in ,

Senarai Peserta The Job di 8TV

Perebutan dan persaingan demi sebuah jawatan dalam Eksklusif di 8TV

Tarikh siaran: 23 Mac 2012
Hari: Selasa
Masa: 9.30 malam
Durasi: 30 minit
Bahasa: Bahasa Inggeris

Hansen Lee Jadi Hos The Job di 8TV

The Job

Kejayaan tidak akan datang bergolek. Ia memerlukan kerja keras, dedikasi dan sikap tanggungjawab serta keseimbangan dalam hidup untuk berjaya dalam kerjaya. THE JOB, satu rancangan realiti terbaru pencarian calon yang sesuai dan berpotensi untuk menjawat jawatan eksklusif bersama syarikat ternama.

Selain itu peserta berpeluang mendapat pendapatan yang lumayan, biasiswa pascasiswazah dan wang tunai sebanyak RM 15,000! Rancangan ini dibawakan khas oleh SEGi College dan akan bersiaran secara eksklusif di saluran hip 8TV. THE JOB juga menawarkan kontrak selama 12 bulan bersama SEGi University College di bahagian korporat, di mana jawatan serta skop pekerjaan akan ditentukan berdasarkan keupayaan serta bakat pemenang tersebut.

The Job

Graduan lepasan ijazah berumur 30 tahun ke bawah, mempunyai ciri-ciri seperti berikut:- Personaliti menarik, berjiwa kental serta mampu menghadapi cabaran berpeluang untuk mencuba nasib mereka dalam program realiti terbaru THE JOB. Pengalaman perkerjaan tidak diperlukan tetapi peserta haruslah fasih dan boleh menulis dalam Bahasa Inggeris dengan baik.

Daripada beratus-ratus pemohon yang menghadirkan diri untuk sesi temuduga hanya lapan (8) calon dipilih berdasarkan latar belakang, personaliti serta prestasi semasa sesi temuduga. Seterusnya, 8 calon yang layak ini akan melalui tujuh (7) cabaran di syarikat multinasional negara dan akan diuji dari pelbagai aspek antaranya kreativiti, penjenamaan, pemasaran, kemahiran jualan dan organisasi.

Cabaran dan tugasan ini dapat membongkar kekuatan, kemampuan serta kelemahan peserta-peserta. Selain itu, tugasan-tugasan ini mampu membuktikan calon yang tepat dan layak untuk menjawat jawatan yang diidamkan oleh semua peserta THE JOB. Uniknya, rancangan realiti ini tidak akan melibatkan sebaran proses penyingkiran. Kesemua peserta akan menjalani tujuh tugasan yang diberikan sehingga pemenang diumumkankan pada akhir rancangan THE JOB .

“Buat 8 finalis THE JOB, anda telah membuktikan yang anda mempunyai kriteria yang dimahukan, namun anda perlu menunjukkan kemampuan dan kelebihan masing-masing untuk bergelar pemenang,” ujar Cik Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan 8TV dan ntv7.

Airin menambah, “Ikuti perjalanan 8 calon yang akan bertarung untuk mendapatkan kerjaya impian ini. Penonton juga dapat menambahkan pengetahuan sekaligus memberi motivasi serta selok-belok bekerja dalam syarikat-syarikat besar menerusi program ini.”

The Job

Berikut merupakan pengenalan 8 calon – calon yang layak bertanding dalam THE JOB:

Ho Shin Tze (Emmy)
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Dengan Kepujian) dari Segi University College & University of Sunderland (BA (Hons) Business Management, Segi University College & University of Sunderland). Emmy merupakan seorang individu yang ceria, bercita-cita tinggi serta berfikiran positif. Bekerja di bahagian pengurusan sumber manusia, beliau juga seorang individu yang mempunyai semangat berkerjasama serta mencari kepuasan dengan menghulurkan bantuan kepada individu yang mempunyai masalah dari segi kerja serta peribadi.

Reshma Sangvi A/P Dilip Kumar
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa – Perhubungan Pelanggan dari HELP University College (Dengan Kepujian) (BA (Hons) Communications – Public Relations, HELP University College). Dibesarkan dalam keluarga pendidik, beliau merupakan seorang individu yang berkeyakinan tinggi, bertanggungjawab serta sentiasa berfikir ke hadapan. Beliau juga seorang yang aktif dalam sukan seorang pemain bola jaring serta merupakan seorang individu yang serius dalam menegakkan keadilan serta hak terhadap wanita dan dikenali dengan gelaran “momma” oleh peserta-peserta yang lain.

Yam Ee May (Janice)
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pengajian Akaun, Sunway University College & Oxford Brookes University, (BSc Science in Applied Accounting, Sunway University College & Oxord Brookes University). Merupakan peminat tegar muzik rock dan beliau sentiasa menghadirkan diri di konsert-konsert selagi terdaya. Gadis ini dilihat seorang yang pendiam tetapi menggemari cabaran serta pengembaraan.

Ismail Amsyar Mohd Said
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perniagaan (Pengurusan Rangkaian Pembekal & Logistik), RMIT University,(Bachelor of Business (Logistics & Supply Chain Management), RMIT University). Merupakan individu yang bercita-cita menjadi seorang wartawan dan merupakan rakyat Malaysia pertama yang memenangi hadiah Pulitzer dalam kewartawanan serta fotografi. Pada mulanya, beliau dilihat sebagai seorang yang pendiam tetapi siapa sangka beliau merupakan antara peserta yang sangat peramah.

Mohd Zarith Bin Md Hanipah
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengajian Perhubungan Antarabangsa & Politik, University of Lincolnshire & Humberside, (Dengan Kepujian) (BA (Hons) International Relations & Politics, University of Lincolnshire & Humberside). Seorang individu yang peramah. Dibesarkan dan menetap separuh daripada hidupnya di United Kingdom serta mempunyai pelbagai pengalaman dalam pelbagai bidang termasuk radio, IT, F&B dan penyiaran. Beliau juga terkenal dengan sikapnya yang manja serta seorang yang berjiwa bebas. Beliau bercita-cita menjadi pembaca berita BBC.

Wee Kim Teong (Jason)
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi, University of Hawaii (Dengan Kepujian)
(BA (Hons) Arts in Economics,University of Hawaii). Seorang yang obses terhadap gajet seperti iPad. Beliau amat diminati orang ramai kerana sikapnya yang gemarkan cabaran, yakin serta mudah mesra dengan persekitaran. Malahan, beliau merupakan penasihat residen di kolejnya dan telah berjaya menjual 60 buah kereta semasa kerja pertama beliau selepas tamat pengajian di Hawaii. Pada waktu lapang, beliau membantu EPIC Organization membina rumah untuk kaum orang asli.

Tareeq Azmi
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengajian Massa (Filem Digital & Television), Limkokwing University of Creative Technology, (BA Mass Communications (Digital FIlm & Television), Limkokwing University of Creative Technology. Seorang individu yang bersemangat waja dan merupakan seorang graduan filem vokal. Beliau juga merupakan seorang deejay di kelab. Peminat setia Star Wars, kereta dan kelajuan ini mempunyai cita-cita untuk mempunyai rangkaian media miliknya sendiri.

The Job

Chin Xian Mei (Jasmine)
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengajian Antarabangsa & Ekonomi, Monash University, (BA International Studies & Economics, Monash University). Merupakan seorang yang ceria, berfikiran positif, bersuara lantang dan peminat teater ini bercita-cita untuk menjadi seorang primadona layar perak. Tambahan pula, beliau merupakan penulis rencana bisnes di Kuching dan sanggup meninggalkan pekerjaan itu demi menyertai THE JOB.

THE JOB dihoskan oleh Hansen Lee dari NTV7’s The Breakfast Show dan DiGi’s The Next Level bergandingan dengan hos 8TV Quickie , Megan Tan. Tidak lengkap rancangan realiti ini tanpa kehadiran pihak juri. Juri-juri THE JOB terdiri dari wakil dari Segi University College, seorang juri jemputan dan seorang dari syarikat yang mengendalikan tugasan pada minggu tersebut.

THE JOB akan bersiaran setiap Jumaat bermula pada 23 Mac 2012 jam 9:30 malam secara eksklusif di 8TV. 8TV juga boleh ditonton di saluran 708 di Astro. Penonton juga boleh menonton rancangan kegemaran anda di www.8tv.com.my / www.tonton.com.my serta ikuti kami di laman sesawangwww.facebook.com/8TVfb , www.twitter.com/8tv dan www.youtube.com/8tvaddicts

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama 3 Janji Lakonan Liyana Jasmay, Shahrizal Jaszle

Feel Good Run 2012