru, VOKAL… BUKAN SEKADAR RUPA yang mempertaruhkan bakat seni nyanyian bagi mereka yang tidak mempunyai pakej artis komersil kini bersedia untuk memulakan langkah sulungnya. Konsert mingguan pertama ini bakal memperkenalkan 10 orang finalis iaitu Fakhrul, Asmidar, Aswad, Mafa, Boy, Epiit, Irsa, Boby, Azmarul dan Adeq kepada semua penonton dan peminat muzik tanahair!

Diadili oleh dua orang juri profesional tetap, Azmeer dan Erra Fazira, para finalis akan berentap di 9 konsert mingguan dan seorang peserta yang mempunyai markah terendah akan disingkirkan pada setiap minggu. Hanya 6 peserta dengan markah tertinggi akan mara ke peringkat akhir untuk membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 50,000!

Konsert Mingguan “VOKAL… BUKAN SEKADAR RUPA” Pertama akan diadakan pada:

Hari/Tarikh : Ahad, 16 Oktober 2011
Waktu : 8.00malam (Konsert LIVE bermula 9.00malam)
Tempat : Studio Sri Pentas 2, Tingkat 5,
Plaza Alam Sentral, Shah Alam

Erra Fazira

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Penyanyi Ahmad Jais Meninggal Dunia

AirAsia X The Best Performing Route Planning Team in the World