in

Senarai Peserta Twisties Bingit 8TV

SIAPA KEKAL, SIAPA TERSINGKIR…

Pastikan kehadiran anda di Gig ke-2 di Penang Sabtu ini untuk mengetahui giliran kumpulan manakah yang akan tersingkir

Gig pertama  Twisties Bingit  berlangsung dengan meriah! Bertempat di Laundry, The Curve, sambutan terhadap program ini cukup menggalakkan. Orang ramai telah mula berkumpul sejak jam 1.00 tengahari lagi untuk memberi sokongan kepada band-band kesayangan mereka beraksi secara LIVE!

Sembilan band berentap di Laundry untuk mencari band terhebat Malaysia. Band-band yang bertanding ialah The Musicians, p’GEE, DIGITAL, Rockie Ocean, Avidity, No Misery, Rocket Planet, MESS Symphony dan Floor 88.

Persembahan pertama mereka ternyata berjaya memukau ratusan peminat yang hadir. Rata-rata mereka berjaya menambat hati juri namun masih ada kumpulan yang belum mendapat rentak dalam pertandingan ini.

Kumpulan yang paling menyerlah pada Gig Pertama ialah ’Rocket Planet’ yang berjaya menambat hati penonton dan pihak juri. Mempertaruhkan lagu ’Mri. Brightside’ dari kumpulan The Killers, aksi kumpulan ini di pentas kelihatan begitu natural dan bersahaja.

”Kamu berjaya mencuri hati dan menghiburkan semua peminat di sini. Vokalis kumpulan ini telah melakukan persembahan yang cukup hebat sebagai nadi utama kumpulan ini” komen Edrie Hashim selaku juri tetap Twisties Bingit.

Selain Rocket Planet, persembahan kumpulan Floor 88 juga tidak kurang hebatnya. Kumpulan ini yang membawakan lagu ’Only One’ nyanyian asal kumpulan ’Yellow Card’.

Saya suka dengan persembahan anda semua lebih-lebih lagi pemain dram anda yang kelihatan cukup merendah diri dan sangat ’cool’,” komen Hattan yang turut memeriahkan Twisties Bingit  sebagai juri jemputan.

Pada penghujung program setiap program, sebuah kumpulan yang mendapat markah paling rendah dari juri akan diundi keluar. Untuk mengetahui siapakah kumpulan yang bakal tersingkir minggu hadapan, jangan lupa untuk datang beramai-ramai ke New World Park, Pulau Pinang untuk Gig ke-2 Twisties Bingit .

Selain itu, Gig Pertama Twisties Bingit  turut dihangatkan dengan kehadiran band popular Pesawat yang tampil membuat persembahan. Kumpulan Pesawat menghiburkan peminat dengan menyanyikan lagu tema “Twisties Bingit” dan turut membawakan lagu popular mereka “Mirage”.

Persembahan gig mingguan akan berlangsung seperti yang tersenarai di bawah:

7th Nov 2009  (Sabtu)
12.30pm – 6.00pm
Laundry Bar, The Curve (KL)

14th Nov 2009 (Sabtu)
12.30pm – 6.00pm
New World Park, Penang

21st Nov 2009 (Sabtu)
12.30pm – 6.00pm
CT Sport Café, City Plaza, Johor Bahru

28th Nov 2009 (Sabtu)
12.30pm – 6.00pm
The Spring Shopping Mall (Car Park Area), Kuching, Sarawak

5th Dec 2009 (Sabtu)
12.30pm – 6.00pm
One Utama – Central Park Avenue Entrance (KL)

12th Dec 2009 (Sabtu)
12.30pm – 6.00pm
One Utama – Central Park Avenue  Entrance (KL)

Hadiah berjumlah RM100,000 ditawarkan kepada pemenang-pemenang di  Twisties Bingit .  Hanya sebuah kumpulan akan dinobatkan sebagai Juara Twisties Bingit  yang bakal membawa pulang hadiah bernilai  RM80,000 termasuk kontrak rakaman bersama dengan syarikat rakaman Monkey Bone. Naib juara pula akan membawa pulang hadiah bernilai RM10,000 sementara tempat ketiga pula akan menerima hadiah bernilai RM6,000. Tempat ke-4 dan ke-5 pula masing-masing akan membawa pulang RM2, 000 sebagai hadiah saguhati.

Twisties Bingit ditaja sepenuhnya oleh Twisties. Juri-juri yang bakal menilai persembahan peserta nyata bukan calang-calang orang kerana kesemua mereka merupakan nama-nama besar dalam industri muzik Malaysia. Edrie Hashim (pemain gitar, komposer dan penerbit) merupakan salah seorang juri untuk program ini selain dari  Edris Adrian (Pengurus Label, Monkey Bone).  Beberapa juri jemputan juga akan turut dijemput untuk  memeriahkan program ini.

Personaliti TV dan bekas pemain dram kumpulan indie terkenal OAG iaitu Qi Razali (popular dengan program “Destinasi Bajet” dan “Field Trip to USA”) telah diberi tanggungjawab sebagai pengacara untuk program Twisties Bingit  ini. 

Program ini akan disiarkan setiap Jumaat jam 9.30 malam bermula 11 Disember 2009 hanya di saluran hip 8TV.  Untuk mendapatkan info-info terkini anda boleh melayari laman sesawang www.hotfm.com.my atau  www.twisties.com.my

Anda juga boleh menonton siaran 8TV menerusi saluran 708 di Astro.

Anda kini dapat menonon program kegemaran anda melalui telefon bimbit dengan melayari ke mobile.8tv.com.my. Selamat menonton!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zizan Nin Jadi Chef Dalam Drama Bersiri Dapur TV2

Quotes of The Day: Salah Saya Ke? – Abby Abadi